ifanonline Publish time 25-4-2024 04:54 PM

Gaza: Bantahan Universiti-Universiti Ivy League semakin memuncak di AS, universiti Malaysia bila lagi?

Edited by ifanonline at 25-4-2024 04:57 PM


https://assets.bharian.com.my/images/articles/hfhgfgfgggg_1713839821.jpg

Beberapa kumpulan pelajar keturunan Yahudi Columbia University dan Barnard College yang menyokong penduduk Palestin di Gaza berhimpun di halaman Columbia University, New York City, hari ini. - Foto REUTERS


Gaza: Bantahan pelajar AS memuncak



April 23, 2024 @ 10:37am

NEW YORK: Kelas di Columbia University ditukar kepada pengajian dalam talian, selepas bantahan terhadap perang di Gaza meningkatkan ketegangan dalam beberapa kampus di Amerika Syarikat (AS), manakala puluhan pelajar ditangkap di Yale University.
Penunjuk perasaan yang ramai mewujudkan 'Perkhemahan Solidariti Gaza' di halaman Columbia University, manakala beberapa pelajar keturunan Yahudi di institusi berprestij New York itu mendakwa mendapat ugutan dan anti-Semitisme sewaktu bantahan selama beberapa hari.
Dalam surat terbuka kepada warga universiti, Presiden Columbia University, Nemat Shafik menyatakan perlu ada penyesuaian semula."Sejak beberapa hari lalu, terdapat terlalu banyak contoh tingkah laku yang menakutkan dan mengganggu di kampus kami.
"Ada luahan anti-Semitik, seperti kecaman lain yang digunakan untuk menyakiti dan menakutkan orang, tidak boleh diterima dan tindakan sewajarnya akan diambil.
"Untuk mengurangkan rasa tidak berpuas hati dan memberi kita semua peluang untuk mempertimbang langkah seterusnya, saya mengumumkan semua kelas akan diadakan secara maya pada hari Isnin," katanya.
Minggu lalu, penunjuk perasaan pro-Palestin memulakan bantahan dengan menggesa universiti itu menjual pelaburan dalam syarikat yang mempunyai hubungan dengan Israel.
Pada Khamis, lebih 100 daripada mereka ditahan selepas pihak berkuasa universiti memanggil polis ke kampus dan tindakan itu meningkatkan ketegangan, seterusnya mencetuskan kehadiran lebih ramai penunjuk perasaan pada Sabtu dan Ahad lalu.
Mimi Elias, seorang pelajar yang ditangkap semalam berkata, mereka akan berada di situ sehingga tuntutan mereka diakui.
"Kami tidak mahu anti-Semitisme atau Islamofobia. Kami di sini untuk pembebasan untuk semua," kata Elias.
Seorang pensyarah di Columbia University, Joseph Howley, pula berkata, universiti menjadi mengambil tindakan salah dengan memanggil polis, yang seterusnya menarik elemen yang lebih radikal yang bukan sebahagian daripada protes pelajar universiti.
"Anda tidak boleh mendisiplinkan dan menghukum untuk menghilangkan prasangka dan perselisihan faham masyarakat," kata Howley.
Bantahan itu turut merebak ke kampus lain, termasuk The Massachusetts Institute of Technology (MIT), New York University, The University of Michigan dan Yale University, iaitu sekurang-kurangnya 47 orang sudah ditangkap, selepas pelajar tidak mengendahkan arahan untuk bersurai.
Sejak serangan Hamas 7 Oktober dan tindak balas tentera Israel yang luar biasa, universiti menjadi tempat perdebatan yang sengit di AS. - AFP
https://assets.bharian.com.my/images/articles/jghjhgjhhhhh_1713839824.jpg


Penyokong penduduk Palestin di Harvard University dan The Massachusetts Institute of Technology (MIT) berkumpul di MIT, Cambridge, Massachusetts, hari ini kerana membantah serangan Israel. - Foto AFP







alesandra Publish time 25-4-2024 04:56 PM

Sementara itu di universiti malaya.........

alesandra Publish time 25-4-2024 04:57 PM

Tapi kt columbia ..ada baca.. diorg dah kena online je lps ni kann sampai hujung tahun?

ifanonline Publish time 25-4-2024 04:58 PM

alesandra replied at 25-4-2024 04:57 PM
Tapi kt columbia ..ada baca.. diorg dah kena online je lps ni kann sampai hujung tahun?

yup, harap demo ni di sokong oleh ivy league lain di seluruh dunia

ACC106 Publish time 25-4-2024 04:59 PM

Baca di X apa yg Bruce tu post

Dwdrum Publish time 26-4-2024 07:02 AM

Edited by Dwdrum at 25-4-2024 03:03 PM

Yang protest ini majority student dapat financial aid... Ter masuk anak ilhan omar...ruined own future untuk filistine... Anak orang kaya sudah begin minta refund.... So far yang cerdik sikit budak stanford tahu limit...

Dwdrum Publish time 26-4-2024 07:06 AM

Edited by Dwdrum at 25-4-2024 03:09 PM

ifanonline replied at 25-4-2024 12:58 AM
yup, harap demo ni di sokong oleh ivy league lain di seluruh dunia

Tiada ivy league di luar amerika.. Ivy league ini dari american football university league ngok (bukan british football) ... American football tidak popular di luar US... If ada ivies wannabe or shiok sendiri...

Minami2013 Publish time 26-4-2024 07:14 AM

Malaysia gov dah obviously pro palestin. Tak perlu dah la nk protest2.

Bila humanity tak de. Dah byk protest buat tapi Zionist ni level above law. Freedom Flotilla kat Istanbul hari ni pun dah kumpul wartawan drpd pelbagai negara. Misi nk hantar humanitarian aid. Kalau kena bom/tembak jugak mcm World Central Kitchen kes hari tu tak tahu lah.

ifanonline Publish time 26-4-2024 09:10 AM

Dwdrum replied at 26-4-2024 07:06 AM
Tiada ivy league di luar amerika.. Ivy league ini dari american football university league ngok (b ...

ape maksud ivy? ape maksud league? dont see things litterally ma brada

Dwdrum Publish time 26-4-2024 09:47 AM

ifanonline replied at 25-4-2024 05:10 PM
ape maksud ivy? ape maksud league? dont see things litterally ma brada

Ivy league ini members.. american collegiate (athletic conference)8 private reaserch universities dari northeastern US... Tiada dari luar northeastern states... Nor dari cali.. Texas... Colorado etc...depa popular dengan ivy football league... Name ivy dapat dari situ... Bukan all ivies itu top 1% ranking... Ada top tiers unis (bukan ivies) better ranking dari depa... Seperti Di US... Mit... stanford... Etc... And some ivies mudah untuk dapat masuk seperti cornell... Dartmouth.. Columbia.. Brown di banding top ivies seperti yale.. Harvard.. And princeton

rikiruj Publish time 26-4-2024 10:06 AM

Budak2 universiti Malaysia ikut nak buat apa... kerajaan kita memang anti Is***l dan sokong Palestine.

Ivy league tu kebetulan Collegiate Conference tu member2 dia top schools.. sebab tu senang nak refer them as the league / conference - Ivy.Ada banyak lagi top schools mcm MIT, Caltech, Stanforfd, Carnegie Mellon yang tak dalam conference Ivy league.So kalau ko masuk MIT, ko tak boleh la cakap ko belajar kat ivy league school.

dagusengett Publish time 26-4-2024 10:24 AM

Peaceful protest tapi depa serbu lawn pasang khemah gocoh2 je
Tak paham apasal kena bwk turun riot police semua
Kat tiktok susah nak dpt footage too much censor

Thunderclouds Publish time 26-4-2024 10:28 AM

Dwdrum replied at 26-4-2024 07:06 AM
Tiada ivy league di luar amerika.. Ivy league ini dari american football university league ngok (b ...

{:1_563:}{:1_555:}{:1_563:}{:1_530:}

Dwdrum Publish time 26-4-2024 10:28 AM

Peaceful protest?..... Sehingga students class kena batal.... Last night toklaki mahu catch flight dari sfo airport... Protesters block departure area sehingga kena buka route lain untuk passengers... Peace?...buat hidup orang lain complicated itu peace?

ifanonline Publish time 26-4-2024 10:33 AM

Dwdrum replied at 26-4-2024 09:47 AM
Ivy league ini members.. american collegiate (athletic conference)8 private reaserch universitie ...

istilah ivy league memang la dtg dr amerika utk universiti2 mereka...

ivy league bukan exclusive di amerika shj...negara2 lain pun ada juga ivy league mereka...istilah aje berbeza...ada league uni di UK, ada di China, ada di Jepun...etc

ivy league ni maksudnya universiti2 terbaik di negara masing2...

rajin pulak aku dok melayan diskusi dgn ko ye...i understand what you're saying...but putting the phrase into perspective...ada paham?

Dwdrum Publish time 26-4-2024 10:56 AM

ifanonline replied at 25-4-2024 06:33 PM
istilah ivy league memang la dtg dr amerika utk universiti2 mereka...

ivy league bukan exclusive...

Tiada orang gelar kan oxford and Cambridge itu ivy league.. Prolly ada title lain.... Only idiot panggil ivy league

ifanonline Publish time 26-4-2024 11:19 AM

Dwdrum replied at 26-4-2024 10:56 AM
Tiada orang gelar kan oxford and Cambridge itu ivy league.. Prolly ada title lain.... Only idiot p ...

of course la title lain...some people are just too dumb to understand

Dwdrum Publish time 26-4-2024 11:25 AM

Edited by Dwdrum at 25-4-2024 07:32 PM

ifanonline replied at 25-4-2024 07:19 PM
of course la title lain...some people are just too dumb to understand

Bagi excuses bukan buat ko betul... Cuma untuk fixed kantoi saja...saudara manak ka?

alesandra Publish time 26-4-2024 12:10 PM

ifanonline replied at 26-4-2024 11:19 AM
of course la title lain...some people are just too dumb to understand

It's okey aku paham je ivy league dlm context isu ni:)

Kak-Rohana Publish time 16-5-2024 04:12 AM

perlu ke? parents pun kais pagi makan pagi......
Pages: [1]
View full version: Gaza: Bantahan Universiti-Universiti Ivy League semakin memuncak di AS, universiti Malaysia bila lagi?


ADVERTISEMENT