FOTHER-MUCKER Publish time 29-4-2024 09:30 AM

Jabatan Imigresen tahan warga Indonesia jual produk kecantikan dalam talian secara haram

Edited by FOTHER-MUCKER at 28-4-2024 05:32 PM

Jabatan Imigresen tahan warga Indonesia jual produk kecantikan dalam talian secara haramOleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor
April 28, 2024 @ 5:22am
hafidzul@hmetro.com.my





https://assets.bharian.com.my/images/articles/oriimmig_1714278992.jpgJabatan Imigresen tumpaskan sindiket kosmetik online didalangi warga Indonesia. - Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia



KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan tiga warga Indonesia yang membawa masuk produk kosmetik dan kecantikan serta menjual dalam talian tanpa kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, kegiatan mereka dikesan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Pegawai Penguatkuasa (Farmasi), Jabatan Kesihatan Kuala Lumpur selepas menyerbu tiga premis di Setapak dan Ampang, Khamis lalu.
Beliau berkata, operasi khas yang dijalankan itu menahan seorang wanita warga Indonesia dipercayai dalang utama dalam membawa masuk produk berkenaan dari negara berkenaan.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhimi282_1714278995.jpgJabatan Imigresen tumpaskan sindiket kosmetik online didalangi warga Indonesia. - Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia
"Turut ditahan seorang lelaki dan seorang wanita juga warga Indonesia berusia 25 dan 35 tahun yang dipercayai berperanan sebagai 'promoter online' produk kosmetik dan kecantikan.
"Siasatan kita mendapati, dalang utama berkenaan memiliki Pas Lawatan Sosial (PLS) yang masih sahlaku, manakala pekerjanya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini manakala lelaki terbabit didapati tinggal lebih masa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ruslin berkata, serbuan itu turut merampas produk kosmetik dan kecantikan pelbagai jenama, dua pasport Indonesia, wang tunai sebanyak RM3,263 dan IDR3,271,000 (RM960).
"Modus operandi sindiket adalah membawa masuk produk kosmetik dan kecantikan secara haram untuk dijual kepada pelanggan secara dalam talian melalui ejen dengan harga RM159 setiap satu.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhimi281_1714278997.jpgJabatan Imigresen tumpaskan sindiket kosmetik online didalangi warga Indonesia. - Foto FB Jabatan Imigresen Malaysia

"Sindiket ini menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan produk kosmetik dan kecantikan serta dipercayai sudah beroperasi selama enam bulan," katanya.
Ruslin berkata, semua warga asing itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Semenyih.
"Seorang lelaki tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.
"Warga asing ini juga akan disiasat oleh pihak KKM kerana disyaki melakukan kesalahan dibawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/04/1240141/jabatan-imigresen-tahan-warga-indonesia-jual-produk-kecantikan-dalam



Manjahati Publish time 29-4-2024 12:10 PM

apa nama produk tu

Skuau Publish time 29-4-2024 12:19 PM

satgi...ada la nengok youtuber indon buat konten...MSIA ZALIM.

shamsadis Publish time 29-4-2024 12:32 PM

balik Indonesia, tukar pasport baru, masuk balik....

asamfish Publish time 29-4-2024 12:35 PM

pihak kastam patut ditanya....mcm mana barang2 kosmetik yang berkotak2 tu boleh lepas masuk?????.....sedangkan bawak cigar terlebih 200gm dan sebijik bag berjenama sederhana pun, kena periksa dan bayar tax!

Goodluckdontcry Publish time 29-4-2024 06:28 PM

Kat shopee live skrg pun dh jd caca marba...seller/tukang promot pun ramai dah spesis indon join...den jd naik menyampah...dulu seller melayu je..cth kalau korg tgk shopee live.. store nama ZEKE..udahla ckp indon tempe, yg bangla(geng sesama dia kut), pun ckp indon... harktuihh btl...tu pun ramai yg beli n join live dia..tahla...kdg rs bak lagu...mana indon..mana indon...ada indon...mana mana....:lol:

Kak-Rohana Publish time 29-4-2024 08:13 PM

ada org report lah niii

ezacbee Publish time 30-4-2024 02:50 AM

Selagi ada lorong tikus xkan abis..

Dalang pun orang kita gak.
Pages: [1]
View full version: Jabatan Imigresen tahan warga Indonesia jual produk kecantikan dalam talian secara haram


ADVERTISEMENT