maklukpenggoda Publish time 25-4-2024 10:36 PM

SPRM tahu lokasi menantu Muhyiddin

GUA MUSANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat petunjuk baharu mengenai keberadaan Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ia dikesan menerusi transaksi kad kredit milik ahli perniagaan itu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata selain itu pihaknya turut mendapatkan kerjasama daripada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesan Muhammad Adlan.
"Ada petunjuk baharu beliau berada di suatu tempat hasil daripada pemantuan kita terhadap penggunaan kad kreditnya. Beliau berada di beberapa buah negara, kita sudah memohon kepada pihak Interpol untuk mengesan.
"Tetapi dalam kes beliau, kita masih lagi mengesan dengan cara kita bagi tujuan untuk dituduh di mahkamah.
"Sehingga sekarang tidak ada lagi makluman daripada beliau dan juga seorang peguam," katanya.
Sehubungan itu beliau menggesa Muhammad Adlan dan pegumnya untuk tampil dan menghadapi pertuduhan yang akan dikenakan terhadap mereka.
Terdahulu media melaporkan SPRM mengesahkan beberapa kertas pertuduhan membabitkan beberapa dakwaan, termasuk jenayah pecah amanah (CBT) ke atas Muhammad Adlan sudah lengkap.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1239121/sprm-tahu-lokasi-menantu-muhyiddin

FOTHER-MUCKER Publish time 25-4-2024 11:52 PM

Di Malaysia ni kan ada bermacam macam un£ang undang sehingga ada yang tak masuk akal,

Apasal tak charge mahayudin bersubahat?:lol:

manopBKK Publish time 26-4-2024 09:06 PM

FOTHER-MUCKER replied at 25-4-2024 11:52 PM
Di Malaysia ni kan ada bermacam macam un£ang undang sehingga ada yang tak masuk akal,

Apasal tak...

Knp org lain nak kena siasat? Guilty by association is it? Kalau bff ko berzina… tok kadi /makamah nak siasat ko jugak ke?

{:gif_laughing:}
Pages: [1]
View full version: SPRM tahu lokasi menantu Muhyiddin


ADVERTISEMENT