Vellfire Publish time 24-4-2024 07:01 PM

202 lokasi siap pemasangan VSAT, inisiatif kurangkan jurang digital

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240424/kks-ub240424-san-dun3-p1copy.jpg

BINCANG: Mohd Arifin (kiri) sempat berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor sebelum sidang DUN bermula.
KOTA KINABALU: Sebanyak 202 lokasi meliputi 67 peratus kawasan siap sepenuhnya pemasangan satelit Terminal Bukaan Amat Kecil (VSAT) untuk dinikmati penduduk di kawasan pedalaman dengan akses internet yang disediakan oleh Sabah Net.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, setakat April tahun ini, masih terdapat 98 lokasi lagi yang sedang dalam proses pemasangan VSAT.
Katanya, inisiatif berkenaan bertujuan mengurangkan jurang digital, terutama di kawasan pedalaman bagi mempercepat transformasi digital di Sabah.
Menurutnya, sejumlah 300 lokasi dikenal pasti untuk pemasangan VSAT melalui kolaborasi dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI).
"Selaras dengan matlamat kerajaan negeri untuk menjadi sebuah negeri yang berteknologi tinggi, kementerian saya memberi fokus utama untuk meningkatkan dan memperluaskan liputan internet terutamanya kawasan luar bandar dan terpencil di negeri ini dengan kerjasama SKMM.
"Melalui Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), beberapa rangka kerja dirancang seperti pembinaan menara baharu, penaiktarafan menara sedia ada kepada perkhidmatan 4G, peluasan penyediaan perkhidmatan gentian optik dan penyediaan jalur lebar satelit.
"Setakat Februari 2024, antara projek-projek yang dilaksanakan adalah, 281 daripada 647 menara siap, 4,473 daripada 4,486 stesen pemancar dinaik taraf kepada 4G, 208,926 daripada 303,569 premis tersedia dengan gentian berkelajuan gigabit," katanya dalam ucapan penggulungan KSTI.
Selain itu jelasnya, turut siap sepenuhnya 138 lokasi perkhidmatan jalur lebar VSAT di bawah SKMM dan 23 VSAT di bawah KSTI, manakala bagi perluasan rangkaian 5G, sebanyak 467 tapak beroperasi daripada 595 tapak yang dirancang.
Mohd Arifin berkata, setakat suku keempat 2023, peratusan liputan jalur lebar mudah alih di kawasan berpenduduk di Sabah meningkat kepada 90.59 peratus berbanding 73.41 peratus sebelum pelaksanaan JENDELA pada suku kedua 2020.
Beliau berkata, peratusan liputan 5G di kawasan berpenduduk Sabah turut mencapai 68.1 peratus.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/24/202-lokasi-siap-pemasangan-vsat-inisiatif-kurangkan-jurang-digital
Pages: [1]
View full version: 202 lokasi siap pemasangan VSAT, inisiatif kurangkan jurang digital


ADVERTISEMENT