mattzzx Publish time 20-4-2024 12:07 PM

‘Fleet Card’ kaedah beli diesel subsidi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/09/WhatsApp-Image-2022-09-08-at-17.12.53.jpeg
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menggunakan sistem ‘Fleet Card’ yang boleh didapatkan oleh syarikat-syarikat pengangkutan darat terpilih bagi pembelian diesel bersubsidi.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan memaklumkan, mekanisme rasionalisasi subsidi diesel ini akan dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).

Menurutnya, syarikat-syarikat pengangkutan barangan boleh membuat permohonan menerusi https://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

“Sebaik berjaya mendapat kelulusan dibawah Sistem MySubsidi Diesel KPDN, syarikat-syarikat Sektor Pengangkutan Darat (Barangan) boleh mendapatkan ‘Fleet Card’ daripada syarikat minyak pilihan untuk pembelian diesel bersubsidi.

“Dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi ini, kerajaan akan dapat menyalurkan hasil negara kepada rakyat yang benar-benar memerlukan antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan lain-lain bantuan,” katanya hari ini.

Semalam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel.

MOF memberitahu, perbincangan ini adalah bagi mendapatkan pandangan persatuan dan syarikat logistik mengenai skop dan syarat bagi cadangan program ini, terutamanya bagi mendengar isu yang dihadapi serta langkah-langkah penambahbaikan.

Seperti yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2024, katanya, kerajaan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan yang berterusan.

“Namun, bagi mengurangkan impak kepada harga barangan untuk rakyat, harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/20/fleet-card-kaedah-beli-diesel-subsidi/
Pages: [1]
View full version: ‘Fleet Card’ kaedah beli diesel subsidi


ADVERTISEMENT