mattzzx Publish time 22-4-2024 12:54 PM

Padah maki anggota polis

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/01/WhatsApp-Image-2024-01-30-at-11.38.10-AM.jpeg
Mahkamah Shah ALam.

SHAH ALAM – Tindakan kurang ajar seorang pengurus pengawal keselamatan memaki hamun dan mengeluarkan kata kesat kepada anggota polis di Balai Polis Bukit Jelutong, empat tahun lalu memakan diri apabila didenda keseluruhan RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Farah Rosnan menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, B. Paramver Singh, 38, mengaku bersalah atas dua pertuduhannya dihadapinya.

Sekiranya gagal membayar, tertuduh diperintahkan menjalani penjara selama empat bulan. Tertuduh membayarnya.

Paramver didakwa dengan sengaja telah menghalang seorang anggota polis dari menjalankan tugasnya dengan cara enggan memberi pengenalan diri dan memaki hamun.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya.

Lelaki itu juga dituduh telah menggunakan perkataan kurang sopan kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan termasuk perkataan Lancau U Orang.

Justeru, dia melakukan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Semua perbuatan itu dilakukan di Pejabat Pertanyaan Balai Bolis Bukit Jelutong di sini pada pukul 5 petang, 2 September 2020.

Peguam Harvindar Singh mewakili tertuduh merayu hukuman ringan susulan semasa kejadian anaknya guamnya dalam keadaan mabuk selain mengalami tekanan selepas baharu bercerai dengan isterinya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Saidah Fasiah Che Yusuf menegaskan perbuatan tertuduh telah menganggu tugas penjawat awam dengan melakukan provokasi secara memaki hamun kepada polis.

“Benda itu tidak boleh dipandang ringan dan mohon hukuman yang berat,” jelasnya. -KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/22/padah-maki-anggota-polis/
Pages: [1]
View full version: Padah maki anggota polis


ADVERTISEMENT