hatilara Publish time 23-4-2024 11:17 AM

10 terkorban Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara

Edited by hatilara at 23-4-2024 11:29 AM

Lumut: Dua helikopter dilaporkan berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, di sini, pagi ini.Difahamkan, kedua-dua helikopter berkenaan sedang menjalani latihan raptai sempena Hari Terbuka Armada yang dijadualkan berlangsung 3 hingga 5 Mei ini.Jumlah mangsa yang terbabit dalam nahas itu masih belum diketahui.
Sumber daripada Unit Komunikasi Strategi TLDM berkata, satu siaran media akan dikeluarkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.Terdahulu, tular video berdurasi 21 saat di media sosial yang memaparkan sebuah helikopter terlanggar bahagian belakang sebuah lagi helikopter sebelum kedua-duanya kelihatan terjunam ke tanah .Dalam video sama, kelihatan terdapat serpihan helikopter jatuh ke dataran berhampiran lokasi ratusan anggota TLDM lain sedang melakukan latihan perbarisan.

hatilara Publish time 23-4-2024 11:18 AM

TERKINI: 10 korban dua helikopter bertembung di Lumut

hatilara Publish time 23-4-2024 11:18 AM

TERKINI: 10 korban dua helikopter bertembung di Lumut

hatilara Publish time 23-4-2024 11:19 AM

KUALA LUMPUR: Seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.
Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, mana kala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Ketika kejadian, pesawat HOM membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec membawa tiga kru.

Setakat ini, tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.

Mamajiyem Publish time 23-4-2024 11:19 AM

Innalillah wainnailaihirojiun

mizzmimi Publish time 23-4-2024 11:19 AM

Edited by mizzmimi at 23-4-2024 11:21 AM


NASIONAL
TERKINI: 10 korban dua helikopter bertembung di Lumut
Oleh Wartawan BH
April 23, 2024 11:00am
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, mana kala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Ketika kejadian, pesawat HOM membawa empat kru dengan tiga penumpang, manakala Fennec membawa tiga kru.

Setakat ini, tiada mangsa yang terselamat dalam nahas itu.

LoveSungmin Publish time 23-4-2024 11:20 AM

7360891548596325640

YgBenar Publish time 23-4-2024 11:21 AM

Tiga anggota tentera maut selepas dua helikopter bertembung di udara di Kem TLDM, Lumut, Manjung, pagi tadi.

Edited by YgBenar at 23-4-2024 11:24 AM

KUALA LUMPUR – Tiga anggota tentera maut selepas dua helikopter bertembung di udara di Kem TLDM, Lumut, Manjung, pagi tadi.



Kejadian itu berlaku ketika kedua-dua helikopter sedang menjalani latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

Difahamkan tiga mangsa yang disahkan maut oleh pegawai perubatan berada dalam helikopter pertama

Manakala empat mangsa sedang dikeluarkan daripada helikopter kedua namun belum disahkan kedudukan mereka.

Maklumat awal yang diperoleh, kedua-dua pesat telah berlepas dari Padang Setiawan.

Salah sebuah pesawat telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

Balai Bomba dan Penyelamat Seri Manjung menerima laporan kejadian pada jam 9.50 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Difahamkan tiga mangsa yang maut berada dalam helikopter pertama

Manakala empat mangsa sedang dikeluarkan daripada helikopter kedua.

Helikopter kedua dinaiki oleh tujuh orang.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YBhg Dato’.

*MAKLUMAT AWAL KEMALANGAN PESAWAT HELIKOPTER TLDM PADA 23 APRIL 24*

1. 0945H - POA Barat terima maklumat daripada Mk Udara memaklumkan terdapat 1 x HOM (M503-3)dan 1 x Fennec (M502-6) telah bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

2. Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 0903H.

3. Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

4. BOMBA, 96 HAT dan Protela telah dikejarkan ke tempat kejadian.

5. Mangsa yang terlibat adalah:

a. Pesawat HOM (M503-3) - 7 orang kru:

(1) Kdr Muhammad Firdaus bin Ramli TLDM - PM Skuadron 503.

(2) Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin TLDM.

(3) Lt Kdr Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi TLDM.

(4) PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun.

(5) TBC

(6) TBC

(7) TBC

b. Pesawat Fennec (M502-6) - 3 orang kru:

(1) Kdr Muhamad Amir bin Mohamad TLDM - PM Skuadron 502.

(2) Lt Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.

(3) PW II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.

6. Dukacita dimaklumkan kesemua kru kedua-dua pesawat tiada yang terselamat.

7. Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
8. Sekian perkara diangkat untuk makluman YBhg Dato’.

CC:
TPA Barat
AKS Op

shamsadis Publish time 23-4-2024 11:22 AM

takziah diucapkan

She-Ra Publish time 23-4-2024 11:22 AM

tulah td bukak wassap grup, satu grup share benda ni
pastu scroll ig, nampak la video pelanggaran itu dr kejauhan
pastu masuk balik dlm wassap grup sb ada yg share info details dan katanya tiada yg terselamat. salam takziah utk kesemuanya

ctaz Publish time 23-4-2024 11:23 AM

1voKwr5f47A
innalillahiwainnailaihirojiun




Herlina Publish time 23-4-2024 11:23 AM

Salah satu tu mcm hilang kawalan je..dia pegi debik yang satu lagi

newyork Publish time 23-4-2024 11:24 AM

Innalillahhiwainailaihirojiun...

Cyempaka Publish time 23-4-2024 11:24 AM

ala betul 10 ke.. tadi tgk kat tiktok aku harap tak betul 10.. ingatkan kabar kabar tiktok je.. rupanya betul
:(

airfilterkotor Publish time 23-4-2024 11:25 AM

Salam takziah.

She-Ra Publish time 23-4-2024 11:25 AM

Cyempaka replied at 23-4-2024 11:24 AM
ala betul 10 ke.. tadi tgk kat tiktok aku harap tak betul 10.. ingatkan kabar kabar tiktok je.. rupa ...

ikut laporan begitulah
cuma ada lg 3 identiti belum dikenal pasti nama
fennec 502 ada sorang kru india

tomaz Publish time 23-4-2024 11:27 AM

dah 10 org kan confirm meninggal.. takziah buat keluarga

kaoru44 Publish time 23-4-2024 11:28 AM

ramai yg meninggal kn..takziah

rrgal Publish time 23-4-2024 11:29 AM

Sedihnya. Salam takziah

fish Publish time 23-4-2024 11:29 AM

Edited by fish at 23-4-2024 11:32 AM

ada dpt video tunjuk siap ada cebisan daging segala. kesian sgt.
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: 10 terkorban Dua helikopter terhempas selepas berlanggar di udara


ADVERTISEMENT