ultra78 Publish time 27-4-2024 02:58 PM

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh pikap berhenti mengejut

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh pikap berhenti mengejut
Oleh Amir Hamzah Nordin - April 27, 2024 @ 7:55am
bhnews@bh.com.my

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang juga pemuzik DBKL maut dalam nahas di KM98.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) arah Timur jam 4.45 petang semalam selepas merempuh pikap yang berhenti mengejut. Motosikal mangsa tercampak ke atas bahagian belakang pikap. - Foto IPD Temerloh
TEMERLOH: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas merempuh belakang sebuah pikap yang berhenti secara mengejut, selepas pemandunya cuba mengelak seorang wanita melintas lebuh raya.

Kemalangan berlaku di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Satu, dekat susur keluar Lanchang, dekat sini, jam 4.45 petang semalam.

Video nahas berkenaan tular di media sosial.

Mohd Haziq Ramli berusia 34 tahun yang menunggang Suzuki GSX-R1000 adalah seorang pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), maut di tempat kejadian akibat nahas itu.

Penunggang motosikal berkuasa tinggi yang juga pemuzik DBKL maut dalam kemalangan di LPT1 selepas merempuh belakang pikap berhenti mengejut elak orang lintas lebuh raya.- Foto IPD Temerloh
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mazlan Hassan berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca apabila seorang wanita berusia 35 tahun yang memandu sebuah jip telah berhenti di tepi jalan dan melintas jalan dari sebelah kiri ke kanan jalan.

"Akibat perlakuan wanita itu, sebuah pikap telah membrek secara mengejut.

"Dalam masa sama datang sebuah motosikal dari arah belakang terus merempuh bahagian belakang pikup tersebut," katanya dalam kenyataan semalam.

Penunggang motosikal terjatuh di lorong laju manakala motosikal mangsa tercampak ke atas bahagian belakang pikap.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku disebabkan kecuaian pemandu wanita tersebut yang berhenti di bahu jalan dan melintas jalan," katanya.

Katanya, satu tangkapan telah dibuat terhadap wanita tersebut untuk siasatan lanjut pada jam 4..40 petang semalam.

"Penumpang jip seorang warga China berusia 35 tahun turut ditahan di Pejabat Trafik Temerloh untuk ditahan reman," katanya.

https://twitter.com/HezeriSamsuri/status/1783891729927815264

she Publish time 27-4-2024 03:06 PM

Takziah

Semoga perempuan tempatan dan laki PRC tu didakwa

auntieagony Publish time 27-4-2024 03:12 PM

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

hotmak Publish time 27-4-2024 03:20 PM

tak memasal ada nyawa melayang dek sebab kebodohan manusia lain

salam takziah buat arwah, moga diampunkan segala dosa2 beliau dan diberi kekuatan buat waris

ada tgk video tu, tgh laju motor tu mmg tak sempat nak brek lah

Firenzza Publish time 27-4-2024 03:24 PM

Hilux dh hidup lampu hazard tu......mungkin penunggang sbk tu baru lps cilok keta sebelah kiri sambil masuk gear 6......tup2

SalenaGomez Publish time 27-4-2024 03:32 PM

Edited by SalenaGomez at 27-4-2024 03:33 PM

ni nama nya menyusahkan hidup org lain. Sendiri nk bunuh diri pastu org lain yg mati. Harap hukuman penjara seumur hidup. Dtg malaysia buat onar je. Kesian keluarga mangsa tu. Kalau ada anak kecik2, dah x berbapa. Kesan pada org lain tau

dinosaurpink Publish time 27-4-2024 03:43 PM

Edited by dinosaurpink at 27-4-2024 03:48 PM

Drama tepi jalan disyaki punca sportbike ditunggang pemain dram rempuh 4X4 di LPT Pahang

Oleh NAZREEN IZAHAR
[*]Sabtu, 27 Apr 20248:10 AM MYT
https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2024/04/27/2665003.pngMotosikal ditunggang Haziq merempuh kenderaan pacuan empat roda di LPT.

SEORANG lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya merempuh kenderaan pacuan empat roda di sebuah lebuhraya di Pahang pada Jumaat.Mangsa dikenali sebagai Haziq Ramli yang juga merupakan seorang pemain dram sedang menaiki motosikal berkuasa tinggi ketika melalui kilometer 98.4 di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Lanchang pada 4.25 petang.
Kejadian disyaki bermula apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4x4) jenis Mitsubishi Triton memperlahankan kenderaan di laluan paling kanan gara-gara mahu mengelak seorang wanita yang sedang melintas jalan dari lorong kanan menuju lorong kiri lebuh raya.https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2024/04/27/2665047.jpegKeadaan mangsa di atas jalan selepas berlakunya rempuhan. — Facebook
Trap pikap itu dilihat memberikan lampu kecemasan, namun motosikal ditunggang mangsa yang datang dari arah belakang dalam kelajuan tinggi tidak sempat untuk mengelak daripada merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.
Pada masa sama, wanita terbabit yang dikatakan mahu melakukan cubaan bunuh diri selamat menyeberangi lebuh raya tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Termerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, nahas berlaku ketika motosikal berkuasa besar dan pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Kuantan Ke Kuala Lumpur.
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku selepas seorang wanita berusia 35 tahun memberhentikan kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya di bahu jalan dan bertindak melintas lebuh raya terbabit.
“Pemandu pacuan empat roda terbabit bertindak membrek secara mengejut bagi mengelak daripada merempuh wanita itu. Pada masa sama datang sebuah motosikal berkuasa besar dari arah belakang, melanggar belakang pacuan empat roda terbabit.
“Akibat rempuhan itu, penunggang terbabit terjatuh di lorong kanan lebuh raya dan motosikal ditunggangi mangsa tercampak ke bahagian belakang pacuan empat roda berkenaan," ujar Mazlan.https://apicms.majoriti.com.my/uploads/images/2024/04/27/2665050.jpgKeadaan motosikal mangsa yang remuk akibat merempuh kenderaan pacuan empat roda di LPT.
Mazlan berkata lagi, akibat kemalangan itu penunggang terbabit yang dikenali sebagai Ahmad Haziq Ramli, 34, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, siasatan mendapati kemalangan disebabkan kecuaian wanita terbabit yang melintas jalan.
Katanya, susulan itu wanita berkenaan serta penumpang SUV iaitu seorang lelaki warga asing berusia 37 tahun ditahan bagi membantu siasatan.Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai. — Majoritihttps://majoriti.com.my/berita/2024/04/27/video-drama-tepi-jalan-disyaki-punca-sportbike-ditunggang-pemain-dram-rempuh-4x4-di-lpt-pahang



Manjahati Publish time 27-4-2024 03:58 PM

Harapnya jgn tetiba wanita tu ada kad OKU

dinosaurpink Publish time 27-4-2024 04:04 PM

Edited by dinosaurpink at 27-4-2024 04:17 PM



Kalau kemunculan dlm tv, allahyarham pernah jadi drummer af, afmegastar, konsert2 istimewa lejen rtm
Drummer yg hebat,byk jasa allahyarham mengajar drummer2 yg baru nak mula

Baik orangnya
Aduh lama dah xborak dgn dia

airfilterkotor Publish time 27-4-2024 04:15 PM

Edited by airfilterkotor at 27-4-2024 04:19 PM

Dari mula 4 wheeler benti sehingga kena langgar.... kurang lebih 10 saat.

TOPwind Publish time 27-4-2024 04:17 PM

Pickup tu slow sbb ada orang melintas


yg melintas tulah penyebabnya.

dinosaurpink Publish time 27-4-2024 04:20 PM

Edited by dinosaurpink at 27-4-2024 04:22 PM

TOPwind replied at 27-4-2024 04:17 PM
Pickup tu slow sbb ada orang melintas




Perempuan cina yg jadi penyebab dan pasangannya yg buat drama tgh2 jalan

airfilterkotor Publish time 27-4-2024 04:30 PM

Andai ahsoh giler itu merupakan seekor lembu yang terlepas masuk lebuhraya.
Adakah persepsi kita berubah sama sekali?

grouper Publish time 27-4-2024 04:34 PM

Inna Lillahi wa Inna ilayhi raji'un

sharlenetexas Publish time 27-4-2024 05:34 PM

airfilterkotor replied at 27-4-2024 04:30 PM
Andai ahsoh giler itu merupakan seekor lembu yang terlepas masuk lebuhraya.
Adakah persepsi kita ber ...

Lembu binatang xde akal.
Ahsoh tu manusia. Taktaulah ada akal ke tak.




hasniey Publish time 27-4-2024 05:50 PM

Kalau nk bunuh diri jgn la buat kt jalan raya.kan org lain yg jd mangsa

cikmouse Publish time 27-4-2024 06:08 PM

Awas...kwsn lembu melintas...:huffy

JunkMail Publish time 27-4-2024 06:10 PM

Kau nak bunuh diri mesti ke nak menyusahkan orang haaaa bangang. Sial betul .. pergi terjun bangunan ke terjun laut ke ni melintas kat highway... Bodoh bengap

airfilterkotor Publish time 27-4-2024 06:40 PM

sharlenetexas replied at 27-4-2024 05:34 PM
Lembu binatang xde akal.
Ahsoh tu manusia. Taktaulah ada akal ke tak.

Takde la tu kot... tu pasal dia berdiri tengah jalan sambil menyusahkan pengguna lain, macam lembu jugak. :lol:

airfilterkotor Publish time 27-4-2024 06:44 PM

Sepatutnya dia panjat flyover atas tu, komdian terjun tiruk hala ke tebing cerun.
Baru la tak menyusahkan orang lain.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut rempuh pikap berhenti mengejut


ADVERTISEMENT