DidiAndFren Publish time 28-4-2024 10:58 AM

Susun semula program lawatan sekolah - Fadhlina

https://assets.bharian.com.my/images/articles/FadhlinaS_1714220456.jpg Menteri Pendidikan merangkap Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM), Fadhlina Sidek (kanan) bersama murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Itam melihat keindahan flora dan fauna di The Habitat sempena Program Warisan UNESCO Pulau Pinang di Rizab Biosfera UNESCO Pulau Pinang, Bukit Bendera. - NSTP/DANIAL SAAD


GEORGETOWN: Semua sekolah disaran menyusun semula program lawatan luar bilik darjah bagi memberi pengukuhan kepada proses pembelajaran dan pengajaran luas kelas, selaras pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah tahun lalu.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata menurut pindaan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan (KPM) Bilangan 9, lawatan murid pada masa ini dibenarkan hingga dua kali setahun bagi setiap murid mengikut keperluan dan kesesuaian.

"Kita beri kebenaran untuk guru-guru merancang lawatan anak-anak. Sebelum ini setiap sekolah hanya dua kali setahun tetapi sekarang setiap anak murid dibenarkan dua kali, jauh beza.

"Kita mahu anak-anak mengikuti pembelajaran di luar kelas supaya perspektif, pengalaman dan kemahiran mereka dapat (diwujudkan) di luar kelas," katanya di sini, hari ini.

Beliau menghadiri Program Warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Pulau Pinang: Rizab Biosfera Bukit Bendera melibatkan murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Itam, SMK Permatang Tok Jaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Han Chiang.

Fadhlina yang juga Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) berkata, KPM dalam proses memperkenalkan semula Tapak Warisan Dunia di bawah UNESCO dalam kalangan murid sekolah.

Setakat ini, katanya, KPM telah membuat program lawatan ke Tapak Warisan Dunia UNESCO di Banda Hilir, Melaka diikuti Pulau Pinang hari ini dan seterusnya ke Sabah serta Sarawak.

Beliau berkata, program itu adalah inisiatif KPM untuk kembali memperkenalkan tapak warisan UNESCO kepada murid secara lebih dekat dengan program sama telah dijalankan di Melaka dan akan menuju ke Sabah dan Sarawak pada masa akan datang.

Katanya, murid terbabit berpotensi menjadi 'duta' UNESCO selain yakin program sedemikian dapat meningkatkan minat dalam aspek sejarah serta pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM).

"Ini adalah komitmen saya dan kita mahu membabitkan anak-anak kita khususnya murid sekolah dalam menjadi sebahagian yang kita sebut sebagai 'advocator' dan juga duta UNESCO yang terkait rapat dengan biodiversiti yang kita dapat lihat pada hari ini," katanya.

Terdahulu, Fadhlina dalam ucapannya berkata, Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera yang merangkumi The Habitat serta Bukit Bendera akan menjadi pusat global penting untuk penyelidikan dan pemuliharaan tropika, pendidikan alam sekitar dan amalan terbaik dalam pengurusan sumber semula jadi yang mampan.

Justeru, beliau menyuarakan keyakinan program lawatan berkenaan akan memberi manfaat dan memupuk kesedaran akan pentingnya mempertahankan dan memulihara khazanah alam semula jadi untuk generasi semasa serta masa depan.

Katanya, hasrat itu boleh direalisasikan melalui penganjuran program pendidikan serta aktiviti luar bilik darjah.

"KPM telah melaksanakan pendekatan yang mengutamakan Pendidikan Manusiawi dan Pembangunan Karakter sebagai usaha untuk melahirkan generasi yang mempunyai empati yang tinggi, cintakan keamanan serta bersatu dalam meraikan perbezaan.

"Pendekatan seumpama ini boleh memupuk minat terhadap alam semula jadi disamping menekankan kepentingan memulihara warisan biodiversiti dalam kehidupan kita," katanya.

belilies Publish time 28-4-2024 09:32 PM

Duitnya takdak…. Kat swk ni lagilaaa, nak melawat katne? Bukan mcm senanjung byk spot best2

brownstone Publish time 28-4-2024 09:41 PM

belilies replied at 28-4-2024 09:32 PM
Duitnya takdak…. Kat swk ni lagilaaa, nak melawat katne? Bukan mcm senanjung byk spot best2

Lawat tempat yg simple macam balai bomba dan hospital pun dah cukup sis.

Boleh beri pendedahan awal kanak2 kepada pelbagai jenis kerjaya, keselamatan dan kesihatan awam.

Instead of panggil org tu datang buat ceramah kat sekolah, bawa budak2 tu buat lawatan separuh hari pun dah cukup.

Skuau Publish time 28-4-2024 10:08 PM

belilies replied at 28-4-2024 09:32 PM
Duitnya takdak…. Kat swk ni lagilaaa, nak melawat katne? Bukan mcm senanjung byk spot best2

lawat muzium kucing la..nengok....meow..:lol:

dua_chzy Publish time 29-4-2024 02:40 AM

Edited by dua_chzy at 29-4-2024 12:19 AM

Aiol tunggu respon Fadhlina terhadap dakwaan bebudak Malaysia tak blaja banyak berbanding bebudak Vietkong despite attending school for 12.5 years.

https://says.com/my/news/world-bank-malaysian-children-not-learning-enough-in-school

Aiols somehow agree lah. What is wrong with us? Mentality ke nokies?

Thunderclouds Publish time 29-4-2024 05:32 AM

Kna la ada modai.
Bajet sekolah dpt ciput, ciput gak la yg budak² dpt.
Lg best jenis makPak yg liat byq pibg.
Mananya nk ada modai utk P&P luaq kelas.
Kumpoi 20hinggit utk ceriakn kelas pn cukop payah.

Thunderclouds Publish time 29-4-2024 05:34 AM

dua_chzy replied at 29-4-2024 02:40 AM
Aiol tunggu respon Fadhlina terhadap dakwaan bebudak Malaysia tak blaja banyak berbanding bebudak Vi ...

Kiciwa aku.
Page kenot be found suda.

belilies Publish time 29-4-2024 06:14 AM

brownstone replied at 28-4-2024 09:41 PM
Lawat tempat yg simple macam balai bomba dan hospital pun dah cukup sis.

Boleh beri pendedahan aw ...

Lawatan balai bomba tu dh under kk, sbb ada unit beruniform kadet bomba

belilies Publish time 29-4-2024 06:15 AM

Skuau replied at 28-4-2024 10:08 PM
lawat muzium kucing la..nengok....meow..

Tiap tahun buat uols. Bayangkan cikgu yg sama bawah, kalau cuols bosan tak tahun2 yg bawak

ultra78 Publish time 29-4-2024 07:31 AM

Maklumlah di Malaysia ni dah tak banyak tempat bersejarah. Lawat balai polis dan balai bomba aje. Hospital sesak ramai orang.:lol:

kuzaime Publish time 29-4-2024 07:43 AM

Zaman2 aku sekolah dulu merasa lah jugak 3× ke Melaka;P yg musykil mmg dah jadik tempat wajib pulak mcm xde tempat lain yg sekolah nak bawak. Beria pegi pun sbb nak masuk rumah hantu aje ramai2:lol: tp baru perasan, bila masuk pulak zaman anak2 yg bersekolah, mcm jrg2 dengar dah ada lawatan kemana2.

belilies Publish time 29-4-2024 08:10 AM

dua_chzy replied at 29-4-2024 02:40 AM
Aiol tunggu respon Fadhlina terhadap dakwaan bebudak Malaysia tak blaja banyak berbanding bebudak Vi ...

Surprisingly link ni not exist

dua_chzy Publish time 29-4-2024 08:20 AM

belilies replied at 29-4-2024 12:10 AM
Surprisingly link ni not exist

Bongok link NST tu. Aiol dah tepek link dari SAYS.

dua_chzy Publish time 29-4-2024 08:21 AM

Thunderclouds replied at 28-4-2024 09:34 PM
Kiciwa aku.
Page kenot be found suda.

Hado jah hurkeh. Link tu yang hanat.

Nah. Cekout SAYS punya.

https://says.com/my/news/world-bank-malaysian-children-not-learning-enough-in-school

plywood Publish time 29-4-2024 10:57 AM

Edited by plywood at 29-4-2024 11:01 AM

Thunderclouds replied at 29-4-2024 05:34 AM
Kiciwa aku.
Page kenot be found suda.World Bank Report: Malaysian Children Are Not Learning Sufficiently In School
The report found that while the average student spends 12.5 years in school, they only learn the equivalent of 8.9 years.
               
https://images.says.com/uploads/user/avatar/706214/4f4362561713c661011f4985846ff12b.png

By May Vin Ang — 26 Apr 2024, 03:08 PM                                                

Too many children are not learning sufficiently in Malaysia, despite their time spent at school and the budget allocated to public education, according to a World Bank report
                                    
According to the New Straits Times, the national education budget has remained steady at about 3.2% of the gross domestic product.

The World Bank's Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills report reveals that despite Malaysia achieving near-universal primary education goals such as high enrolment rates in preschools and primary schools, many children still struggle with learning outcomes and perform poorly compared to neighbouring countries with similar gross national income per capita.

Educational performance is even lower among students from low-income backgrounds.                           https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/1243042/848c.jpg      

          Image for illustration purposes only.Image via Yusof Mat Isa/Malay Mail

The report found that while the average Malaysian child spends 12.5 years in school, they learn the equivalent of only 8.9 years

n comparison, Vietnam, which spends less on education than Malaysia, offers students 12.9 years of schooling for 10.7 years of learning.
In neighbouring Singapore, the average child spends 13.9 years in school and learns the equivalent of 12.8 years.
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/1243043/1cfc.JPG      
          Image for illustration purposes only.Image via Miera Zulyana/Malay Mail                                       
While the report also found that 98% of students in Malaysia attend preschool prior to entering primary school, approximately 24% still lack school-readiness skills

"Since learning is cumulative, weak foundational skills jeopardise performance later on," read the report.

The World Bank pointed out that by the age of 15, Malaysian students fall behind their peers in countries such as in Hong Kong, China, Japan, and Singapore in reading, math, and science as measured by international assessments.

When measuring core competencies through the Programme for International Student Assessment (PISA), Malaysian students performed worse than their counterparts in Vietnam:

- Only 41% of students in Malaysia attained proficiency in mathematics, significantly less than Vietnam's average of 72%.
- In reading, 42% of Malaysian students attained proficiency in reading, compared to 77% in Vietnam.
- In science, only 52% of students in Malaysia passed baseline proficiency, compared to Vietnam's 79%.
https://images.says.com/uploads/story_source/source_image/1243044/9081.jpg      
          Image for illustration purposes only.Image via New Straits Times
The World Bank linked the low learning outcomes to insufficient early childhood education and preparedness, as well as poor teacher content knowledge and skills despite their qualifications

"There is limited data on teachers' content knowledge in Malaysia, but what little exists, suggests room for improvement," said the report.

For instance, when tested in 2018, only 28% of English teachers were found to be proficient in English. While the number has improved to 53% by 2020, the report said teachers need to be better equipped to be effective in classrooms.

Another noteworthy finding is the relatively high rate of teacher absence reported by students in Malaysia.

To improve learning outcomes in Malaysia, the report recommends:

- Ensuring that all children benefit from high-quality preschool education and arrive in primary school ready to learn.
- Measuring student learning outcomes and teacher performance against global standards.
- Strengthening support for teachers through effective teacher training programs, as well as policies that consider teachers' experiences and needs.

You can find the full report here.
               

ilahaz Publish time 29-4-2024 11:04 AM

Mudah Kan juga urusan nk buat lawatan ni.. Urusan2 kelulusan minta mudahkan

Thunderclouds Publish time 29-4-2024 11:36 AM

plywood replied at 29-4-2024 10:57 AM
World Bank Report: Malaysian Children Are Not Learning Sufficiently In School
The report found that...

Tengkiu sis{:1_149:}
New link ticer kasi td leh bukak baca.

Thunderclouds Publish time 29-4-2024 11:42 AM

dua_chzy replied at 29-4-2024 08:21 AM
Hado jah hurkeh. Link tu yang hanat.

Nah. Cekout SAYS punya.


Selow selow mesia kna tinggai ngn betnam.
Malunyaaa..
Perang kt sana dulu antara yg deadliest kt rantau asia (apart from jepun kna baling atomic bombs :sweat3:)

TomyamPuteh Publish time 29-4-2024 12:42 PM

Kawan cikgu aku pernah cerita kat aku budak2 KL ada yg tak penah pegi Central Market pun. Nama je budak KL.

cantthinkofany Publish time 29-4-2024 12:47 PM

dua_chzy replied at 29-4-2024 02:40 AM
Aiol tunggu respon Fadhlina terhadap dakwaan bebudak Malaysia tak blaja banyak berbanding bebudak Vi ...

the curriculum itself tak relevan....tukar menteri...tukar cara pembelajaran.......
Pages: [1] 2
View full version: Susun semula program lawatan sekolah - Fadhlina


ADVERTISEMENT