Abahmung Publish time 26-4-2024 08:49 AM

Pengembala lembu berdemo depan pejabat Mat Sabu

Pengembala berdemo depan pejabat Mat Sabu
Diterbitkan:Apr 25, 2024 7:17 PM

https://i.newscdn.net/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/04/b52fb77199c6dadf9b1fe94b3732d760.jpg=s800

Pengembala lembu dan kambing dari pelbagai negeri berdemonstrasi di depan pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya susulan larangan memasuki kawasan ladang sebuah syarikat sawit.

Kumpulan itu–yang menamakan diri mereka Gabungan Penternak Marhaen Nasional–menuntut campur tangan menterinya Mohamad Sabu melalui satu memorandum tuntutan.

Memorandum diserahkan kepada setiausaha politik menteri Yuhaizad Abdullah, yang menurut mereka akan meminta pertemuan dengan Mohamad dalam tempoh tiga minggu.

Dalam memorandum tujuh halaman itu, mereka antaranya menyifatkan tindakan itu sebagai kejam.

“Ini tidak boleh diterima kerana kami tiada masalah dengan pengurusan Sime Darby dalam tahun-tahun sebelum ini,” menurut memorandum itu.

Menurut mereka, notis larangan itu dikeluarkan di Estet Sungai Buloh pada 10 Januari dan Estet Bukit Cheraka pada 24 Januari.

Malaysiakini sudah menghubungi Sime Darby untuk mendapatkan maklum balasnya.

alesandra Publish time 26-4-2024 12:28 PM

Aku x paham... kenapa lak larangan tu zalim?? dah kalo haiwan2 ternakan ko menceroboh dan merosakkan ladang2 terbabitsiapa yg zalim sebenarnya????

sharlenetexas Publish time 26-4-2024 01:13 PM

Kakau kat uk siap bawak traktor. Baling taik lembu masa demo.


B40tastePosh Publish time 26-4-2024 01:28 PM

alesandra replied at 26-4-2024 12:28 PM
Aku x paham... kenapa lak larangan tu zalim?? dah kalo haiwan2 ternakan ko menceroboh dan merosakkan ...

MPOB dah lama sarankan dari R&D diorang buat Integrated Oil Palm Farming dgnCattle.

Aku pun tak faham kenapa Menteri tak baca Research Paper dari MPOB sebelum keluarkan arahan sbb nampak contradict dgn keterjaminan makanan tu.

Sebab Oil Palm dah dikategorikan sebab Tanaman Industri.....Cattle tu dah tentu sepenuh nye untuk makanan.

Kitty_catz Publish time 26-4-2024 01:37 PM

kut pokok dah beso2 takpe.. boleh ragut rumput2 tu sekali

kut baru tanam kenot le, sbb kang lembu2kamben2 makan pucuknya

B40tastePosh Publish time 26-4-2024 01:45 PM

Edited by B40tastePosh at 26-4-2024 02:12 PM

sharlenetexas replied at 26-4-2024 01:13 PM
Kakau kat uk siap bawak traktor. Baling taik lembu masa demo.

Dekat Eropah kalau Import barang makanan sampai jejas harga product dari lokal farm diorg dah demo buang lambakan barang mereka depan pejabat kerajaan.

Yang aku pelik Malaysia ni banyak import lembu dari Thailand...sekarang dah berlaku lambakan lembu Thailand...orang Malaysia kurang booking lembu korban pulak.

Lagi satu Malaysia ni banyak import santan dan kelapa mentah dari Indonesia sampai kelapa tempatan tak boleh naik harga.

Local farmer kat Malaysia takda pula buat demo ..maybe Persatuan diorang tak kuat macam negara negara Eropah.

alesandra Publish time 26-4-2024 01:58 PM

B40tastePosh replied at 26-4-2024 01:28 PM
MPOB dah lama sarankan dari R&D diorang buat Integrated Oil Palm Farming dgnCattle.

Aku pun tak ...

Apa sebenarnya isi kandungan memorandum?betul ke ada kena mengenadgn saranan mpob??citer x jelas

B40tastePosh Publish time 26-4-2024 02:10 PM

alesandra replied at 26-4-2024 01:58 PM
Apa sebenarnya isi kandungan memorandum?betul ke ada kena mengenadgn saranan mpob??citer x jelas

Kena tengok la balik benda ni dari Estate atau siapa...kena buat roundtable.

Apa guna malaysia melabur billion untuk R&D tapi integrated farming gagal di Malaysia.

Salah satu kegagalan Malaysia dlm food security ni kalau ko nak tahu, Integrated Farming ni la

Bergosip Publish time 26-4-2024 02:38 PM

B40tastePosh replied at 26-4-2024 02:10 PM
Kena tengok la balik benda ni dari Estate atau siapa...kena buat roundtable.

Apa guna malaysia me ...

I ada kebun kelapa sawit dekat Pahang. tak ada lah besar sangat tapi I buat batch by batch. jadi, ada pokok sawit yang dah matang, dah besar tapi baru 1 1/2 tahun, baru tanam dan sikit tanah kosong dekat belakang untuk the next batchs


2 bulan lepas baru I suruh pekerja halau lembu2 yang datang makan rumput dekat kawasan kebun sebab ada anak pokok sawit yang tumbang (rugi banyak jugak). pekerja cakap lembu yang langgar. dan I ada upah pekerja luar untuk potong rumput dan kemaskan kawasan setiap bulan


So, tindakan I kira salah ke? since uols ada sebut integrated farming. Kiranya, pemilik kebun sawit, getah dan lain2 kena bagi lembu2 dan kambing2 makan rumput di kebun? apa tugas pemilik lembu,kambing?


what if I suruh pekerja potong rumput dan jual rumput tu kepada pemilik/penternak lembu tu?

B40tastePosh Publish time 26-4-2024 02:41 PM

Bergosip replied at 26-4-2024 02:38 PM
I ada kebun kelapa sawit dekat Pahang. tak ada lah besar sangat tapi I buat batch by batch. jadi,...

Nanti meols tunjuk buku dari MPOB untuk uols faham.

Ada daftar Pekebun Kecil dgn MPOB tak?

Ada dapat SOP dari MPOB tak?
Pages: [1]
View full version: Pengembala lembu berdemo depan pejabat Mat Sabu


ADVERTISEMENT