mojarean_X Publish time 28-4-2024 03:36 PM

Pedofilia terhadap murid lelaki MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu

Muhamad Zaki berkata, polis telah mengenal pasti penulis yang memuat naik hantaran di laman sosial berkait dakwaan berlakunya kes itu. - Foto Bernama

GUA MUSANG: Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua mereka dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata, polis juga telah mengenal pasti penulis yang memuat naik hantaran di laman sosial berkait dakwaan berlakunya kes itu.

"Kami masih lagi menunggu laporan perubatan ke atas mangsa kerana dia pernah belajar di MRSM berkenaan dan kertas siasatan akan dihantar kepada pendakwa raya untuk mendapat nasihat,” katanya kepada kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, di sini pada Sabtu malam.

Sebelum ini, polis memberi jaminan siasatan kes seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki akan selesai dalam tempoh sebulan.
-- BERNAMA

Decaffeinated Publish time 28-4-2024 03:47 PM

Paedophile ni akan ada bersusun mangsa. Kalau betul paedo la.

Thunderclouds Publish time 28-4-2024 04:09 PM

Jgn ujung² NFA udah.. or worse mangsa retract report.

antikorok Publish time 28-4-2024 09:51 PM

Sekolah asrama, tempat pembiakan chenta comolot :$
Pages: [1]
View full version: Pedofilia terhadap murid lelaki MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu


ADVERTISEMENT