CARI-MAL Publish time 30-4-2024 10:55 PM

Polis tahan dua individu ceroboh hutan ditanam musang king di Raub

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/30/225538uyh80hezj11u1dng.png



RAUB – Polis menahan dua individu kerana menceroboh kawasan hutan yang ditanam durian musang king di sini hari ini.


Kedua-dua individu yang merupakan seorang wanita berusia 66 tahun dan seorang lelaki yang merupakan pekerja ladang itu ditahan kira-kira pukul 2 petang.


Kedua-dua individu berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat polis Daerah Raub untuk tindakan lanjut.


Susulan penahanan itu berlaku sedikit ketegangan apabila sekumpulan individu dipercayai pekebun musang king yang datang ke situ tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan.


Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd Shahril Abdul Rahman mengesahkan penahanan dua individu hari ini kerana menceroboh kawasan hutan berkenaan.


Sementara itu Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui berkata, individu yang ditahan merupakan seorang warga emas dan seorang pekerja ladang.


Jelasnya wanita warga emas berkenaan masuk ke kawasan berkenaan bagi mengambil barang yang ditinggalkan di situ.


Katanya, beliau telah bertemu dengan pihak polis bagi membincangkan untuk proses jaminan kedua-dua individu berkenaan.


Rabu lalu Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan semakan kehakiman yang difailkan 186 pekebun durian Raub bagi mengetepikan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan kerajaan Pahang terhadap mereka sebelum ini.


Selain itu Hakim Datuk Mohd Radzi Harun turut menolak semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri yang didakwa memberi pajakan dan hak penggunaan tanah kebun itu kepada syarikat Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.


Dalam masa sama hakim turut menolak permohonan pekebun untuk menyemak keputusan pemberian sub pajakan tanah kepada mereka dan kewajipan mandatori untuk menjual durian itu kepada satu-satu entiti yang dicalonkan oleh Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd.


Sumber : Kosmo

AnBulisia Publish time 2-5-2024 09:22 AM

bukan harta sendiri
tetap degil melawan
perintah mahkamah dah keluar
patuhlah

insulin Publish time 2-5-2024 09:26 AM

Mohon tanam periuk api dekat hutan tu. InsyaAllah, xde siapa yang nak masuk kawasansitu.

s@s@ Publish time 2-5-2024 10:08 AM

yang pekebun tu x kena pulak....

mojarean_X Publish time 3-5-2024 03:00 AM

Bosannya.....

felinecat Publish time 3-5-2024 05:32 AM

Ni yg mp dap beria marah ni.. Cuba kes perak tu, yg askar tu, pemimpin melayu diam je, hare betul

haruslah Publish time 3-5-2024 08:26 AM

felinecat replied at 3-5-2024 05:32 AM
Ni yg mp dap beria marah ni.. Cuba kes perak tu, yg askar tu, pemimpin melayu diam je, hare betul

Tu beza politician melayu vs non malay (esp type c)
Diorang backup padu

naina Publish time 3-5-2024 08:33 AM

Cina2 nila pencetus durian jual kilo. Dulu2 orang2 melayu jual longgok2 je..cina jual pun longgok. Sejak meluas durian jadi jual kilo.

shamsadis Publish time 3-5-2024 08:53 AM

https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRklW6AMOdpbRIxOuXOit8TNsUf439IQa3mynmncF_5kw&s

felinecat Publish time 9-5-2024 07:28 AM

shamsadis replied at 3-5-2024 08:53 AM


Ni lg kesian. Veteran tentera kot. 1 yb melayu xdak tolong

zorrro_03 Publish time 9-5-2024 09:40 AM

nampak takkk.mereka bawa geng mat....
Pages: [1]
View full version: Polis tahan dua individu ceroboh hutan ditanam musang king di Raub


ADVERTISEMENT