mattzzx Publish time 23-4-2024 11:27 AM

Penjaja warga asing tak serik jual jagung bakar depan KLCC

https://assets.bharian.com.my/images/articles/jagungbaka_1713840660.jpg
Jabatan Penguatkuasaan DBKL mengambil tindakan terhadap penjaja warga asing jual jagung bakar berhampiran Pintasan Saloma, Kuala Lumpur. - Foto DBKL

KUALA LUMPUR: Peniaga warga asing tidak serik dan masih menjaja jagung bakar depan KLCC meskipun sudah berulang kali diambil tindakan sebelum ini.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan, Jabatan Penguatkuasaan sekali lagi mengambil tindakan penguatkuasaan selepas aktiviti terbabit dikesan kembali beroperasi.

Menurutnya, DBKL mengambil tindakan sitaan terhadap barang jualan serta peralatan yang digunakan untuk membakar jagung dalam operasi berkenaan di sekitar kawasan Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang dan Saloma Bridge, Jalan Saloma.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut dijalankan menerusi Jabatan Penguatkuasaan DBKL.


"Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL melaksanakan tindakan sitaan dan pindah barangan menerusi peruntukan di bawah UUK 3(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen," katanya.

Menurut DBKL antara barangan yang disita adalah jagung, papan alas, dapur panggang, rak plastik dan lain-lain.

"Larangan dan peralatan yang disita, dihantar ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja Cheras untuk dokumentasi dan tindakan selanjutnya.

"Tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur," katanya.

Selain itu, DBKL turut merobohkan struktur besi berbumbung kekal tanpa kebenaran di Jalan Burung Jentayu, Taman Bukit Maluri, semalam.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil menerusi Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal dan Pejabat Cawangan Segambut.

"Menerusi aduan awam komuniti setempat dan pemantauan, DBKL mendapati ada pihak yang mendirikan struktur besi berbumbung kekal tanpa kebenaran DBKL di kawasan itu.

"DBKL juga mengeluarkan notis penguatkuasaan Seksyen 46(1)(a) iaitu membina atau menyenggara tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa halangan di tempat awam," katanya.

Operasi itu berjalan lancar dengan kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuat kawalan pemantauan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1237974/penjaja-warga-asing-tak-serik-jual-jagung-bakar-depan-klcc
Pages: [1]
View full version: Penjaja warga asing tak serik jual jagung bakar depan KLCC


ADVERTISEMENT