DidiAndFren Publish time 28-4-2024 07:22 AM

Polis tahan lelaki bersama pil yaba bernilai lebih RM12,000

Kota Bharu: Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba dianggar bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Kampung Taman Wira, Kampung Kedap, Rantau Panjang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed dalam kenyataan berkata, lelaki itu ditahan dalam serbuan 12.30 tengah malam semalam oleh sepasukan polis dari Balai Polis Rantau Panjang.

Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah Methamphetamine dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Polis turut menyita sebuah kereta dan sebuah motosikal dianggarkan bernilai RM25,000 dengan nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita ialah RM37,345," katanya.

Kama Azural berkata, suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga 2 Mei ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

"Polis menyeru orang ramai terus menyalurkan sebarang informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembanterasan dapat dipertingkatkan bagi memastikan negeri Kelantan khususnya Pasir Mas bebas daripada jenayah ini," katanya.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0427rsyaba_1714181953.jpg FOTO HIASAN





antikorok Publish time 28-4-2024 08:11 AM

Semoga d*d*h zombie fenta tak mula jadi pilihan di tanah ayer ni {:1_545:}

slyfynx Publish time 28-4-2024 08:48 AM

Yaba is a combination of methamphetamine (a powerful and addictive stimulant) and caffeine.

Untuk yang tak tau YABA tu ape

ninja9 Publish time 28-4-2024 08:54 AM

slyfynx replied at 28-4-2024 08:48 AM
Untuk yang tak tau YABA tu ape

aku baru google.


pil kuda... perkataan yaba bahasa thai. kenapalah reporter ni bangang sedikit. letaklah nama pil kuda sekali

Pil kuda atau yaba (Bahasa Thai: ยาบ้า, Bahasa Laos: ຢາບ້າ, secara harfiah "ubat gila") ialah ubat yang mengandungi campuran metamfetamina dan kafeina. Ia dahulunya dikenali sebagai yama (Bahasa Thai: ยาม้า; secara harfiah "dadah kuda"), dan kini menggunakan pelbagai nama, termasuk "kopi penunggang basikal" dan "kamikaze". Walaupun ia menyalahi undang-undang, ia banyak digunakan di negara-negara Asia Tenggara.



green~tea Publish time 28-4-2024 09:53 AM

Sbb tu kat kelate ramaiiiiii ponder timbang kiloooooooo.. buat video bodo2 tabur duit

Dwdrum Publish time 28-4-2024 09:54 AM

Malaysia pun guna word yaba... Ingat siam saja

_blackbird Publish time 28-4-2024 09:56 AM

ada rasa kopi ke pil kuda ni? soalan noob

Minami2013 Publish time 28-4-2024 09:58 AM

Pil kuda. Patut boleh kurus tak makan, jadi rajin dan boleh berjaga malam.

https://www.kosmo.com.my/2022/09/15/tidak-tidur-makan-antara-tanda-kacip-pil-kuda/

Supersirap Publish time 28-4-2024 12:09 PM

oo pil kuda rupanya

Decaffeinated Publish time 28-4-2024 12:55 PM

ninja9 replied at 28-4-2024 08:54 AM
aku baru google.




Baru nak tanya if 'Ya Ba' tu dari bahasa Siam. 'Ya' tu penggunaannya lebih umum untuk drug termasuk juga untuk ubat gigi.

sukacactus Publish time 28-4-2024 09:06 PM

Br arini dgr perkataan yaba
Kalau pil kuda tu dah selalu

otai_g Publish time 29-4-2024 04:24 AM

Sejak bila perkataan yaba ni digunakan kat msia. Btw belah2 Kelantan sana pil kuda ni biasa pd dorang. Sng dpt

kuzaime Publish time 29-4-2024 07:38 AM

Ohh pil kuda rupanya. Baca tadi yaba tertanya2 jugaklah pil hapa sebenarnya
Pages: [1]
View full version: Polis tahan lelaki bersama pil yaba bernilai lebih RM12,000


ADVERTISEMENT