FOTHER-MUCKER Publish time 29-4-2024 12:31 PM

Seluar jean ‘kesan najis’ dijual RM3,800

Edited by FOTHER-MUCKER at 28-4-2024 08:42 PM

Seluar jean ‘kesan najis’ dijual RM3,800


[*]Oleh KOSMO!
[*]29 April 2024, 9:10 am
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram

Share on linkedin



https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/pee-jeans.webpSeluar jean tersebut mempunyai tompokan gelap di bahagian pangkal paha. – Jordanluca


LONDON – Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan, lapor laman berita NDTV semalam.
Jordanluca mendedahkan rekaan dikenali sebagai Stain Stonewash Jeans itu di pentas peragaan semasa pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk 2023.
Seluar jean tersebut mempunyai tompokan gelap di bahagian pangkal paha, seolah-olah memberi bayangan bahawa si pemakai tidak sengaja telah membuang air kecil.
Harga yang ditawarkan bagi koleksi tersebut adalah AS$811 (RM3,871).
Rekaan basuhan ringan itu bagaimanapun dilaporkan telah habis dijual dengan menawarkan harga AS$608 (RM2,902).
Seluar tersebut menjadi perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen.
“Harganya terlalu mahal. Seseorang hanya perlu membuang air kecil di dalam seluar untuk mempunyai seluar seperti ini,” kata seorang netizen.
“Anda bukan seseorang yang hebat melainkan anda membuang air kecil di dalam seluar,” kata pengguna lain. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04/29/seluar-jean-kesan-najis-dijual-rm3800/

airfilterkotor Publish time 29-4-2024 12:33 PM

Tred dah ada bossku.
Ekceli, bukan ketulan kecil emas tetapi lebih kepada debu emas.

FOTHER-MUCKER Publish time 29-4-2024 12:41 PM

airfilterkotor replied at 28-4-2024 08:33 PM
Tred dah ada bossku.
Ekceli, bukan ketulan kecil emas tetapi lebih kepada debu emas.

Ok tak:lol:

airfilterkotor Publish time 29-4-2024 01:15 PM

FOTHER-MUCKER replied at 29-4-2024 12:41 PM
Ok tak

Haa..ok..ok. :lol:

green~tea Publish time 29-4-2024 01:30 PM

Jijik nye kau... pasni jual seluar jeans pampers kat luar plak

vanillaninja Publish time 29-4-2024 04:00 PM

Ingat Balenciaga tadi. Balenciaga je yang selalu buat bodoh2 gini :lol:
Pages: [1]
View full version: Seluar jean ‘kesan najis’ dijual RM3,800


ADVERTISEMENT