YgBenar Publish time 28-4-2024 01:29 AM

Isteri Baru Tahu Dari Mana Kena Jangkitan UTI, Kantoi Ternampak Suami Kencing Tak Cuci

Baru-baru ini, seorang wanita perangai suaminya yang dilihat kotor telah mendapat perhatian ramai.


Nampak suami kencing tapi tak basuh

Menerusi ciapan yang dikongsikan, wanita berkenaan memberitahu dia telah dijangkitan saluran air kencing atau Urinary Tract Infection (UTI).

Menurutnya, dia mungkin mengetahui dari mana dia mendapat jangkitan berkenaan selepas melihat suaminya.

Difahamkan, dia ternampak suaminya ketika membuang air kecil di tandas. Apa yang lebih membuat dia tidak sangka adalah suaminya itu tidak membersihkan alat sulitnya selepas saja membuang air kecil.

Perkara itu membuatkan dia terkejut dan binggung serta meminta pendapat pengikut di laman X bagaimana untuk dia menegur suaminya dengan cara yang baik.

"Korang kalau kena UTI tolong check kebersihan suami korang. Dia kencing basuh tak macam mana.

"Sekarang aku dah jem macam mana nak tegur suami aku pasal kencing tu dengan tak bagi dia terasa," tulisnya.

Jangkitan saluran kencing berlaku apabila bakteria memasuki saluran kencing. Kebanyakan bakteria yang memasuki saluran kencing akan dibuang ketika membuang air kecil

Image via @meinmokhtar (X)

Thunderclouds Publish time 28-4-2024 05:11 AM

Benak² ek maknosia jaman sekarang.
Laki xreti cebok pas kencing pon tnya kt netizen nk buat mcm mna{:1_558:}

rykall Publish time 28-4-2024 06:42 AM

Bodohnya manusia sekarang. Hal2 dalam kain ditanya di medsos. Buatnya ada yang kenal perempuan ni dan suaminya juga malu nanti. Laknatullah perempuan macam ni. Kan lebih baik dia terus terang saja pada suami. Apa nak dimalukan. Masa hubungan kelamin pun satu badan ko tengok. Aib suami jaga elok2. Nanti Allah akan jaga aib ko pula.

Nurdianah Publish time 28-4-2024 10:10 AM

Adoi....

{:8_645:}

Firenzza Publish time 28-4-2024 10:21 AM

Kapiaq kencing pastu kitai x dak cuci xde kecoh2 pls uti, siplis pungg

Decaffeinated Publish time 28-4-2024 11:28 AM

Infection tu dari jari ko yang penuh kuman lepas tu ko korek2 kasi sedap lah. Lelaki eropah, amerika, brazil, india, jepun semua tak basuh kencing makanya isteri2 mereka haruslah kena UTI kan?

Ahriman Publish time 28-4-2024 11:33 AM

Eww.mmng kena didik anak2 beristinjak dengn sempurna.yng besar panjang memng susah dh nk dilentur..:lol:

lightheaded67 Publish time 28-4-2024 11:42 AM

Edited by lightheaded67 at 28-4-2024 11:48 AM

Decaffeinated replied at 28-4-2024 11:28 AM
Infection tu dari jari ko yang penuh kuman lepas tu ko korek2 kasi sedap lah. Lelaki eropah, amerika ...

kelihatannya begitu. katanya statistik uti donia, tahun 2019, ade 404.6 juta kes uti dilaporkan

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/35066637/

Results: In 2019, more than 404.6 million (95% UI 359.4-446.5) individuals had UTIs globally and nearly 236,786 people (198,433-259,034) died of UTIs, contributing to 5.2 million (4.5-5.7) DALYs. The age-standardised incidence rate increased from 4715.0 (4174.2-5220.6) per 100,000 population in 1990 to 5229.3 (4645.3-5771.2) per 100,000 population in 2019. At the GBD regional level, the highest age-standardised incidence rate in 2019 occurred in Tropical Latin America (13,852.9 per 100,000 population). At the national level, Ecuador had the highest age-standardised incidence rate (15,511.3 per 100,000 population). The age-standardised death rates were highest in Barbados (19.5 per 100,000 population). In addition, age-standardised incidence, death, and DALY rates generally increased across the SDI.

tp lelaki pun leh kena uti, tak lama esok kena la tu laki dia ni. padan muka

wanawina Publish time 28-4-2024 11:47 AM

Sebab tu pas ngesek kena pi kencing. Cuci apa yg patut. Mengelakkan drp kena uti.

Tinot7 Publish time 28-4-2024 03:27 PM

Wehhh.. takkan deme tak cuci lepaih kencing????

Eeewwww...

plywood Publish time 28-4-2024 03:31 PM

Memang betul ker itu puncanya.

Dia ni bukan doktor, tapi terus buat kesimpulan. Ianya satu kemungkinan tapi mungkin ada yang lain.

Belibis Publish time 28-4-2024 03:34 PM

Thunderclouds replied at 28-4-2024 05:11 AM
Benak² ek maknosia jaman sekarang.
Laki xreti cebok pas kencing pon tnya kt netizen nk buat mcm mna ...

Patut dia tanya makmertua dia,caner dia besarkan ank jantan dia.:lol:

Momohizan Publish time 28-4-2024 03:41 PM

Bodoh betul la perempuan ni, bawak la tok laki you sekali time consultation dengan doctor. Tanya kat netz pejadah.

limesherbet Publish time 28-4-2024 03:45 PM

Entah² lepas sez dgn hub dia tak minum air banyak2 to pee. Maka berkumpul lah bacteria masa friction tu di UT. cian suami kene fitnah sbb dia la kena uti

sagiman91 Publish time 28-4-2024 04:19 PM

yes.... please la...

kalau dah bersama, pastikan korang kencing setelah siap... jgn duk pikir nak tido jer kalau dah orgasm...

cuci dulu walaupun ko buat dgn laki atau bini sendiri. kotor lah jenis pas pancut terus tido...

sharlenetexas Publish time 28-4-2024 04:59 PM

Dah jumpa doktor ke belum?


FOTHER-MUCKER Publish time 28-4-2024 05:05 PM

Betu ke suami tak basuh kencing isteri bokeh Kena Jangkitan UTI?

Jika betul mau berbilion isteri ada masalah uti!

ninja boy Publish time 28-4-2024 06:18 PM

Edited by ninja boy at 28-4-2024 08:59 PM

Dunia dah moden setiap rumah ada sistem air bersih dan barang sanitary ware pili sinki wc, apa hal masih gagal beristinjak, kalau ada time travel mesin hantar aja tahun sebelum masihi di kawasan padang pasir tanpa air tanpa sistem pipe

_kelly Publish time 28-4-2024 06:32 PM

laki hang tak solat ke..kalau orang solat confirm tahu jaga kebersihan

midori888 Publish time 28-4-2024 06:34 PM

_kelly replied at 28-4-2024 06:32 PM
laki hang tak solat ke..kalau orang solat confirm tahu jaga kebersihan

Kannnn ...
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Isteri Baru Tahu Dari Mana Kena Jangkitan UTI, Kantoi Ternampak Suami Kencing Tak Cuci


ADVERTISEMENT