CARI-MAL Publish time 29-4-2024 07:49 AM

Lelaki berpakaian wanita ditangkap polis

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/074907onmk3k05s07qcu0c.png



RIYADH – Pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi mengumumkan penahanan seorang lelaki yang memakai pakaian wanita di ibu kota negara itu, Riyadh, lapor laman berita Gulf News hari ini.


Bahagian Am Keselamatan Awam dalam satu kenyataan ringkas berkata, suspek ditangkap oleh anggota peronda polis di Riyadh.


Lelaki tersebut ditangkap selepas muncul dalam satu klip video yang menunjukkan dia memakai pakaian wanita ketika berada di dalam pengangkutan awam.


“Langkah-langkah yang mengikut prosedur telah diambil,” kata pihak berkuasa tanpa memberikan butiran lanjut.


Kenyataan itu dibuat selepas video tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki muda berpakaian wanita sedang duduk di dalam kereta api.


Berdasarkan undang-undang negara itu, orang ramai yang memakai pakaian di khalayak ramai dengan cara yang menyerupai jantina lain berdepan hukuman penjara tiga tahun. – AGENSI

Inigo-Montoya Publish time 29-4-2024 01:45 PM

aikk bukan ke saudi dah berubah jd liberal..ada video tunjuk perempuan slumber buka tudung..patung mohd salman ngan kuil terbesar pun dah ada

melinda_kerr Publish time 29-4-2024 05:35 PM

laaa nape tangkap.. tk open minded lah gitu. sana tudung pun boleh dah tk pakai kan.. apalah sgt kalau sek2 pondan ni.

Kak-Rohana Publish time 29-4-2024 08:17 PM

drag kuin :)
Pages: [1]
View full version: Lelaki berpakaian wanita ditangkap polis


ADVERTISEMENT