DidiAndFren Publish time 27-4-2024 09:37 PM

Khairul Azhari enggan komen dakwaan 'langkau' pengajian

Hulu Selangor: Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut enggan mengulas dakwaan atau tanda tanya berkait latar pendidikannya.

Ia susulan poster yang tular mengatakan beliau yang mempunyai Diploma Eksekutif Pengurusan dari Universiti Malaya (UM) pada 2019, kemudian 'melangkau' dengan memperoleh Ijazah Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan, Universiti Malaysia Pahang (UMP), dua tahun kemudiannya.

Khairul Azhari, 54, yang juga Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor berkata, buat masa ini tumpuan utamanya adalah menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

"Saya tak mahu komen tentang itu. Saya fokus untuk pilihan raya. Itu kemudian," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai sesi Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi PN Selangor yang juga Pengarah Pilihan Raya Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kelulusan yang diperoleh oleh Khairul Azhari bukan satu perkara yang dinafikan.

"Memang beliau (Khairul Azhari) mengikuti kursus-kursus yang berkenaan. Soal sama ada diiktiraf kementerian, itu bukan menjadi pertimbangan mana-mana pelajar atau mereka yang mengambil kursus tersebut.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0427rsazhari_1714198073.jpg Calon PN, Khairul Azhari Saut pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) di perkarangan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. FOTO Saifullizan Tamad

"Khusus bagi mereka yang sudah ada pengalaman bekerja, biasanya dia akan mengambil satu tempoh dipanggil kos eksekutif dalam tempoh yang singkat untuk memberikan tumpuan dalam bidang-bidang tertentu.

"Beliau memang melalui kursus pengurusan bagi maksud meningkatkan kemahiran dan ilmu dalam bidang tersebut," katanya.

PRK Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Khairul Azhari bakal ditentang oleh Pang Sock Tao (PH) serta dua lagi calon iaitu Hafizah Zainudin (PRM) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

DidiAndFren Publish time 27-4-2024 09:37 PM

rj0z5MUuMJ8

sharlenetexas Publish time 27-4-2024 09:50 PM

Best-est student kah?


wirazam Publish time 27-4-2024 09:54 PM

Apa ni
..

Thunderclouds Publish time 28-4-2024 05:36 AM

Mulayu sukaaa la sgt angkat maknosia yg edu background questionable jadi pemimpin.
Pelik!

Nurdianah Publish time 28-4-2024 10:14 AM

Dah tak de calon lain lah tu...


{:8_651:}

juboqhang Publish time 28-4-2024 11:43 AM

kalahhhhhhhhh

kasibiman Publish time 28-4-2024 12:15 PM

Sedih bila persada politik penuh dgn bodoh2 kaki kelentong dgn kelayakan petik sendiri.

Yg tak abis belajar kata dah lulus.

Yg beli kelayakan palsu.

Yg beli kelayakan university Maya yg mmg tipu.

Dan kebanyakan ahli politik kaki kelentong kelayakan academic ni melayu manjang buat keje sial ni.

Babi btol la.

nono86 Publish time 28-4-2024 12:44 PM

Alahai, tak jadi yb lagi, dah tak telus/jujur.. takde tulis je takde, tak payah sembang

Decaffeinated Publish time 28-4-2024 03:30 PM

Sarjana eksekutif pengurusan, ada ka?

Kalau PhD eksekutif jualan ada tak?

Samerosie Publish time 28-4-2024 05:23 PM

Decaffeinated replied at 28-4-2024 03:30 PM
Sarjana eksekutif pengurusan, ada ka?

Kalau PhD eksekutif jualan ada tak?

Ada nok..gigih la kisten sabah/sarawak ni mengoogle https://umpsaadvanced.edu.my/programPro.php?pg_code=UMPB


Coindentally or not, syarat masuk ada diploma or executive diploma and experience kerja 3 tahun.All added up le buat apa dia nak tipu bukan nya B.A. in Economics from Yale University pung;P

So in a way dia tak tipu dan tak perlu justify pun.Pihak yg menuduh la patut tunjuk bukti.Selalu pandai je meleis ni semua gi check kat uni sampai ke uni oberthesea bagai semua, ini tiba2 semua kejung.








Orix Publish time 28-4-2024 05:36 PM

nono86 replied at 28-4-2024 12:44 PM
Alahai, tak jadi yb lagi, dah tak telus/jujur.. takde tulis je takde, tak payah sembang

Td bc kt berita UMP dh release statemnt, education dia valid

Miss_Ceri Publish time 28-4-2024 06:16 PM


Ijazah sarjana dengan ijazah sarjana eksekutif tak sama. Harap maklong.

otai_g Publish time 28-4-2024 07:12 PM

Cuba tny Dr zh dia punya thesis publish kat journal mana? :lol:

nikaido Publish time 28-4-2024 07:18 PM

Kabel. Dapat diploma baru je tahun 2019 tapi kerja penah jadi eksekutif & pengurus besar. Apply jadi eksekutif dkt bursa malaysia tu pakai spm je ke?

Samerosie Publish time 28-4-2024 10:17 PM

nikaido replied at 28-4-2024 07:18 PM
Kabel. Dapat diploma baru je tahun 2019 tapi kerja penah jadi eksekutif & pengurus besar. Apply jadi ...

Bukan nak kata ini betul tapi definitely la kabel. Kalau tengok damini pinya owner tu dr felda yg mat ni gi smk felda bunyi indon tu. Petrogas pun sama mungkin kawan2 punya company.Tapi as someone yg umur dekat2 baya mamat ni, zaman kitarang habis sekolah in the mid to late 80s, spm tu berharga lagi sebab tak ramai yg ada degree, masters lagi la phd lagi rare le. So tak hairan la kalau dia join bursa saham as it was known then, as maybe non exec pastu naik2 sampai exec.
Syed mokhtar pun business man ada spm je tapi dah berduit baru la dia sambung study.Actually tak sure sambung ke atau honorory.

Decaffeinated Publish time 29-4-2024 11:39 AM

Miss_Ceri replied at 28-4-2024 06:16 PM
Ijazah sarjana dengan ijazah sarjana eksekutif tak sama. Harap maklong.

Apa maksud perkataan 'eksekutif' tu?

Miss_Ceri Publish time 30-4-2024 08:09 PM

Decaffeinated replied at 29-4-2024 11:39 AM
Apa maksud perkataan 'eksekutif' tu?


= Professional.

Akademic program vs. Professional program.

Better KPT remove terus nama/level akademik ni drp sijilĀ² executive program. Mengelirukan, yes.

Decaffeinated Publish time 30-4-2024 09:32 PM

Miss_Ceri replied at 30-4-2024 08:09 PM
= Professional.

Akademic program vs. Professional program.


Betul.
Sarjana Eksekutif Pengurusan ni versi BI nya apa, Executive Master of Management? If so, dalam BI jelas sikitlah tak sama.

Miss_Ceri Publish time 30-4-2024 09:43 PM

Decaffeinated replied at 30-4-2024 09:32 PM
Betul.
Sarjana Eksekutif Pengurusan ni versi BI nya apa, Executive Master of Management? If so, da ...


Ya
Pages: [1] 2
View full version: Khairul Azhari enggan komen dakwaan 'langkau' pengajian


ADVERTISEMENT