Vellfire Publish time 24-4-2024 07:41 PM

Kerajaan galak pertumbuhan, pembangunan industri tempatan

Dr Rundi ambil inisiatif untuk lihat sendiri proses hiliran sedia ada dalam perniagaan pemasaran produk

https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20240424/kch-ub240424-mm-rundi-p1.jpg

Dr Rundi bergambar kenangan semasa melawat reruai pameran pada acara Sarawak Pavilion di Food and Hotel Asia (FHA) – Food & Beverage (F&B) 2024 di Singapura hari ini. -Gambar UKAS
"Saya datang ke sini atas inisiatif sendiri. Saya ingin melihat proses hiliran sedia ada untuk kita memasarkan produk.”
Dato Sri Dr Stephen Rundi UtomMenteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah
KUCHING: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri tempatan.
Menterinya Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, beliau mengambil inisiatif untuk melihat sendiri proses hiliran sedia ada dalam perniagaan pemasaran produk.
Menurutnya, isu bekalan bahan mentah yang tidak mencukupi yang mungkin menghalang kemajuan industri pemasaran dan pemprosesan amat membimbangkan.
"Saya datang ke sini atas inisiatif sendiri. Saya ingin melihat proses hiliran sedia ada untuk kita memasarkan produk.
"Sekarang saya faham bahawa ramai yang minat pemasaran, pemprosesan dan sebagainya namun kita perlukan rantaian bekalan yang lengkap.
"Kalau mereka mempunyai keinginan untuk membuat pemasaran tetapi bekalan bahan mentah tidak mencukupi itu akan menjadi masalah," katanya yang dipetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) semasa mengadakan lawatan ke Sarawak Pavilion di Food and Hotel Asia (FHA) – Food & Beverage (F&B) 2024 di Singapura hari ini.
Sehubungan itu, Dr Rundi menyarankan agar Jabatan Pertanian Sarawak menjalankan kajian menyeluruh untuk mengenal pasti individu atau kumpulan yang berminat dalam pemprosesan dan pemasaran serta keperluan mereka.
“Dengan penekanan terhadap kelestarian, pihaknya akan menganjurkan seminar atau persidangan di Kuching dalam masa terdekat melibatkan semua pihak berkaitan untuk menyumbang idea mahupun penyelesaian yang inovatif tentang perkara tersebut,” ujarnya.
Tambah beliau, ia diyakini dapat meningkatkan pencapaian industri tempatan sekali gus meluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat global.
"Tujuan saya adalah untuk memastikan produk tempatan boleh mencapai gred perindustrian bagi memastikan kemampanan dan pertumbuhan ekonomi.
"Walaupun pelbagai produk seperti kelapa, pisang, nanas dan durian telah dikenal pasti, namun sehingga hari ini kita masih belum mencapai peringkat industri.
"Jadi, sekarang kita melihat dari segi keselamatan makanan, beras, padi dan sebagainya, untuk itu ekonomi skala perlu ada.
"Saya benar-benar berharap agar kita akan memiliki satu industri untuk produk-produk yang sedia ada,"jelasnya.
Turut serta dalam lawatan itu ialah Pengarah Pertanian Sarawak Dominic Chunggat, Pengurus Perdagangan dan Pelaburan Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (STATOS) Tan Teng Cheng, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif STATOS Putrie Rozana Soraya, Penolong Pengarah Pertanian Bahagian Institusi Peladang Jabatan Pertanian Sarawak Karen Lenggiau Augustine Tujoh serta Penolong Pegawai Pertanian Sarawak Bahagian Institusi Peladang Mani Salleh.

https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/24/kerajaan-galak-pertumbuhan-pembangunan-industri-tempatan
Pages: [1]
View full version: Kerajaan galak pertumbuhan, pembangunan industri tempatan


ADVERTISEMENT