DidiAndFren Publish time 28-4-2024 11:23 AM

Nestle tawar peluang nikmati gaji seumur hidup melalui peraduan yang mula dilancar 1 Mei ini

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/pix-nestle-gaji1-scaled.jpg Juan Aranols (kiri) pada majlis pelancaran Peraduan Gaji Seumur Hidup di Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Nestle (Malaysia) Berhad melancarkan pe­raduan Gaji Seumur Hidup dengan menyediakan hadiah bernilai lebih RM4 juta yang bakal memanfaatkan kira-kira 700 pemenang dalam kalangan rakyat Malaysia tahun ini.

Menerusi kempen bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2024 itu, dua rakyat Malaysia bertuah bakal menerima Gaji Seumur Hidup, selain turut menawarkan hadiah sagu hati buat pemenang harian dan mingguan.

Pelanggan hanya perlu membeli produk Nestle terpilih bernilai RM20 dalam satu resit, dan menghantar gambar resit berserta nama penuh dan nombor kad pengenalan menerusi WhatsApp, borang di laman web Nestle Malaysia atau kod QR yang tertera di kebanyakan kedai untuk beroleh penyertaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Malaysia, Juan Aranols berkata, pihaknya berusaha membawa nilai positif kepada mesyarakat sepanjang 112 tahun kehadiran syarikat di negara ini, yang mana peserta akhir peraduan berpe­luang memilih 17 badan amal yang bakal menerima sumbangan syarikat.

“Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup benar-benar mencerminkan matlamat kami untuk menambah baik kualiti kehidupan dan menyediakan platform untuk rakyat merebut peluang mencapai impian masing-masing, sambil memberikan sokongan kewangan kepada badan-badan amal untuk menambah baik kehidupan golongan memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran edisi terbaharu Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup di sini semalam.

Peraduan Nestle Gaji Seumur Hidup telah dilancarkan buat kali pertama pada 2020 apabila pe­rintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19 bermula.

Ia menawarkan hadiah wang tunai lebih RM4 juta yang memanfaatkan 850 rakyat pada masa sukar.

Pada edisi terdahulu, dua pemenang utama dipilih dalam kalangan 17 peserta akhir bagi membawa pulang Gaji Seumur Hidup sebanyak RM3,000 sebulan.

Nestle Malaysia turut me­nyumbangkan RM684,000 kepada 17 badan amal yang mengambil bahagian dalam inisiatif berkenaan masing-masing dipi­lih oleh 17 peserta peringkat akhir. KOSMO! ONLINE

Decaffeinated Publish time 28-4-2024 12:35 PM

Masih ON ka ummah boikot Nestle?

kitaserupaaa Publish time 28-4-2024 01:18 PM

Agak tergugat hati nak boikot nescafe. Request mak simpan resit la sbb dia still beli nescafe :lol:

Yoonggi Publish time 28-4-2024 01:22 PM

aku rasa maybe x ramai yg aware apa je brg2 bwh nestle ni. cthnya milo, kebykan org tau jenama milo je, x ramai tau yg parent dia adh nestle. mgkn gak la ada sedikit terjejas sales nestle ni akibat boikot, sbb tu dia launch promo ini.

brownstone Publish time 28-4-2024 02:05 PM

Brand nestle ni mahal...macam susu pek 1 liter tu, iols pilih non brand je murah dlm range near RM5 ke RM6... yg branded slalu harga RM7 lebih. Padahal susu lembu je pun...ada beza yg ketara ke dari segi rasa, quality sampai nk kena beli yg branded?

Barang2 pengguna kat US bila masuk Walmart rata2 murah, pengilang mmg sebolehnya ada je plan nak kurangkan / serap kenaikan harga tapi maintain quality. Kat Malaysia terbalik pula, tiap2 tahun buka kilang baru, naikkan harga barang jualan, harga saham mencanak naik sbb analyst pun tahu profit margin meningkat, tak miss bayar dividen pulak tu. Tak koserrr lah aku nk sapot kapitals nie.

sharlenetexas Publish time 28-4-2024 02:17 PM

Nescafe gold black coffee tu ok lah. Best juga.
Milo nak tukar jenama lain. Milo makin tak sedap.


sharlenetexas Publish time 28-4-2024 02:18 PM

brownstone replied at 28-4-2024 02:05 PM
Brand nestle ni mahal...macam susu pek 1 liter tu, iols pilih non brand je murah dlm range near RM5...

Susu Goodday rasa ketara manis guna. Beza dengan farmfresh.


sharlenetexas Publish time 28-4-2024 02:20 PM

kitaserupaaa replied at 28-4-2024 01:18 PM
Agak tergugat hati nak boikot nescafe. Request mak simpan resit la sbb dia still beli nescafe

Samalah dah cuba indocafe, moccona, kopiko etc tapi rasa tak sedap.


Decaffeinated Publish time 28-4-2024 02:47 PM

sharlenetexas replied at 28-4-2024 02:20 PM
Samalah dah cuba indocafe, moccona, kopiko etc tapi rasa tak sedap.

Nescafe tu dah beyond iconic. Memang tak kan ada yang sepertinya.

Bila people ask for nescafe, they mean nescafe.

Dwdrum Publish time 28-4-2024 02:48 PM

Nestle ini ramai boleh boycotte... Tetapi abbott consumer susah mahu boycotte.. Habis boycotte abbott guna nestle products :lol:

ctaz Publish time 28-4-2024 03:09 PM

yeee haaaaaa.....
yahudi buat peraduan...
yahudi dah terdesak...

Dwdrum Publish time 28-4-2024 03:17 PM

Tidak rasa yahoodi ter desak tetapi melayu sendiri desperate share ter besar di pegang tun daim... Croni mahathir antisemitism... Tidak pasti aku mahu pity or mahu gelak lah...

aint Publish time 28-4-2024 03:31 PM

ok... nak join la... mana tau kot2 dpt gaji seumur hidup

Belibis Publish time 28-4-2024 03:35 PM

Decaffeinated replied at 28-4-2024 12:35 PM
Masih ON ka ummah boikot Nestle?

Tunggu mufti cakap dulu caner..katanya boikot pun tak perlukan???:$

Supersirap Publish time 28-4-2024 04:56 PM

boleh join peraduan ni, sangat menarik

sharlenetexas Publish time 28-4-2024 04:58 PM

Decaffeinated replied at 28-4-2024 02:47 PM
Nescafe tu dah beyond iconic. Memang tak kan ada yang sepertinya.

Bila people ask for nescafe, th ...

Nescafe australia lagi best.


alesandra Publish time 28-4-2024 05:05 PM

Edited by alesandra at 28-4-2024 05:07 PM

Kapitalis tamak haloba buat peraduan yg belum tentu ko menang mintak no ic,no tel ko ,scan itu ini rela hati pulak bagi.gomen suruh daftar padu, nak bagi ewallet ke apa mcm2 konspirasi teori bangang yg keluar.lantakla moga bodo kena scam :lol:

sharlenetexas Publish time 28-4-2024 05:52 PM

alesandra replied at 28-4-2024 05:05 PM
Kapitalis tamak haloba buat peraduan yg belum tentu ko menang mintak no ic,no tel ko ,scan itu ini r ...

Aku rela hati update no. telefon kat mebeng, pastu berbondong2 org call nk jual insurans.


nuralisa Publish time 28-4-2024 06:12 PM

Aku pun nak joinla .. aku ni peminum tegar nescafe .. hahahah masih belum leh nak boikot

alesandra Publish time 28-4-2024 06:22 PM

sharlenetexas replied at 28-4-2024 05:52 PM
Aku rela hati update no. telefon kat mebeng, pastu berbondong2 org call nk jual insurans.

Ini sekali pakej ko wajib beli produk 20 hengget.
Pages: [1] 2 3 4 5
View full version: Nestle tawar peluang nikmati gaji seumur hidup melalui peraduan yang mula dilancar 1 Mei ini


ADVERTISEMENT