CARI-HBZ Publish time 29-4-2024 11:50 PM

Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/234825s99yue0mtmf7fl02.png



KUALA LUMPUR: Leftenan Muda Chan Ming Youn dari Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja menjadi satu-satunya penuntut berbangsa cina yang berjaya menamatkan Kursus Asas Komando Gerup Gerak Khas (GGK) baru-baru ini.


Menerusi perkongsian di Facebook Berita Tentera Darat Malaysia, Ming Youn berjaya menamatkan latihan selama 12 minggu sekaligus melayakkan beliau menerima anugerah Beret Hijau.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/234852n29f09qqr11pqez0.png



Selain itu, beliau juga turut dianugerahkan pisau komando bermakna secara rasmi bergelar warga Gerup Gerak Khas (GGK).


Ming Youn merupakan pegawai daripada Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja (2 RRD) dan pernah berkhidmat di dalam 515 Askar Wataniah sebelum menyertai Kursus Asas Komando GGK pada tahun ini.


Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).


Min Youn menjelaskan bahawa beliau mahu menjadi seorang pegawai tentera disebabkan minat.
"Sebenarnya saya adalah anggota 515 Askar Wataniah, saya tidak ada pengetahuan pun tentang komando ini.


"Mula saya berkhidmat dalam 515 askar wataniah dan disitulah saya pijak dalam dunia ketenteraan ini. Saya mendapat ilmu, pengalaman dan pengetahuan tentang dunia ketenteraan.


"Lepas itu saya diperkenalkan dengan Komando dan saya nak cabar diri saya untuk masuk Komando dan tunjukkan diri saya bahawa walaupun asal saya anggota Wataniah tapi saya pun boleh menjadi seorang Komando," katanya dalam video yang tular di media sosial, pada Isnin.


Mengulas lanjut, Ming Youn berkata, matlamatnya adalah untuk terus berkhidmat dalam Komando dan terus menambah pengetahuan dalam dunia ketenteraan.


"Saya nak ambil kursus-kursus kepakaran dan lepas itu saya berharap boleh terus berkhidmat untuk menjadi seorang Komando yang berkualiti dan sentiasa menjaga nama baik Komando sehingga akhir hayat saya," ujarnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/29/234923otft94eejsaxx842.png





Bersama Chan, seramai 69 penuntut telah dianugerahkan Kursus Asas Komando Siri AK/1/2024 di Pantai Betutu Laut, Sungai Udang pada 28 April.


Menurut Berita Tentera Darat Malaysia, perbarisan Penganugerahan Beret Hijau Gerak Khas serta Pisau Komando ini melibatkan sembilan orang pegawai dan 60 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).


Upacara penganugerahan beret hijau dan pisau komando telah disempurnakan oleh Panglima 21 Gerup Gerak Khas (21 GGK) merangkap Pengerusi Gerak Khas, Mejar Jeneral Adi Ridzwan Abdullah.


7363071910655069460


Sumber : Astro Awani/BTDM/SuaraTV

B40tastePosh Publish time 29-4-2024 11:53 PM

Tinggi betul{:1_273:}

Ahriman Publish time 30-4-2024 12:31 AM

Wow tahniah.

sharlenetexas Publish time 30-4-2024 12:48 AM

Tahniah.


anony-mous Publish time 30-4-2024 12:55 AM

Finally setelah berpuluh tahun merdeka

monsterwife Publish time 30-4-2024 03:00 AM

Tahniah...mula2 ingatkan pendek tup2 bils berdiri tggi

Nenolen Publish time 30-4-2024 04:24 AM

Tahniah Chan, selamat berkhidmat dgn cemerlang dan selamat sejahtera selalu, amin.

airfilterkotor Publish time 30-4-2024 05:27 AM

anony-mous replied at 30-4-2024 12:55 AM
Finally setelah berpuluh tahun merdeka

Boss tu kata dah lama takde bangsa cina dlm komando (maksud beliau dari kalangan pegawai).

Tinot7 Publish time 30-4-2024 06:08 AM

Tahniah!
Baper tinggi dia?

otai_g Publish time 30-4-2024 06:22 AM

Btw keje hakiki dia askar wataniah ke atau mcm mn?

dua_chzy Publish time 30-4-2024 07:06 AM

otai_g replied at 29-4-2024 10:22 PM
Btw keje hakiki dia askar wataniah ke atau mcm mn?

Komando lah. Kan ada dia kata nak jadik komando terus.

Sebelum ni barangkali akauntan sebab lulusan accounting. Sebab tu dia jadi askar wataniah.

copy_paste Publish time 30-4-2024 07:15 AM

jarang la cina semenanjung join askar, selalunya belah pantai timur dan sabah sarawak je

dua_chzy Publish time 30-4-2024 07:17 AM

Edited by dua_chzy at 29-4-2024 11:19 PM

copy_paste replied at 29-4-2024 11:15 PM
jarang la cina semenanjung join askar, selalunya belah pantai timur dan sabah sarawak je

Sumore dia dari KL.

Kalau belah Utara tu aku masih tak heran sangat.

Barangkali jenis macam senior U aku dulu - asal KL tapi humble, fasih BM, suka berkawan dengan bumis sampai orang mistaken dia dari Sabah la Sarawak la. Budak VI. Muka hensem macam Shaun Chen pelakon Singaporn (asal Malaysia) tu.

copy_paste Publish time 30-4-2024 07:28 AM

dua_chzy replied at 30-4-2024 07:17 AM
Sumore dia dari KL.

Kalau belah Utara tu aku masih tak heran sangat.


cina yg humble dan fasih bm org xkan sangka dari KL,
kalau aku pun terkejut kalau cina yg peramah fasih bm kalau dia ckp mmg asal KL,

kitaserupaaa Publish time 30-4-2024 07:51 AM

Dulu pernah join training askar wataniah kejap. Dapat la elaun ratus2 training 2 minggu. Belajar pasang & buka senapang, menembak tgh panas, pagi2 kawat, baca map redah hutan paya, berguling2 satu padang :sweat3:

sapeka Publish time 30-4-2024 07:53 AM

Tahniah dan syabas
Sangat berani

vanillaninja Publish time 30-4-2024 08:16 AM

Tinot7 replied at 29-4-2024 10:08 PM
Tahniah!
Baper tinggi dia?

Warga X cakap heols around 180cm.

vanillaninja Publish time 30-4-2024 08:17 AM

UTAR bukan uni mostly Chinese ke? Fluent ya BM heols. Tahniah!

blue_blur Publish time 30-4-2024 08:21 AM

syabas anak kl.... utar pulak tu yang orang cop lubuk bukan2... wataniah utar based kat kem wadieburn sebelah tu ke? .. rumah pun area situ..

otai_g Publish time 30-4-2024 08:52 AM

dua_chzy replied at 30-4-2024 07:06 AM
Komando lah. Kan ada dia kata nak jadik komando terus.

Sebelum ni barangkali akauntan sebab lulus ...

Maksud aku sblm dia join komando. Kalo ko da lulus kursus asas komando mmg automatik la ko jd fulltime komando. Mn ada komando part time.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024


ADVERTISEMENT