CARI-HBZ Publish time 27-4-2024 12:30 PM

KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/27/122959u009igwc8uxowi0c.png





ALGIERS –Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC)yang pertama di Algeria beroperasi semula selepas ditutup buat sementara waktu susulan siri tunjuk perasaan pro-Palestin pada minggu lalu, lapor portal berita Arab News kelmarin.


Restoran terletak di Dely Ibrahim,pinggir Algiers itu bagaimanapun beroperasi tanpa logo Kolonel Sanders pada bangunannya.


Kolonel Sandersdari Amerika Syarikat (AS) yang meninggal dunia pada 1980 merupakan pengasas restoran itu.


Namun, masih tidak jelas sama ada restoran tersebut telah bertukar milik atau kekal di bawah payung syarikat induk KFC,Yum! Brands.


Restoran itu sebelum ini diboikot kerana dituduh mempunyai kaitan dengan Israel walaupun berpangkalan di AS.


Yum! Brands pula didakwa telah membuat pelaburan dalam syarikat milik Israel termasuk TicTuk.


TicTuk membolehkan pelanggan memesan makanan menerusi rangkaian sosial dan aplikasi mesej.


Pada 16 April lalu, penunjuk perasaan berkumpul di luar restoran tersebut dan menyeru ia diboikot selain menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin ketika perang Israel-Hamas berterusan di Semenanjung Gaza.– AGENSI

dua_chzy Publish time 27-4-2024 12:49 PM

Lawak pula logo rooster sevesar alam cenggitu.

sharlenetexas Publish time 27-4-2024 05:38 PM

Ayamak! Ayamak ayam lagi!



MeoWRoaR Publish time 27-4-2024 06:12 PM

ayam laa pulak

zuriey Publish time 27-4-2024 11:33 PM

teruskan boikot
Tenang sikit aku nak membeli
Btw masa blm puasa tu aku p masuk kfc npk tak de org
Tapi order dari foodpanda byk ye
Aku hanya mampu bersenyum sinis sahaja

bebulu Publish time 28-4-2024 02:02 AM

Dah lama tak beli kepci bukan sebab boikot. Tapi sebab terpahat di minda seperti forumer cerita yang ayam kepci kecik macam ayam terbantut tumbesarannya.

BoongaKertas Publish time 29-4-2024 10:12 AM

mmg rindu tp memikirkan teringat darah saudara semuslim di sana, iols terus x selera

cantthinkofany Publish time 29-4-2024 10:35 AM

BoongaKertas replied at 29-4-2024 10:12 AM
mmg rindu tp memikirkan teringat darah saudara semuslim di sana, iols terus x selera

ya betolll....lelebih masa melintas kat sebelah restoran dia...perghhh....bau..mcm nak terkam masuk....

BoongaKertas Publish time 29-4-2024 10:37 AM

cantthinkofany replied at 29-4-2024 02:35 AM
ya betolll....lelebih masa melintas kat sebelah restoran dia...perghhh....bau..mcm nak terkam masu ...

kan? fuh menggoda. tp tulah, nak telan tu nanti x sampai hati. :'(
Pages: [1]
View full version: KFC dibuka semula tanpa logo Kolonel Sanders


ADVERTISEMENT