DidiAndFren Publish time 28-4-2024 11:19 AM

[VIDEO] Rumah terbuka kecoh, tetamu hamil pecah air ketuban

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/pecah-air-ketuban-rumah-terbuka-hari-raya-tular-viral.jpeg Tangkap layar video memaparkan seorang tetamu rumah terbuka yang sedang hamil mengalami pecah air ketuban.



PETALING JAYA – Sebuah majlis rumah terbuka bertukar kecoh apabila salah seorang tetamunya yang sarat mengandung mengalami pecah air ketuban.

Menerusi sebuah video dikongsi di TikTok Che Kiah857, kejadian berlaku ketika wanita tersebut sedang duduk bersembang sambil menjamu selera.

Keadaan kemudian menjadi kecoh apabila wanita terbabit memaklumkan air ketubannya telah pecah.

Dalam video berlainan, pengirim tersebut memaklumkan wanita berkenaan bagaimanapun kekal tenang dan segera dibantu oleh saudara-maranya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna geli hati melihat suasan kelam-kabut tersebut selain ada yang mempertikaikan tindakan perakam yang mentertawakan wanita berkenaan.

“Pertama bila benda ini jadi, tolonglah jangan menjerit terlolong, kasihan orang itu. Bawa tenang supaya dia pun tenang tidak kelam-kabut, sebab saya pernah lalui situasi begini,” kata Norazela.

“Saya pecah air ketuban rumah mentua, tak boleh bergerak. Baby meluncur keluar,” kongsi Muji House.

“Riuh, mesti cemas kan. Nanti bayi dah lahir ada benda nak diceritakan dekat dia kejadian sebelum dia lahir,” kata Nurul.

Sehingga kini video tersebut telah meraih lebih sejuta tontonan. – KOSMO! ONLINE

DidiAndFren Publish time 28-4-2024 11:19 AM

7362186559602330887

B40tastePosh Publish time 28-4-2024 11:25 AM

DidiAndFren replied at 28-4-2024 11:19 AM


Yang gemok gedempul pun kenapa tak reti bangun bagi ruang pada yang nak beranak...

Ke nak tunjuk dia beranak taik?? Minta perhatian juga?

Melayu Melayu...

I.K.A888990 Publish time 28-4-2024 01:27 PM

boleh la dijadikan cerita open house thn depan

hotmak Publish time 28-4-2024 01:34 PM

yg rekod terjerit2 tu, semaknya lah, buat org tambah panik

B40tastePosh Publish time 28-4-2024 01:37 PM

hotmak replied at 28-4-2024 01:34 PM
yg rekod terjerit2 tu, semaknya lah, buat org tambah panik

Melayu kan suka menjerit jerit , ketawa terbahak bahak macam anak setan.

mojarean_X Publish time 28-4-2024 02:09 PM

Dlm sarat cam tu pun sibuk nk g open house

JulietTheOrange Publish time 28-4-2024 02:35 PM

mojarean_X replied at 28-4-2024 02:09 PM
Dlm sarat cam tu pun sibuk nk g open house

last mkn sedap2 sebelum kene pantang mkntu yg kene gi open house tu
nanti kempunan pulak

hahahha

mojarean_X Publish time 28-4-2024 02:55 PM

JulietTheOrange replied at 28-4-2024 02:35 PM
last mkn sedap2 sebelum kene pantang mkntu yg kene gi open house tu
nanti kempunan pulak



Ni lah perlunya mak mertua toxic utk berleter kt menantu bila menantu wat benda2 pelik. Ni laki ikutkan sgt perangai si bini tu

dua_chzy Publish time 28-4-2024 09:37 PM

DidiAndFren replied at 28-4-2024 03:19 AM


Perangai kecoh makcik2 begini sangat membencikan. Keligs aku ramai begini. Kalau budak kecik memang aku jerkah ja sekor2. Tak reti bertenang pehtu sengaja la kan buat kecoh sebab nak attention pi kat dia. {:1_550:}

Satu lagi perangai membencikan bila tau komplen or marah2 ja bila hada problem, tapi solution tak reti bagi. Apa kau marah2 macam anjing tu, masalah boleh selesai sendiri ka? Jenis begini kalau tetiba terlibat dalam perang dengan zombie sah paling awal mati.

kotakbaju Publish time 28-4-2024 10:25 PM

Teruk betul la yang dok gelak sakan tu. Ingat geli hati benda kelakor ke hapa :dizzy:

Tapi adik ni pun time due nak besalin pun gigih jugak bejalan ke open house lagi. Kalau iols dah nak dekat due, punya la berjaga2 besiap apa yang patut kat rumah tu. Tak berani nak berjalan kulu kilir tanpa tujuan.

Kalau kata nak makan puas2 sebab lepas bersalin nanti kena berpantang, eh apo kena berpantang selama2 nya ke tak buleh makan itu ini. Kosser la iols nak berpantang melulu mengikut sangat cakap orang tua2 tak buleh makan itu ini nanti sejuk la, bentan la, sakit urat la ehh mau la tak sakit itu ini dah masa berpantang pun makan bercatu. Badan tak cukup zat dan vitamin. Air nak minum pon kena sukat2 apooo. Dah la breastfeeding. Dahaga ok..iols bedal je lantak lah. Yang penting cukup zat, vitamin dan badan kekal hidrat dan tenaga.

lightheaded67 Publish time 29-4-2024 08:04 AM

mojarean_X replied at 28-4-2024 02:55 PM
Ni lah perlunya mak mertua toxic utk berleter kt menantu bila menantu wat benda2 pelik. Ni laki ik ...

iye kan :lol:

ultra78 Publish time 29-4-2024 12:40 PM

Kesian acik tu sampai viral muka dia

vanillaninja Publish time 29-4-2024 12:50 PM

How is this funny. Tak kelakar langsung nak menjerit2 supo pondan.

anggeriklatifah Publish time 29-4-2024 03:10 PM

Gigih betul pergi berayaa sah saratttt2 camtu

shernazz Publish time 29-4-2024 06:35 PM

Pecah ketuban tak rasa sakit pung LG
Sempat je gi hospital.cuma.janganla singgah beli sate KFC Bagai..
Terus je ke.hospital...

akies Publish time 29-4-2024 07:02 PM

Haish sempat lg dia berjalan ke sana sini time raya.

dagusengett Publish time 29-4-2024 07:41 PM

Ewww gross lah
I mean if it happens kat rumah sendiri takpelah

imanjannah Publish time 29-4-2024 08:42 PM

dah kenapa sekor2 tu terjerit2 ketawa, bingit sungguh, aku pernah masa solat kat surau plaza angsana jb, lepas bagi salam adik sebelah aku tu, pegang tangan aku, cakap air ketuban dia pecah, terkejut gak aku, tapi x la melompat mcm diaorg ni, ada makcik sebelah aku tu pun ckp elok2, tenang2 je

krustykrab Publish time 29-4-2024 08:57 PM

Tk rasa malu ke siap ambik video & viralkn air org tu mengalir kuar dari miss v?

Pages: [1] 2
View full version: [VIDEO] Rumah terbuka kecoh, tetamu hamil pecah air ketuban


ADVERTISEMENT