mattzzx Publish time 22-4-2024 11:45 AM

Samun enam kedai serbaneka dengan spanar

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/ayoi_1713756936.jpg
TOPI keledar, baju dan kasut yang dirampas daripada suspek. FOTO ihsan polis

Hulu Selangor: Masuk ke kedai dan berpura-pura menjadi pelanggan sebelum menyamun dengan menggunakan spanar.

Itu modus operandi tiga lelaki yang melakukan jenayah samun di beberapa kedai serbaneka di Hulu Selangor dan Gombak, baru-baru ini.

Selain menyasarkan enam kedai serbaneka, kumpulan dikenali Geng Samun Ayoi itu juga terbabit dalam satu kes samun tepi jalan dan dua kes curi motosikal.

Bagaimanapun, polis berjaya memberkas semua suspek di sebuah rumah di Kuang, Gombak, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, serbuan jam 3 pagi dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

"Susulan itu, polis merampas sebuah motosikal jenis Honda RSX, dua topi keledar, baju dan kasut.

"Suspek yang ditahan berusia 23 hingga 32 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, hasil semakan mendapati ketiga-tiga lelaki terbabit mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah, selain positif dadah jenis methamphetamine dan tetrahydrocannabinol.

"Mereka direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Dengan tertangkapnya semua suspek, Ahmad Faizal percaya polis berjaya menyelesaikan sembilan kes samun yang berlaku di kedua-dua daerah.

"Polis meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah supaya tindakan lanjut dapat diambil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082414/samun-enam-kedai-serbaneka-dengan-spanar
Pages: [1]
View full version: Samun enam kedai serbaneka dengan spanar


ADVERTISEMENT