DidiAndFren Publish time 27-4-2024 07:42 PM

Latar belakang pendidikan: Calon PN enggan ulas, mahu tumpu kempen

HULU SELANGOR: Poster mengenai biodata calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, yang dikongsi mencetus tanda tanya terutama mengenai latar belakang pendidikan Pemangku Ketua BERSATU Hulu Selangor itu.

Berdasarkan maklumat tertera, beliau memperoleh Diploma Eksekutif Pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019, sebelum disusuli ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) dua tahun kemudian.

Khairul Azhari ketika ditanya bagaimanapun enggan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan mahu memberikan perhatian kepada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu yang ditandinginya.

"Saya tidak mahu komen, saya mahu fokus lawan (berdepan tiga calon lain) dengan cara yang adil," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PN Selangor menangkap Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kelulusan Khairul Azhari itu bukan perkara yang dinafikan memandangkan beliau sememangnya mengikuti semua program pengajian terbabit.

"Kelulusan itu bukan perkara yang beliau nafikan, kerana memang beliau mengikuti kursus-kursus yang berkenaan.

"Soal sama ada diiktiraf oleh kementerian (Kementerian Pengajian Tinggi) itu bukan menjadi pertimbangan mana-mana pelajar ataupun mereka yang mengambil kursus itu.

"Bagi mereka yang sudah ada pengalaman berkerja biasanya dia akan mengambil tempoh kursus eksekutif dalam tempoh yang singkat untuk memberi tumpuan dalam bidang tertentu," katanya.

Tegas Mohamed Azmin lagi, calon PN memang mengikuti kursus pengurusan bagi maksud meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam bidang itu.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas dengan Khairul Azhari mewakili PN.

PH meletakkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao yang mewakili Kerajaan Perpaduan; Parti Rakyat Malaysia (PRM) diwakili Hafizah Zainuddin, manakala Nyau Ke Xin mewakili Bebas.

https://assets.bharian.com.my/images/articles/BHKHAIRUL_1714204423.jpg Calon PN untuk PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut. - BERNAMA



DidiAndFren Publish time 27-4-2024 07:42 PM

https://assets.bharian.com.my/images/articles/BHCALONBN_1714204426.jpgBiodata calon PN, Khairul Azhari Saut.

DidiAndFren Publish time 27-4-2024 07:42 PM

ebzSCOjHtKE

tripleid Publish time 27-4-2024 08:13 PM

Pekerjaan pun tipu jugok?



tumpanglalu74 Publish time 27-4-2024 08:18 PM

Edited by tumpanglalu74 at 27-4-2024 08:19 PM

Dulu2 ade je penjawat awam diploma yang leh wat master lepas berkhidmat 18 taon.Leh tak sesape konfem tentang ni?

Tapi dia ni selang 2 taon diploma dah master.Agak pelik.

aina_shaira Publish time 27-4-2024 10:03 PM

Ni mesti setakat lulusan SPM, pastu sambung belajar agak lewat, faktor takda peluang ketika itu:o

Samerosie Publish time 28-4-2024 07:29 AM

Kalau Dipla pun executive mesti dia ambil kat UMcced tu.   Programme executive ni dioloma and master je ada degree tak ada, ni tuk matured students and selalu org ambil post grad.Mamat ni dia hanya ada spm tapi syarat2 kemasukkan pun usually 10 tahun dah kerja dan spm je.So x rasa dia tipu cuma bbnu je yg tak tau ada peogramme macam ni.For info, ramai gen x yg ambil macam ni sbb mcm forumer atas kata, tak dapat further study. Dulu2 either your parents are kaya or pandai (scholarship) dapat opportunity sambung tetiary education ni.
Tak pe la org melayu tak kisah asal kan undi melayu islam je kan kalau x takanlah ada seorang tu 2 kali kena buang sekolah jadi mb, katanya degree pun cukup2 makan markah asal pass.

Zezo Publish time 28-4-2024 07:57 AM

Mmg ada je program based on experience. Tp, x salah pun kalau dia explain. :lol: bila nk elak ni, mmg saja je kn nk bg isu utk di kontroversi kn

ninja9 Publish time 28-4-2024 08:58 AM

Zezo replied at 28-4-2024 07:57 AM
Mmg ada je program based on experience. Tp, x salah pun kalau dia explain.bila nk elak ni, mm ...

ada isu ketelusan.

benda simple jadi isu.. sepatutnya dah lama berkubur isu ini jika handle dengan betul


kakacantikkan Publish time 28-4-2024 09:37 AM

mcm amik part time dip or master tu sb mmg da di groom nk jd politician..um n ump ni mmg stok bayar je..xpayah beriya study pun..

btw, i pun dulu smbg part time degree outcampus dgn ukm..nk abiskan degree ni lama yer..4thn..kang kata i xpaham plk uni2 tgh buat duit dgn program mcm ni..senang citer xlaku pun smbg belaja kat um n ump cara mcm ni..mcm xda LAN gitu..sama mcm kolej telekom dulu kala..

Nurdianah Publish time 28-4-2024 10:17 AM

{:8_645:}

Supersirap Publish time 28-4-2024 04:58 PM

berkempen lagi penting daripada explain benda yang memang susah nak explain

stingerkentot Publish time 28-4-2024 08:01 PM

org cerdik pandai x payah la masuk politik..nanti end up jadi DJ...{:gif_laughing:}

ajinomotonosuga Publish time 28-4-2024 09:28 PM

muke pokcik ni mcm Azlee Senario!
Pages: [1]
View full version: Latar belakang pendidikan: Calon PN enggan ulas, mahu tumpu kempen


ADVERTISEMENT