EJALTI Publish time 26-4-2024 01:43 PM

Dakwaan liwat 3 remaja: Ustaz pusat tahfiz ditahan bantu siasatan

Dakwaan liwat 3 remaja: Ustaz pusat tahfiz ditahan bantu siasatan

https://www.malaysiakini.com/news/703682

Diterbitkan:Apr 26, 2024 12:43 PM
Dikemaskini: 11:43 AM

https://i.ncdn.xyz/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/11/9728c09fdc93cf239e14603a9d974b5a.jpg=s800

Tiga aduan - dan didakwa berlaku sejak dua tahun lalu - membawa kepada penangkapan seorang guru agama di sebuah pusat tahfiz di Machang, Kelantan.

Menurut polis lelaki terbabit kini disiasat kerana disyaki meliwat pelajar di sekolah tahfiz berkenaan.

Ketua Polis Daerah Machang, Supt Ahmad Shafiki Hussin, berkata mangsa yang berusia 12 dan 13 tahun membuat aduan di Balai Polis Machang pada 15 April lalu.

Katanya laporan tersebut dibuat pada jam 12.56 tengah malam.

"Kejadian melibatkan tiga pelajar tahfiz dan polis Machang menerima tiga laporan berkaitan kes tersebut.

"Kejadian didakwa berlaku sejak dua tahun yang lalu dan kesemua mangsa mendakwa diliwat oleh ustaz terbabit di pusat tahfiz berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan aduan yang diterima itu, seorang ustaz berusia 39 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut Ahmad Shafiki, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu kesalahan meliwat.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 April lalu.

"Tempoh reman kemudian dilanjutkan tujuh hari lagi bermula 23 sehingga 29 April ini,” katanya.

Minami2013 Publish time 26-4-2024 02:06 PM

Moga dilaknat oleh Allah pelaku yg merosakkan anak2 ni. Selayaknya hukum bunuh je sbb perogol atau peliwat mangsa bwh umur ni jijik. Kalau masuk penjara pun bila keluar nanti ada mangsa baru yg kena. Budak2 bawah umur adalah mangsa yg plg mudah dimanipulasi.

tripleid Publish time 26-4-2024 03:48 PM

Menonggang agama at its best..


sah2 la yg meliwat tu ostard Pas.





Decaffeinated Publish time 26-4-2024 03:52 PM

Benda dah lama berlaku.

Tempat orang 'buang' anak.

pokokmeranti Publish time 26-4-2024 04:05 PM

tripleid replied at 26-4-2024 03:48 PM
Menonggang agama at its best..




mu keceksupo musuh isle....ini negeri serambi mekah

tripleid Publish time 26-4-2024 04:14 PM

pokokmeranti replied at 26-4-2024 04:05 PM
mu keceksupo musuh isle....ini negeri serambi mekah

nama jah serambi mekoh tapi bab liwat meliwat,rogol merogol dorg la champion..




{:gif_clap:}

pokokmeranti Publish time 26-4-2024 04:15 PM

tripleid replied at 26-4-2024 04:14 PM
nama jah serambi mekoh tapi bab liwat meliwat,rogol merogol dorg la champion..




celako...celako...celako...KO Ko KO kerana aibkan serambi mekah...

tripleid Publish time 26-4-2024 04:29 PM

pokokmeranti replied at 26-4-2024 04:15 PM
celako...celako...celako...KO Ko KO kerana aibkan serambi mekah...

tukar je la nama serambi mekoh jadi Serambi Sampoh.lol

mojarean_X Publish time 26-4-2024 05:01 PM

Keputusan yg tepat iols batalkan perkahwinan ngan sskjp (walaupun x de kaitan ngan isu ni)
Pages: [1]
View full version: Dakwaan liwat 3 remaja: Ustaz pusat tahfiz ditahan bantu siasatan


ADVERTISEMENT