mattzzx Publish time 22-4-2024 03:35 PM

Pendaki hilang ditemukan mati lemas

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Hiasan_lemass_2_1713769287.jpg
Gambar hiasan.

Hulu Langat: Pendaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kem Lolo, Gunung Nuang, di sini, semalam, ditemukan meninggal dunia, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berusia 36 tahun itu ditemui 1 petang tadi kira-kira empat kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan bomba menerima laporan mangsa hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di lokasi terbabit itu jam 8.11 malam tadi.

Pasukan operasi mencari dan menyelamat (Op SAR) mencari mangsa yang dilancarkan malam tadi terpaksa ditangguhkan sementara sebelum disambung semula jam 10.15 pagi tadi.


Ahmad Mukhlis dipetik berkata, Op SAR hari kedua bermula dari Kem Lolo sehingga kawasan perkhemahan 1 dengan mengikut air aliran sungai.

Menurutnya, pencarian juga dilakukan dari empangan lama dengan mengikut aliran sungai sehingga ke kawasan perkhemahan 1.

Selain itu, katanya, pencarian juga dilakukan sehingga ke Air Terjun Bomoh Ali dengan jarak pencarian keseluruhan meliputi tujuh kilometer.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/04/1082526/pendaki-hilang-ditemukan-mati-lemas
Pages: [1]
View full version: Pendaki hilang ditemukan mati lemas


ADVERTISEMENT