DidiAndFren Publish time 28-4-2024 10:59 AM

Chegu Bard ditahan polis berkaitan hantaran isu kasino Forest City - Peguam

https://assets.bharian.com.my/images/articles/Chegu_Bard_1714272896.jpgBadrul Hisham Shaharin



KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Penerangan BERSATU, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan polis malam tadi, dipercayai berkaitan satu hantaran oleh beliau di media sosial mengenai projek kasino di Forest City.

Menurut peguam, Rafique Rashid, Chegu Bard ditahan di kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Tapah, Perak kira-kira jam 7 malam tadi, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini.

"Chegu Bard kini ditahan di IPD Dang Wangi. Tangkapan terkait dengan posting dalam Facebook beliau berkaitan kasino Forest City yang dilaporkan oleh Bloomberg.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pada jam 8.45 pagi, permohonan reman akan didengar di IPD Dang Wangi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Chegu Bard didakwa menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai hub kewangan yang akan dibina di Forest City, Johor, menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Beliau didakwa turut berterima kasih kepada agensi berita Business Times Singapore dan Bloomberg kerana melaporkan berita berkenaan kepada umum.

Sebelum ini, Anwar, Berjaya dan Genting Malaysia menafikan laporan Bloomberg, selain menggesa tindakan diambil terhadap syarikat media terbabit berhubung laporan itu.

Bloomberg melaporkan, Anwar menemui pengasas Berjaya Corporation Bhd, Tan Sri Vincent Tan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay untuk membincangkan lesen kasino bagi Forest City minggu lalu.

juboqhang Publish time 28-4-2024 11:50 AM

{:gif_laughing:}

B40tastePosh Publish time 28-4-2024 11:57 AM

Aduh bersupakat dengan Kroni Mahathir.

Dulu kata nak hapus kroni kroni.{:1_555:}
Pages: [1]
View full version: Chegu Bard ditahan polis berkaitan hantaran isu kasino Forest City - Peguam


ADVERTISEMENT