CARI-MAL Publish time 29-4-2024 07:40 AM

‘Spiderman’, ‘Spiderwoman’ dicekup polis

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/074001r3uuvfehiv3vffxh.png



NEW DELHI – Satu pasangan muda yang memakai kostum watak Spiderman dan Spiderwoman di New Delhi ditangkap polis selepas mereka dirakam menunjukkan pelbagai aksi berbahaya ketika menunggang motosikal, lapor portal berita Hindustan Times kelmarin.


Aditya, 20, dan Anjali, 19, melakukan aksi berbahaya itu di Najafgarh, barat daya Delhi.


Satu rakaman video tular di Instagram menunjukkan mereka yang memakai kostum itu menaiki sebuah motosikal tetapi tidak memakai topi keledar.


Mereka juga kelihatan mendepakan tangan ketika motosikal sedang bergerak.


Berikutan itu, pasangan tersebut menghadapi tuduhan termasuk menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu, lapor agensi berita IANS.


Menurut agensi tersebut, motosikal yang digunakan itu juga tidak memiliki nombor pendaftaran. – AGENSI

Inigo-Montoya Publish time 29-4-2024 01:44 PM

macam ni pun jadi berita..pergi mampos la dua ekor ni tak ada siapa kesah
Pages: [1]
View full version: ‘Spiderman’, ‘Spiderwoman’ dicekup polis


ADVERTISEMENT