mattzzx Publish time 23-4-2024 01:43 PM

Tragedi helikopter TLDM: ‘Ramadan bertemu, Syawal kau pergi’


https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-23-at-13.23.34_91bbb06a.jpgPW II TMK Mohd. Shahrizan Mohd. Termizi antara korban nahas helikopter TLDM.

PETALING JAYA – Seorang wanita melahirkan rasa terkejut apabila sahabatnya, Mohd. Shahrizan Mohd. Termizi, maut dalam nahas dua helikopter bertembung di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut, Perak pagi tadi.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook @suzana Hamdan, dia tidak menyangka pertemuan mereka pada Ramadan lalu adalah yang terakhir buatnya.

“Salam takziah dan Al-Fatihah buat sahabat bekas rakan sekelas.

“Tak sangka akhir Ramadan aku jumpa kau tu adalah kali terakhir aku bertemu dengan kau. Damai lah kau di sana sahabat,” ujarnya di dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, seramai 10 kru dilaporkan terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bertembung kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Menurut makluman awal diterima, dua helikopter tersebut bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.
https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/tragedi-helikopter-tldm-ramadan-bertemu-syawal-kau-pergi/
Pages: [1]
View full version: Tragedi helikopter TLDM: ‘Ramadan bertemu, Syawal kau pergi’


ADVERTISEMENT