DidiAndFren Publish time 28-4-2024 11:14 AM

PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada elemen kempen, duit raya di rumah terbuka – Amirudin

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/prk-dun-kuala-kubu-baharu-amirudin.jpeg Amirudin (tengah) beramah mesra dengan orang ramai pada Program Riuh Raya #KitaSelangor 2024, di Bandar Kuala Kubu Baharu, semalam. - Foto SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!



HULU SELANGOR – Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak melanggar akta pilihan raya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia kerana tiada unsur kempen sepanjang program itu yang berlangsung bermula pukul 8 sehingga 11 malam di Bandar Kuala Kubu Baharu, semalam.

“Tidak ada langsung elemen kempen dalam program ini, tetapi kalau orang nak datang dengan pakaian (hari raya) masing-masing dari jauh, saya tak boleh nak halang.

“Kita juga tak menjadikan program ini sebagai kempen, kerana ini program kerajaan negeri. Malahan dalam ucapan, saya alukan semua untuk hadir,” katanya ketika ditemui pada program Riuh Raya #KitaSelangor 2024, di sini semalam.

Sebelum ini, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dilaporkan berkata, penganjuran rumah terbuka terbabit boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).

Mengulas mengenai pemberian duit raya pada program itu, Amirudin berkata, perkara itu dibatalkan bagi mengelakkan ia disalah tafsir sebagai sogokan untuk meraih sokongan pengundi.

“Perkara itu kita putuskan setelah dapat nasihat. Kita tak mahu orang salah tafsir. Jadi, kita ambil langkah berjaga-jaga selepas menerima teguran tersebut,” jelasnya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, pemilihan Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi rumah terbuka adalah berdasarkan penggiliran yang ditetapkan sebelum ini.

“Kita memang pilih (Kuala Kubu Baharu) sebab sebelum ini kita buat di semua daerah. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan yang baik dan merupakan tanda kerajaan negeri meraikan semua ke Kuala Kubu Baharu sempena dengan PRK yang berlangsung,” ujarnya.

Semalam, proses penamaan calon menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) serta calon Bebas, Nyau Ke Xin.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya yang mewakili PH daripada DAP, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

adm7 Publish time 28-4-2024 11:19 AM

Kesian bila mengenangkan macai-macai bodoh yang kena cota, belantan, kena penjara. Yang pemimpin dah ambik jawatan,dapat elaun, dapat pencen. Yang macai bingai kekal bangsat melarat tagih subsidi.
Rrrreformasiii:lol:

Decaffeinated Publish time 28-4-2024 12:24 PM

Bila pakai baju melayu ni tak sesuai tunjuk celah kangkang. Tu ja nak kabo.
Pages: [1]
View full version: PRK Kuala Kubu Baharu: Tiada elemen kempen, duit raya di rumah terbuka – Amirudin


ADVERTISEMENT