CARI-MAL Publish time 29-4-2024 08:08 AM

Tiga ekor anjing ditangkap, kejar budak hingga nyaris digilis kereta

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/080534as99ynajkmgluoso.png



LUMUT – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) menangkap tiga ekor anjing termasuk seekor berwarna putih yang mengejar kanak-kanak sehingga terlibat kemalangan jalan raya dan tular dalam media sosial semalam.


Menurut Unit Haiwan Merayau Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPM, tangkapan itu dilakukan pada pukul 11 pagi semalam selepas menerima aduan mengenai kejadian tersebut.


“Anjing tersebut mempunyai pemilik dan pihak MPM mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (Majlis Daerah Manjung) 1993,” katanya di sini hari ini.


Semalam, tular video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris digilis sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Haji Mohamad Ali dekat Sitiawan, pukul 8.54 pagi semalam.


Video tular berdurasi 20 saat itu memaparkan dua kanak-kanak yang panik melarikan diri selepas dikejar seekor anjing berwarna putih.


Kanak-kanak tersebut terlanggar sebuah kereta Perodua Myvi dan terjatuh, seterusnya nyaris digilis sebuah kereta Proton Wira yang berada di lorong kanan.


Pemandu kereta Proton Wira tersebut sempat mengelak menaiki atas pembahagi jalan, manakala kanak-kanak tersebut selamat dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/080559wviovfii99i2dcoz.pngTIGA ekor anjing termasuk berwarna putih yang ditangkap kerana mengejar kanak-kanak sehingga berlaku kemalangan jalan raya. – Foto IHSAN PDRM




Menurut MPM, berdasarkan semakan dan siasatan, anjing tersebut berlesen dan mempunyai pemilik, justeru pihaknya menyita tiga ekor anjing termasuk anjing tersebut kerana pelanggaran syarat dan peraturan.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.


“Satu laporan dibuat setelah video tersebut tular di media sosial dan aduan tersebut disalurkan kepada MPM untuk diambil tindakan,” ujar beliau.


https://www.instagram.com/p/C6Q6zw8vTg8/


Sumber – KOSMO! ONLINE

ctaz Publish time 29-4-2024 08:24 AM

mana pencinta anjing...
tak nak demo ke

pooh~key Publish time 29-4-2024 08:26 AM

Akak tak tau nak support anjing ke nak support budak manusia tu sissy. Sebab akak pembenci manusia, yet bukanlah pencinta haiwan jua dek. ;P

Gi mamposlah korang dan koanjing semua dek. ;P

midori888 Publish time 29-4-2024 08:34 AM

Edited by midori888 at 29-4-2024 08:42 AM

sila saman tuan anjing....
teringat dulu meols pnh jalan2 kat germany, lupa dah which city...ada ppuan nie dgn anjing dia dok kat sidewalk coffee shop, pastu anjing dia asyik menyalak kat sorang budak kecik berdekatan smp takut budak tu...terus mak budak tu maki ppuan pemilik anjing tu...kecoh kejap kat situ...yerlah anjing dia dok nyalak memekak, dia buat taktau jer...

to meols lantak lah ko nak bawa anjing ko kat luar, tapi biarlah guna leash...dont be selfish, think of other ppl safety just incase anjing ko buat perangai.

copy_paste Publish time 29-4-2024 08:36 AM

anjir bertuan lg suka mengejar org dari anjir jalanan,

copy_paste Publish time 29-4-2024 08:36 AM

pooh~key replied at 29-4-2024 08:26 AM
Akak tak tau nak support anjing ke nak support budak manusia tu sissy. Sebab akak pembenci manusia,...

da mmg salah tuan anjir tu x jaga anjir dia bebetul,

BoongaKertas Publish time 29-4-2024 10:04 AM

mohon yg bekap anjing tu, sila lah bela depa. iols seriau habis tgk vid budak2 tu nyaris digilis.

Kurex Publish time 29-4-2024 10:49 AM

bela pandai tapi tak reti jaga.. sama jugak yg jenis bela haiwan, bila kau taknak, kau buang haiwan tu.. sian deols

SecretLuv Publish time 29-4-2024 03:04 PM

Ada video dari awal ke. Kot budak tu ada kacau anjing2 tu ke, sampai anjing tu kejar dia. Kadang2 ada budak suka usik2 baling2 batu la apa la kat anjing/kucing.

airfilterkotor Publish time 29-4-2024 06:14 PM

Jarang dengar kucing bertuan kacau orang tepi jalan. :lol:

shernazz Publish time 29-4-2024 06:26 PM

Elok la sita..
Tuan anjing pung dok Makan nasik ka Sampai anjing kejar budak.pung tak sedar..
Ke Kau buat tak.tau?

akies Publish time 29-4-2024 06:36 PM

Ya Allah! Berderau tgk adik tu ligan lari ingatkan sesaje je lintas
rupanya kena kejar anjing.

mawarika Publish time 29-4-2024 07:40 PM

Beza komen Kat fb nst.. anjing tak barsalah ye.. :lol:

bebulu Publish time 30-4-2024 05:32 AM

Tempat aku ni anjing masuk surau , berak dalam surau. Hairan aku dengan binatang ni. Seluas2 alam di luar tu, dah kenapa ko nak berak juga dalam surau? Tu satu hal. Sementara sebelum berak tu, dah tentu anjink2 tu ronda2 dulu dalam surau tu kan? Guling2 atas karpet.

Tapi tula. Dah pintu tak tutup. {:1_550:}

airfilterkotor Publish time 30-4-2024 05:40 AM

Tuan dia tak ditangkap dan sumbat sekali dalam sangkar kaa?
Pandai bela, tak reti jaga astu membahayakan nyawa orang lain.

Kaa... tuan dia pun ada kat OKU.

airfilterkotor Publish time 30-4-2024 05:43 AM

Tuan anjirr cuai, dan menyebabkan kacau ganggu dan keselamatan awam.

krustykrab Publish time 30-4-2024 05:50 AM

airfilterkotor replied at 29-4-2024 06:14 PM
Jarang dengar kucing bertuan kacau orang tepi jalan.

Biasanya org yg suka kacau kucing. Elok2 kucing tu baring, pi meow meow sampai kucing tu ikut;P
Pages: [1]
View full version: Tiga ekor anjing ditangkap, kejar budak hingga nyaris digilis kereta


ADVERTISEMENT