mattzzx Publish time 20-4-2024 02:27 PM

Siasat dua lelaki kes bom ikan dalam Hutan Simpan Temengor

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/IKAN_1713593863.jpg
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Adnan Hussain (kiri) melihat gerai jualan ikan di jeti JPS Tasik Bukit Merah. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI

Bagan Serai: Jabatan Perikanan (DOF) sudah mengambil keterangan dua lelaki bagi membantu siasatan kes pengeboman ikan di Sungai Singgor, Hutan Simpan Temengor di Gerik, Hulu Perak.

Ketua Pengarahnya Datuk Adnan Hussain berkata, pihaknya juga akan mengesan beberapa lagi individu bagi kes berkenaan berikutan mereka didapati tinggal di luar Perak.

Menurutnya, DOF bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sudah memulakan siasatan sebelum Aidilfitri dan berjumpa dengan pihak terbabit termasuk pengadu.

"Satu kertas siasatan telah dibuka dan dirujuk dengan Penasihat Undang-Undang Perak dan Jabatan Peguam Negara.


"Kini kita masih melengkapkan kertas siasatan itu sebelum dirujuk semula kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

"Pada masa sama, kita bersama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sedang dalam perbinangan bagi menambah baik prosedur operasi standart (SOP) bagi kawasan hutan simpan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program Ramah Mesra dan Pelepasan Induk Ikan Kelisa di Jeti Jabatan Pengiran dan Saliran (JPS) di Kampung Tepi Kolam, Tasik Bukit Merah, Gunong Semanggol, di sini, hari ini.

Dalam program itu, DOF turut melepaskan secara berperingkat 100 ekor induk ikan kelisa emas sejak 17 April lalu dengan kos RM150,000.

Dalam perkembangan lain, DOF menyambut baik dan sedang mengkaji cadangan membeli ikan bandaraya pada harga tertentu sebagai salah satu cara menggalakkan orang ramai menghapuskan ikan berkenaan.

Adnan berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai tidak melepaskan dengan sewenang-wenangnya ikan bandaraya ini ke perairan umum kerana ia cepat membiak.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1081819/siasat-dua-lelaki-kes-bom-ikan-dalam-hutan-simpan-temengor
Pages: [1]
View full version: Siasat dua lelaki kes bom ikan dalam Hutan Simpan Temengor


ADVERTISEMENT