CARI-HBZ Publish time 25-4-2024 10:21 PM

Jika anak saya bersalah, hukumlah dia – MB Perlis

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/25/222057hoxezb5ixwsr18ie.png



KANGAR – Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli secara terbuka meminta anaknya dihukum sekiranya didapati bersalah dalam skandal penyelewengan tuntutan palsu.


Beliau berkata demikan ketika sesi penggulungan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-15 di Kompleks DUN Perlis di sini hari ini.


“Jika anak saya bersalah, hukumlah dia. Saya sudah bagi pendidikan dan ilmu kepada dia. Saya selalu pesan, kalau buat juga dan kena (tangkap) nak buat mcm mana. Saya tiada gundah gulana.


“Saya dan keluarga tenang. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menghubungi melalui WhatsApp dan telefon serta tolong mendoakan. Itu memang perkara yang saya perlukan. Allah berfirman jangan sangka bila kita cakap kita beriman tapi tidak diuji dengan sesuatu,” katanya.


Menurut Mohd. Shukri, Perlis ‘panas’ apabila tujuh pasukan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM menahan enam rakyat Perlis pada kelmarin.


“Salah seorang rakyat Perlis yang ‘diambil’ itu anak saya. Rumah digeledah, Pusat Asuhan Tunas Islam tempat saya asuh anak-anak digeledah, namun tiada apa-apa.


“Kemudian dia (BOK SPRM) ambil anak saya sampai hari ini dan sambung (reman) sehari lagi sampai esok. Saya difahamkan mereka mula memasuki pusat khidmat DUN,” jelasnya.


Katanya, kerajaan negeri membuka pintu dan berharap selepas ini tiada lagi ‘bunyi’ di media sosial dan sekiranya ada yang ditahan, ia dianggap sebagai salah satu pembersihan.


Menurut Mohd. Shukri, sejak awal pentadbirannya, beliau pernah menyebut pejabatnya terbuka setiap masa supaya tidak berlaku penyelewengan dan sentiasa bersih dari unsur tidak baik.


Sumber – KOSMO! ONLINE.

clueless_gamer Publish time 26-4-2024 02:55 AM

jadi sekarang ni di tahan untuk bantu siasatan kan? belum terbukti lagi kan?

stingergrumpy Publish time 26-4-2024 03:43 AM

Bapak berpenjana yiddin tersenyum sinis

BENTARA Publish time 26-4-2024 10:29 AM

katanya kisah anak dia ni dah lama dah coma takde bukti je nak kaitkan
klu betol la dakwaan mereka ni..... hmmmmmmm
yer la kita manusia buiiasa tak lepas dr melakukan dosa....
tp nak kata apa mereka ni dakwa mereka dah ada tiket ke syurga......
sakau islamikm kot... apa pon kita tgu dalil pak merua dia.... pakar dalil

supernaturalee Publish time 26-4-2024 05:09 PM

boleh terima la respon ni
instead of menegakkan benang yg basah

tp x terkejut la klu hujung2 kes lepas bebas
instead of jatuh salah

{:singo
Pages: [1]
View full version: Jika anak saya bersalah, hukumlah dia – MB Perlis


ADVERTISEMENT