mattzzx Publish time 22-4-2024 03:30 PM

Tembak KLIA: Tidak lagi guna bantuan pernafasan, ‘papa’ tidak sabar jumpa anak

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-22-at-13.42.06.jpeg
Muhammmad Nur Hadith yang parah ditembak di KLIA bersama anak-anak dan isteri. - Foto MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA- “Dia sudah sedar dan tidak sabar untuk jumpa anak-anak apabila dipindahkan ke wad biasa,”. Itu penjelasan isteri kepada pengawal peribadi yang terkena tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 baru-baru ini.

Menurut Siti Noraida Hassan, 38, suaminya, Muhammad Nur Hadith masih yang mesra disapa dengan panggilan papa menjelaskan rasa tidak sabar untuk berjumpa dengan anak-anak apabila dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) kelak.

“Suami sudah sedar dan tidak lagi menggunakan alat bantuan pernafasan. Dia sudah boleh bercakap, tetapi agak terhad.

“Ketika sedar, dia tanya berkenaan anak-anak dan tempat kerja dia, ada benda dia ingat, ada benda dia lupa. Mungkin baru sedar, kami cakap sudah lapan hari di hospital dan dia agak terkejut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Muhammad Nur Hadith selamat menjalani pembedahan pada bahagian usus yang mengambil masa kira-kira lima jam di Hospital Cyberjaya pada Selasa.

Difahamkan, selepas menjalani pembedahan, pihak hospital akan melakukan pemantauan kesihatan usus mangsa bagi tempoh lima hingga enam hari.

Minggu lalu, seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi di KLIA Terminal 1.

Bagaimanapun, wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.

Suspek iaitu Hafizul Harawi, 38, juga telah ditahan polis dan kini sedang direman. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/22/tembak-klia-tidak-lagi-guna-bantuan-pernafasan-papa-tidak-sabar-jumpa-anak/
Pages: [1]
View full version: Tembak KLIA: Tidak lagi guna bantuan pernafasan, ‘papa’ tidak sabar jumpa anak


ADVERTISEMENT