mattzzx Publish time 22-4-2024 04:11 PM

Ragut di Klang, cekup di Langkawi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-19-at-10.00.08.jpeg
Tangkap layar kejadian ragut dan kecederaan yang di alami mangsa.

KLANG – Seorang lelaki yang diburu selepas meragut dan mencederakan seorang gadis di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini, akhirnya dicekup di Pekan Kuah Langkawi, Kedah, semalam.

Penahanan suspek berusia 24 tahun yang juga bekas banduan tersebut dilakukan kira-kira pukul 4.15 petang

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, sewaktu tangkapan dilakukan didapati suspek sedang makan di sebuah kedai di sekitar Pekan Kuah.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-22-at-14.55.42.jpeg
Hoong Fong ketika ditemui pada majlis Sambutan Aidilfitri IPD Klang Selatan, hari ini.

“Suspek dipercayai hanya menunggang motosikal bagi melarikan diri sehingga ke Langkawi sebelum ditangkap polis.

“Semakan mendapati suspek baharu keluar penjara itu atas kesalahan dadah pada awal bulan ini selain memiliki lima rekod jenayah lampau termasuk dadah,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di sini, hari ini.

Hoong Fong menambah, polis turut menemukan beberapa barangan kes dan suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.-KOSMO!ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04/22/ragut-di-klang-cekup-di-langkawi/
Pages: [1]
View full version: Ragut di Klang, cekup di Langkawi


ADVERTISEMENT