mattzzx Publish time 17-4-2024 02:17 PM

‘Dahsyat jem dekat Tol Sungai Besi’

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-17-at-1.26.42-PM.jpeg
Trafik sesak sekitar Plaza Tol Sungai Besi pagi tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) @E2 daripada Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar dilaporkan sesak dan perlahan pagi tadi.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, aliran trafik perlahan itu bermula pukul 7.26 pagi tadi melibatkan beberapa jalan utama menuju pusat bandar Kuala Lumpur.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai pengguna jalan raya terkesan dengan aliran trafik perlahan yang terjadi pada waktu puncak itu.

“Pukul 7 pagi dari Kinrara, 40 minit baru bergerak empat kilometer(km), 100 minit pula baru bergerak 12 km, dahsyat jem dekat Tol Sungai Besi,” komen seorang pengguna di Facebook.

“Aku buat open house (rumah terbuka) ni. Marilah datang, lokasi kat Tol Sungai Besi, parkir bebas,” seloroh seorang pengguna yang tersekat dalam di Plaza Tol Sungai Besi dalam perjalanan menuju ke Kampung Perepat, Kapar, Klang.

“Aku tak tahu apa yang berlaku tetapi jem Tol Sungai Besi kali ni tak relaks, penangan orang balik beraya ke ni?,” komen @aidil27fitri di laman X.

“Apa benda jem Tol Sungai Besi melampau hari ini,” komen @zetyneny, yang turut sama terjejas dengan trafik perlahan disana.

Walau bagaimanapun, keadaan trafik sesak itu dilaporkan sudah kembali lancar menjelang tengah hari ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/17/dahsyat-jem-dekat-tol-sungai-besi/
Pages: [1]
View full version: ‘Dahsyat jem dekat Tol Sungai Besi’


ADVERTISEMENT