mattzzx Publish time 22-4-2024 02:31 PM

DBKL sita tujuh penjaja warga asing di Pasar Karat, Jalan Silang

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-22-at-12.28.49-2048x1536.jpeg
DBKL sita tujuh penjaja warga asing di Pasar Karat dan Jalan Silang, Kuala Lumpur - Foto ihsan DBKL

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menyita tujuh penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan terpakai, sirih dan makanan tanpa lesen dan kebenaran dari pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur, semalam.

Menurut kenyataan di laman Facebook, Jabatan Penguatkuasaan DBKL telah melaksanakan Tindakan Khas Aktiviti Penjaja Parlimen Bukit Bintang disekitar Jalan Sultan (Pasar Karat), Jalan Petaling dan Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang).

“Menerusi kawalan, pemantauan dan pemeriksaan berkaitan aktiviti perniagaan yang beroperasi sekitar kawasan tapak lama Pasar Karat di Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Balai Polis dan Jalan Silang, DBKL telah membuat tujuh tindakan sita ke atas penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan barangan-barangan terpakai, sireh dan makanan tanpa lesen dan kebenaran dari pihak berkuasa.

“DBKL turut mengeluarkan dua notis kompaun ke atas peniaga tempatan beroperasi tanpa lesen (menjual aksesori atau peniaga makanan) dibawah kesalahan UUK 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016,” katanya.

DBKL berkata, kesemua barangan yang disita dipindahkan ke Setor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk tindakan rekod dan dokumentasi.

Menurutnya, kawalan penguatkuasaan dijalankan bersama Jabatan Pelesenan Pembangunan Perniagaan DBKL agar kesemua aktiviti perniagaan Pasar Karat beroperasi sepenuhnya di lokasi baru berhampiran Pasar Lee Lam Thye di Lorong Bandar 21. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04/22/dbkl-sita-tujuh-penjaja-warga-asing-di-pasar-karat-jalan-silang/
Pages: [1]
View full version: DBKL sita tujuh penjaja warga asing di Pasar Karat, Jalan Silang


ADVERTISEMENT