CARI-MRO Publish time 29-4-2024 08:41 AM

Tular hidangan durian goreng bercili di China

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/084028ylff0fir2tqr5i4q.png





SINGAPURA– Sebuah rakaman video yang memaparkan hidangan durian goreng di China menjadi tular di media sosial Singapura, namun ramai menyatakan rasa tidak tertarik untuk mencubanya, lapor portal berita Today.


Dalam video yang disiarkan di Facebook baru-baru ini, kedengaran seorang pelanggan memesan semangkuk nasi durian dalam bahasa Mandarin daripada seorang penjaja jalanan.


Penjaja itu kemudian menambah lobak merah, bahan perasa, bawang putih dan cili padi cincang ke dalam kuali.


Dia turut memasukkan segenggam buah strawberi ke dalam kuali.


Peniaga tersebut kemudian menambah gula, kicap, daun ketumbar dan bawang hijau yang dicincang sebelum akhirnya menyenduk adunan ke dalam mangkuk nasi putih.


Pelanggan tersebut membuat kesimpulan pada akhir video bahawa hidangan itu lazat tetapi tidak menepati citarasanya. – AGENSI

Kurex Publish time 29-4-2024 10:19 AM

apa yg pelik, kerengga pun deols makan

BoongaKertas Publish time 29-4-2024 11:14 AM

sdgkan kelawar and tikus yg superjiks tu pun mkn, apetah lg durian yg sdp. tp loya tgk menu ni.

imransulaiman Publish time 29-4-2024 11:37 AM

Edited by imransulaiman at 29-4-2024 11:39 AM

Orang Sabah dah lama buat menu ni rasanya.. Dorang tumis durian yang isi warna merah..

Clan204 Publish time 29-4-2024 01:27 PM

try tambah cheese pastu jual kat malaysia... hahaha

green~tea Publish time 29-4-2024 01:31 PM

Orang sarawak dah lama buat tempoyak goreng

Sedap gilaaaaaaaa

Decaffeinated Publish time 29-4-2024 01:46 PM

bau pun dah macam cat's urine, how wrong can you get...

I.K.A888990 Publish time 29-4-2024 02:39 PM

benda dah elok mkn mcm tu
ditambahnya bermacam perisa

anony-mous Publish time 30-4-2024 07:19 AM

Kita pon buat jd tempoyak noks

dua_chzy Publish time 30-4-2024 07:21 AM

No. Pu yau. Nehi nehi andwae. :I

dua_chzy Publish time 30-4-2024 07:23 AM

imransulaiman replied at 29-4-2024 03:37 AM
Orang Sabah dah lama buat menu ni rasanya.. Dorang tumis durian yang isi warna merah..

Durian isi merah tu tak berapa manis. Kalau masak jadik savoury dish, sesuai.

hokeypokey Publish time 30-4-2024 07:35 PM

ni mcm sambal tempoyak ler.. lemak2 pedas
Pages: [1]
View full version: Tular hidangan durian goreng bercili di China


ADVERTISEMENT