stingerkaypoh Publish time 18-4-2024 11:06 PM

EDISI KHAS: Ini simptom apa….korang raser?

Edited by stingerkaypoh at 19-4-2024 12:08 AM

Edisi khs: Mari tambah tacang… apakah ini?
Kredit: Cari FB

PERKARA paling membimbangkan apabila seseorang yang pada luarannya nampak sihat dan kelihatan normal namun hakikatnya mempunyai penyakit tersembunyi.

Mendiamkan diri dan fikiran sering bercelaru namun secara tiba-tiba emosi berubah menjadi terlalu gembira secara drastik.

Mungkin ada yang mengalami situasi itu namun menganggap ia bukanlah satu perkara yang perlu dibimbangkan.

Dalam erti kata lain, ramai yang tidak menyedari perubahan emosi yang berlaku itu sebenarnya adalah satu penyakit.

Tanpa sedar, individu terbabit berkemungkinan mengalami penyakit bipolar iaitu antara masalah mental yang mempunyai karakter emosi sentiasa berubah-ubah di antara kemurungan dan mania.

Dalam kata lain, ia turut dikenali sebagai gangguan kemurungan- mania.

Mengupas mengenai penyakit ini, pegawai perubatan Dr Latif Saad berkata, hampir semua golongan memahami maksud kemurungan namun mungkin ramai yang tidak mengetahui

apa yang dimaksudkan dengan mania.

Menurutnya, mania adalah lawan kepada perasaan murung. Seseorang yang mempunyai mania dikatakan akan berasa gembira yang berlebihan, terlalu aktif, kurang rasa ingin tidur, pemikiran yang bertukar-tukar dengan terlalu cepat hingga menyebabkan individu itu bercakap dengan banyak.

“Individu mengalami kemurungan pula akan mempunyai rasa sedih yang melampau, tidak aktif, sering rasa ingin tidur, tidak seronok melakukan perkara diminati dan berasakan tiada harapan untuknya.

“Oleh itu, bipolar adalah penyakit seseorang itu mempunyai emosi yang bertukar-tukar di antara mania dengan kemurungan, ” katanya.

Dr Latif berkata, kitaran emosi bipolar boleh berlaku dengan pantas apabila dalam minggu yang sama emosi pesakit boleh bertukar antara murung dan mania.

“Tetapi kebanyakan daripada pesakit bipolar tergolong dalam jenis yang lambat kitarannya. Ini bermaksud pesakit itu akan mengalami keadaan mania yang berminggu-minggu atau berbulan lamanya sebelum bertukar kepada keadaan murung,” katanya.



*Harian Metro

sharlenetexas Publish time 18-4-2024 11:11 PM

Mender ni? Bod CI ke?


Dwdrum Publish time 18-4-2024 11:13 PM

Cuba pergi clubbing

Nurdianah Publish time 18-4-2024 11:16 PM

Dwdrum replied at 18-4-2024 11:13 PM
Cuba pergi clubbing

Kan..asyik ngadap main tenet...mananye tak murung/bipolar


aechae Publish time 18-4-2024 11:21 PM

Kurang kasih sayanggg… siannnn

Dwdrum Publish time 18-4-2024 11:24 PM

Nurdianah replied at 18-4-2024 07:16 AM
Kan..asyik ngadap main tenet...mananye tak murung/bipolar

Mahu suggest pergi songkran sudah habis... Maybe suggestion aku salah orang... Suruh lobainita pergi clubbing.. LOL

ninja boy Publish time 18-4-2024 11:33 PM

Pergi la open house raya sebulan, pergi berlumba layan kona, peluk kucing dan pokok

sharlenetexas Publish time 18-4-2024 11:42 PM

Ceh. Tadi takde artikel.
Pendapat aku pasal bipolar kronik, kadang2 kita terpaksa "lepaskan" dia pergi. Sama ada meninggalkan dunia ini secara natural atau dia ambil dengan tangan dia. Kesian kat yang sakit. Kesian kat penjaga. Dua2 dah terlepas beban.


sharlenetexas Publish time 18-4-2024 11:43 PM

Edited by sharlenetexas at 18-4-2024 11:57 PM

Ceh. Tadi takde artikel.
Ni tt edit thead baru ada artikel.
Pendapat aku pasal bipolar kronik, kadang2 kita terpaksa "lepaskan" dia pergi. Sama ada meninggalkan dunia ini secara natural atau dia ambil dengan tangan dia. Kesian kat yang sakit. Kesian kat penjaga. Dua2 dah terlepas beban.


SalenaGomez Publish time 19-4-2024 12:15 AM

Dwdrum replied at 18-4-2024 11:24 PM
Mahu suggest pergi songkran sudah habis... Maybe suggestion aku salah orang... Suruh lobainita per ...

SG suggest g camping. Kena buat perkara yg luar dr routine

_blackbird Publish time 19-4-2024 01:57 AM

bipolajourney tersenyum sinis

lightheaded67 Publish time 19-4-2024 06:59 AM

Edited by lightheaded67 at 19-4-2024 07:27 AM

pergi eksesais. tp cm kesian gak ek masalah mental ni, taktau ape citer. rela lagi aku hadap masalah yg hok ade ni, dri tukar dpt masalah mental. tak ketahuan ponca. smoga korg sembuh lah.. (eh pndai pndai aku je kata masalah mental :lol: ater dh tuan badan pon taktau ape ponca, aku tikam jeler. tp betullah mmg kena pakai tenaga ke perkara mekdah.tgk lelaki pempuan org org tua, org muda, org yg duduk rumah tp tak aktif, makan pulak kuat pagi tghari malam. sat lagi mari lah mcm mcm dia ckp,dia reka,dia pikir,dia tuduh, dia tacing,pakej mulut hansuang. ni bukan cerita anak beranak aku lah, aku cerita dri pmerhatian dan kesah org lain, kesimpulan aktif kan diri, kalau dh takleh aktif rajin puasa atau g tanya pakar kesihatan) bye

Tinot7 Publish time 19-4-2024 07:52 AM

Iols tertipu dgn gambaq hiasan.. ingatkan gersang takde teman..

pelicano Publish time 19-4-2024 08:03 AM

Kalau umur 40 ke atas, perempuan, kemungkinan perimenopause... huhu....

B40tastePosh Publish time 19-4-2024 08:08 AM

Banyak buat dosa...Melayu pinjam duit tak reti bayar...syok sendiri dah halal sebab lama tak diminta oleh pemberi hutang. :lol:

midori888 Publish time 19-4-2024 08:25 AM

simptom prasan akan hidup selama2nyer....lupa yg kematian semakin hari semakin hampir...kalu muslim, kalu rasa sayu tak lengkap bagai tu sbb Allah suh carik keredhaan dia, hati sayu sbb takut balasan di akhirat nanti. Tapi manusia hanya ingat hal berkaitan dunia jer...

rospinki Publish time 19-4-2024 08:30 AM

ini penyakit jiwa ke arah kemurungan. jiwa / roh kita juga perlukan makanan dan sakit mcm fizikal. kurang makan kena bagi makan dia sakit adalah apabila kita terlalu byk benda2 tak elok speerti hiburan lagu2 lagha. nk tau ada sejenis setan/iblis laluan mudah dia adalah telinga melalui hiburan dan akan hidup dalam saraf dan saluran darah kita sebab tu kdg kita rasa lemau dan lost i feel u:laugh3:

Dwdrum Publish time 19-4-2024 08:33 AM

Edited by Dwdrum at 18-4-2024 04:39 PM

SalenaGomez replied at 18-4-2024 08:15 AM
SG suggest g camping. Kena buat perkara yg luar dr routine

Haah... Perlu buat activities /hobby yang banyak guna physical untuk divert overthinking.. Fikir negative..active lifestyle penting... Some sports bagus untuk mental strength... Sebab itu ramai yang pilih untuk buat extreme sports membantu untuk boost mental health

Thunderclouds Publish time 19-4-2024 08:48 AM

Take a page out of kapir's book. Go touch GRASS!

lightheaded67 Publish time 19-4-2024 09:01 AM

Edited by lightheaded67 at 19-4-2024 09:03 AM

midori888 replied at 19-4-2024 08:25 AM
simptom prasan akan hidup selama2nyer....lupa yg kematian semakin hari semakin hampir...kalu muslim, ...

tapi kalau ckp mcm ni dorg tak caya, nnti kalau tak sembuh salah kan solat dn puasa.huhu betullah meols setuju mmg kena ade unsur rohani jugak. kadg dia bukan direct selesai masalah, melalui pkara rohani ni,insyaAllah boleh bawak/nampak jalan kpd punca situasi. jd dh tau ponca insyaAllah bru next pelan pelan ke jalan keluar. kadg bukan smua isu boleh selesai boleh keluar jam jam tu jugak, insyaAllah lah amalunsur rohani tu kita jadi boleh sabar/terima situasi smpi masa ketika nya utk keluar kan huhu tp kena gabung jugak takleh melepap je lifestyle nya huhu
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: EDISI KHAS: Ini simptom apa….korang raser?


ADVERTISEMENT