Vellfire Publish time 24-4-2024 07:23 PM

Membaca 10 minit sehari perkaya minda dan kreativiti

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240424/sbw-ub240424-as-luang.jpg

(Belakang) Fairuz (kanan) dan Stanley (dua kiri) merakam gambar kenangan bersama pemenang kategori Anugerah Penghargaan Pengguna Aktif 2023 semalam.
SIBU: Meluangkan masa untuk membaca hanya 10 minit setiap hari sangat membantu untuk memperkayakan minda dan kreativiti seseorang.
Pengurus Wilayah Pustaka Sarawak Sibu Fairul Azli Banchit berkata Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024 dapat membuka pintu kepada ilmu, pengalaman dan perspektif baharu.
“Masa 10 minit mungkin kelihatan seperti sedikittetapi jika diamalkan untuk membaca setiap hari dalam jangka panjang ia boleh memberi impak yang besar kepada kehidupan kita.
"Masa yang kita luangkan untuk membaca adalah pelaburan terbaik yang boleh kita berikan kepada diri sendiri kerana membaca memperkayakan minda dan merangsang kemahiran berfikir," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2024 di sini, semalam.
Acara itu turut melibatkan penyerahan Anugerah Penghargaan Pengguna Aktif bagi buku terbanyak dibaca pada tahun lepas.
Turut hadir pada majlis itu ialah ketua masyarakat Temenggung Stanley Geramong.


https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/24/membaca-10-minit-sehari-perkaya-minda-dan-kreativiti
Pages: [1]
View full version: Membaca 10 minit sehari perkaya minda dan kreativiti


ADVERTISEMENT