Vellfire Publish time 23-4-2024 11:10 PM

Pelaksanaan pembangunan di bawah IRSDA capai tahap 79 peratus secara fizikal

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240423/kch-ub230424-mm-karim-p1.jpg

Abdul Karim bersama yang lain melihat pelan projek pembangunan pada sidang media semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri IRSDA hari ini. -Gambar Roystein Emmor
KUCHING: Pelaksanaan pembangunan di bawah Agensi Pembangunan Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA) kini mencapai tahap 79 peratus secara fizikal.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, setiap agensi pembangunan di Sarawak telah disalurkan peruntukan sebanyak RM1.5 bilion.
“Kalau kita lihat, projek-projek tambatan di tepi laut seperti di Asajaya, Sadong Jaya, Simunjan, Sebangan dan sebagainya semua selesai… tak silap saya, ia melibatkan lebih RM600 juta untuk projek-projek ini.
“Selain itu, kita juga ada projek yang pelaksanaannya dikendalikan oleh agensi kerajaan antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian dan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dan lain-lain. Semua agensi ini telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.
“Alhamdulillah untuk kawasan IRSDA, dari segi projek prasarana sudah dijalankan 79 peratus,” katanya pada sidang media semasa Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri IRSDA di sini, hari ini.
Abdul Karim yang juga pengerusi IRSDA turut memberitahu,salah satu projek yang kini sedang dirancang ialah projek Boulevard di Kota Samarahan yang akan menjadi kebanggaan rakyat Sarawak.
Katanya, projek Boulevard Samarahan yang sepanjang dua kilometer dengan lebar 26 meter itu menelan belanja lebih RM100 juta.
Ditanya sama ada terdapat projek sakit di kawasan Samarahan, beliau berkata ada beberapa projek seperti Projek Tebingan Sungai Tambirat yang kini sudah dijalankan secara tender terbuka.
“Semuanya berjalan lancar tetapi entah bagaimana sebahagian kawasan tepian air itu runtuh ke dalam sungai,” ujarnya.
Ini katanya, telah menyebabkan projek itu disiasat sama ada runtuhan itu disebabkan alam semula jadi, kontraktor atau konsultan.
“Inilah yang berlaku apabila projek dilaksanakan melalui tender terbuka… Ia boleh menjadi baik atau buruk.
“Saya tidak menuding jari mengenai apa yang berlaku tetapi kadangkala kita perlu meneliti kes itu mengikut asas kes,” katanya.
Bagaimanapun, Abdul Karim memberi jaminan bahawa Samarahan akan mengalami banyak banyak perubahan pembangunan dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Sebagai contoh, kita akan memperluaskan jalan dari Jambatan Samarahan sehingga ke Jambatan Batang Sadong kepada dua laluan.
“Selain itu, kita juga akan memindahkan ibu kota pentadbiran Samarahan. Kami sudah mempunyai tapak untuknya tetapi saya akan biarkan Premier Sarawak mengumumkan secara rasmi di mana lokasinya apabila tiba masanya),” katanya.
Terdahulu, turut berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu IRSDA Bil. 1/2024 yang membincangkan status terkini pelaksanaan projek-projek IRSDA oleh setiap Jawatankuasa Kecil IRSDA.
Hadir sama Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Kota Samarahan Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Aidel Lariwoo, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris dan tetamu kehormat lain.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/23/pelaksanaan-pembangunan-di-bawah-irsda-capai-tahap-79-peratus-secara-fizikal-abdul-karim
Pages: [1]
View full version: Pelaksanaan pembangunan di bawah IRSDA capai tahap 79 peratus secara fizikal


ADVERTISEMENT