mattzzx Publish time 23-4-2024 01:21 PM

Tindakan polis iring bapa hantar anak ke hospital dipujin

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-23-at-12.00.12_d901871f.jpg
Tangkap layar menunjukkan anggota polis mengiring seorang bapa menghantar anaknya ke hospital.

PETALING JAYA – Tindakan anggota polis mengiringi seorang bapa menghantar anaknya ke hospital selepas terjatuh bilik air meraih pujian ramai.

Menerusi hantaran dikongsi @mpv_shah, seorang lelaki telah meminta pertolongan cemas anggota polis untuk mengiringnya ke hospital berdekatan kerana jalan sedang sesak.

Katanya, lelaki berkenaan memberitahu dia risau keadaan anak perempuannya yang muntah berkali-kali selepas terjatuh di bilik air.

“Kami terus beri bantuan dengan memasang siren polis agar kenderaan lain beri laluan dan memudahkan perjalanan,” katanya.

Berdasarkan video tersebut, bapa kanak-kanak perempuan itu mengucapkan terima kasih sambil mengalirkan air matanya tanda bersyukur atas ihsan yang diberikan.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna memuji tindakan pantas anggota polis tersebut.

“Tahniah semua anggota polis yang bertugas di lapangan dan terus berkhidmat untuk masyarakat,” komen @cassano.

“Ramai polis macam ni, abang ini hanya wakilkan rakan yang lain secara membuat video. Semoga PDRM terus maju,” komen @mam.

“Sebak tengok video ini, terbaik pasukan mpv shah sedia membantu orang awam,” komen @mohdzaid.

Sehingga kini video tersebut mendapat tiga juta tontonan, 178,000 tanda suka dan 2,479 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/video-tindakan-polis-iring-bapa-hantar-anak-ke-hospital-dipuji/
Pages: [1]
View full version: Tindakan polis iring bapa hantar anak ke hospital dipujin


ADVERTISEMENT