DidiAndFren Publish time 28-4-2024 07:26 AM

Seorang lagi mangsa kemalangan 2 pacuan empat roda disahkan meninggal dunia

Kuala Krai: Seorang lagi mangsa kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (KM) Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Bukit Ah Kim di sini, tengah malam tadi disahkan meninggal dunia.

Samsiah Man yang berusia lingkungan 60-an meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai ketika menerima rawatan pada 1.50 pagi.

Samsiah adalah penumpang kenderaan Ford Ranger yang dalam perjalanan pulang beraya dari Rantau Panjang ke Gua Musang.

Terdahulu, tiga dilaporkan maut, manakala lima parah dalam kemalangan pada 12.50 tengah malam membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Ford Ranger.

Mangsa yang dilaporkan maut di tempat kejadian itu adalah dua lelaki dan seorang wanita.

   https://platform-cdn.sharethis.com/img/facebook.svg
https://platform-cdn.sharethis.com/img/whatsapp.svg
https://platform-cdn.sharethis.com/img/twitter.svg


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0427rssorglg_1714200835.jpg kKemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang, tengah malam tadi. FOTO Ihsan Bomba






gorjeous Publish time 28-4-2024 07:56 AM

Innalilah. Moga keluarga tabah menerima dugaan ini.

green~tea Publish time 28-4-2024 08:09 AM

Edited by green~tea at 28-4-2024 08:10 AM

Org bawak pickup 4wd jenis hilux, ford ni..tolong laaàa bawak slow2 sikit

Kereta korang tu not designed utk merempit...torque tinggi, sedap rasa time laju tp kereta ko tu inertia tinggi, kereta pun tinggi, design not aerodynamic, center of gravity tak balance, braking plak level biasa or PPRT... sbb tu apa2 jadi payah nak brek mengejut... mmg terbalik or terlajak lahhh...


Jangan rasa ko besar ko bleh buli keta lain OK?? Ko kena sedar diri ko level masuk bendang je, masuk kebun.. kutip2 terung tomato cili.....

Ko bukan raja jalanan....nak merempit ko beli myvi je

monreyes Publish time 28-4-2024 09:29 AM

kalau nmpk natang ni nak reverse kluar parking aku mmg terasa ngeri...takut meluru mcm ba*i...biasanya bagi je dia berambus dulu

imanjannah Publish time 28-4-2024 11:03 AM

innalillahwainnalillhirojiun..

I.K.A888990 Publish time 28-4-2024 01:22 PM

salam takziah

limesherbet Publish time 28-4-2024 03:40 PM

Edited by limesherbet at 28-4-2024 03:41 PM

Belah malam mmg la.....jalan tu yg one lane tu ke? Yg most part takde lampu tu ke?..if kamj guna jalan yg camni mmg kena terer momotong double lane bila ade peluang sbb tgh malam pepagi buta banyak treler, bas...mmg takleh mngekor blakang bas treler ni sbb tahun depan baru sampai....tapi kalau org tak sempat mmg mintak bertembung dgn kreta arah sane

Ahriman Publish time 28-4-2024 04:58 PM

.إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Salam Takziah.
Pages: [1]
View full version: Seorang lagi mangsa kemalangan 2 pacuan empat roda disahkan meninggal dunia


ADVERTISEMENT