pengecattaik Publish time 24-4-2024 10:12 PM

Edisi Baju Oren….tak sia-sia undi parti bulan

Edited by pengecattaik at 27-4-2024 11:15 PM




KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli akan menjelaskan isu berkaitan penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok berhubung dakwaan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

"Saya tiada gundah gulana, esok saya jawab dalam Dewan (Undangan Negeri), itu sahaja setakat ini," katanya ringkas.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan susulan penahanan anaknya berkait kes tuntutan palsu. :lol:

"Saya menyerahkan kepada budi bicara SPRM sepenuhnya (dalam siasatan ini), terima kasih," katanya.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan DUN ke-15, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan anak kepada seorang Menteri Besar antara enam yang ditahan SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen dalam tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Turut ditahan, pegawai kanan kepada Menteri Besar Perlis

Semua tujuh individu berusia 27 hingga 37 ditahan di sekitar Perlis semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar dan bagi mendapatkan perintah reman.

Difahamkan, penahanan berkenaan adalah berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga hari ini.

https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2024/04/1238665/mb-perlis-akan-jelas-penahanan-anak-esok-di-sidang-dun

pengecattaik Publish time 24-4-2024 11:10 PM

;P;P;P

B40tastePosh Publish time 25-4-2024 04:13 AM

PN penunggang Melayu Inferiority Complex ciptaan UMNO.

sukacactus Publish time 25-4-2024 06:23 AM

Ank mb ni jg menantu hadi awang katanya

Thunderclouds Publish time 25-4-2024 06:54 AM

Korang sabo jap.
Lobai tgh selak² kitab carik dalil:lol::lol:


.......................

Btw, xperlu husnuzon menda gini. Regular practice utk ank beranak VIPs ngn kroni² depa walau piyem silih bganti. Xcaya tnya ex muntri bekcin. Bank pn leh garu kepla:lol:

tripleid Publish time 25-4-2024 01:25 PM

Edited by tripleid at 25-4-2024 01:36 PM

pengecattaik replied at 24-4-2024 11:10 PM

Amboii..amboiii..happy family sungguh naa..drpd anak smpai ke menantu kaki sakau:drool3:


PN Best{:1_152:}

Kitty_catz Publish time 25-4-2024 01:28 PM

Thunderclouds replied at 25-4-2024 06:54 AM
Korang sabo jap.
Lobai tgh selak² kitab carik dalil



bukan selak kain ke sis?

cari bughit baru ;P

melekaifc Publish time 25-4-2024 02:06 PM

ni menantu eddy union juga kan?

alesandra Publish time 25-4-2024 09:11 PM

merasa la lobai pakai baju kaler parti mat sabu

manopBKK Publish time 26-4-2024 09:45 PM

Guilty… berani kerana benar! Wow!

pengecattaik Publish time 27-4-2024 11:19 PM


rj0z5MUuMJ8

Nurdianah Publish time 28-4-2024 08:08 PM

dalil tak keluar lagi ke?

{:8_665:}

pokokmeranti Publish time 16-5-2024 11:51 AM

Nurdianah replied at 28-4-2024 08:08 PM
dalil tak keluar lagi ke?

tak baik buka aib pemimpin PAS dan keluarga mereka. klu kita tutup aib mereka nanti di akhirat aib kita akan ditutup. lainlah aib itu pemimpin selain PAS. harus disebarkan utk elakkan mereka dari terus melakukan maksiaaaatttttttttt
Pages: [1]
View full version: Edisi Baju Oren….tak sia-sia undi parti bulan


ADVERTISEMENT