mattzzx Publish time 20-4-2024 03:27 PM

Volvo XC90 pula disita dipandu tanpa cukai jalan

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/page-3.jpg
Pegawai JPJ memeriksa Volvo XC90 yang dipandu tanpa cukai jalan.

SHAH ALAM – Segelintir kenderaan mewah di negeri ini didapati terus ingkar mematuhi peraturan jalan raya apabila terbaharu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Volvo XC90 disita selepas tidak mempunyai cukai jalan di Jalan Sungai Rasau Lama di sini, baru-baru ini.

Perkara itu terbongkar susulan penahanan SUV yang dipandu lelaki berusia 40an kira-kira pukul 10 malam pada Rabu lalu menerusi Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor, Azrin Borhan berkata, sebelum penahanan suspek dalam perjalanan rumah ke tempat kerjanya dengan memandu kenderaan milik syarikatnya.

“Alasan diberikan suspek tidak memperbaharui cukai jalan disebabkan SUV itu adalah milik syarikatnya

“Semakan mendapati kenderaan itu telah tamat tempoh cukai jalan sejak tahun lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Justeru, Azrin menegaskan, SUV itu telah disita mengikut Seksyen 64 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tindakan seorang lelaki memandu kenderaan mewah jenis BMW X6 yang telah tamat tempoh cukai jalan selama tujuh tahun membawa padah apabila ditahan di Lebuh Raya Grand Sepadu hala Bukit Raya di sini kira-kira pukul 11.30 pagi, Selasa lalu. -KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/20/volvo-xc90-pula-disita-dipandu-tanpa-cukai-jalan/
Pages: [1]
View full version: Volvo XC90 pula disita dipandu tanpa cukai jalan


ADVERTISEMENT