myra316 posted on 26-4-2011 01:06 AM

Toyota Innova Or Honda Stream Or MPV lain?

Salam....saya ada terfikir nak pakai kereta 7 seater ni...dari segi pembacaan dalam forum dan majalah2 serta sumber2 lain saya masih kabur...so nak mohon pandangan rakan2 forum ni...mana satu yang berbaloi...go for Innova or Stream...saya cari kereta 2nd hand...mungkin ada jenis2 yang lain....bajet bawah 80k je.  Agak2 boleh full loan ke? Berapa agaknya bayaran bulanan? Road tax? Fuel consumption?  Which one better....kalau 2nd hand tahun berapa kira2 ok...saya kira kereta yang tak kurang dari tahun 2005.

Wish saya dah survey tapi harganya terlalu tinggi...kalau murah plak...macam Nabira tu murah tapi kereta tu complicated sgt...libina kecik...exora tak berbaloi...kereta naza or Kia sama jugak...x berbaloi.

Ok....keluar topik sikit....Bagaimana pula kalau....car live CRV....walaupun bukan MPV...adakah lebih berbaloi dari beli Innova dan Stream?  Mohon pandangan dan kalau boleh berkongsi pengalaman....nak try pakai kereta besar sikit.

Alt-F4 posted on 26-4-2011 01:57 AM

Post Last Edit by Alt-F4 at 26-4-2011 01:58

haha.. myra.. sejak akhir2 ni.. ramai jugak org konflik mcm aku awai tahun hari tu.. ni aku cerita pengalaman aku la..

diharap forumner boleh baca tanpa prejudis.. ni atas penilaian aku yg natural.. takde memihak dan menyebelahi mana2 brand dan ingin hasilnya terbaik untuk keluarga aku..

aku ni bukan jenih brand fanatik.. apa yg aku rasakan praktikal dan terbaik.. itu yg akan jadi pilihan aku.. dan ini adalah ciri-ciri dan kriteria2 yg aku mesti consider pada kereta yg akan aku beli..

ni aku ikut turutan la..

1.tahan lasak..
2. fuel consumption..
3. engine and safety features..  
4. interior part.. design.. quality and color....
5. suspension..
6. soundproof..
7. second hand value..
8. handling..
9. design..

aku ada mention kat thread2 sebelum ni.. mengenai listed model .. maksud aku 7 seaters yg match dengan harga..

1. grand livina..
2. cherry eastar..
3. exora..
4. alza..
5. stream
6. innova..
7. estima
8. wish..
9. nazaria..
10. citra..
11. odeyysey lama..
12. rush..
13. mitsubishi airtrek..

ada beberapa model aku lupa la..

okey.. after shortlisted.. just 3 je melepasi pusingan kelayakan..

1. wish..
2. stream..
3. innova..

at last aku angkat innova.. sebab aircond dia menyeluruh.. other than that... wish and stream mmg leading innova..

okey cerita bab stream vs innova...

kita ambik yg sama range harga la.. stream 04-05 - innova 07 harga rm80k ... roughly la..

handling.. stream
fuel consumption .. stream ( sebab cc kecik.. body kecik.. )
design.. stream.. ( innova ka... tepuk dahi.. )
space... innova..
aircond.. innova..
reliable.. innova..
safety.. equal.. both ada abs.. airbag.. dan bla bla bla...
suspension.. stream..


okey.. nampak mcm sama berat.. atau berat kat stream sikit.. tp ada satu point kenapa stream kalah kat innova.. iaitu space..

selalunya org yg nak pakai 7 seaters ni.. sebab ahli keluarga dah bertambah.. atau nak bwk mak atau pak mentua ke.. atau sepupu ke.. bla bla bla..

tp tujuan utama org beli mpv adalah ruang.. bila main point is space.. automatic segala kriteria lain jatuh ke number yg seterusnya..

aku dah masuk stream.. dah test drive.. dah duduk third row stream.. begitu jugak wish..

bg aku la.. budak2 sesuai la dok belakang tu.. dengan aircond pun lambat sejuk.. ( sebab takde third row aircond.. model 2.0 ada.. tp over range budget limit.. ) ..

dan kebanyakan stream yg aku tgk kat used car.. ada masalah.. undercarriage.. lampu check engine menyala.. enjin leaking.. bunyi kasar.. eksiden tu jangan cakap la.. benda tu tak kira model la kan..

berbanding ketika aku survey toyota innova.. aku dah test drive innova daripada first model.. smpai la model tahun 08.. yg first model tahun 05 still fit.. takde undercarriage problem.. engine cun.. takde bekas leaking.. interior pun takde dimakan usia..

apa kesimpulan yg dapat di sini.. toyota innova lebih reliable drpd honda stream..

sebab... majority honda stream yg aku tgk.. test drive.. check enjin.. daripada 10 keta.. 8-9 bijik mesti kena leaking.. owner maybe dah repair.. tapi kesan leaking tu masih ada.. mata kena tajam la.. kalo nak tgk benda2 tu..

berbanding toyota innova.. daripada 10 yg aku test.. hanya 1 ada bekas leaking.. yg lain.. bukak bonet enjin.. nampak enjin toyota yg simple dan kemas.

okey camna nak select innova yg terbaik..

so aku akan tgk pada marking kilang pada engine.. marking kilang pada enjin hanya ada pada enjin yg tidak diusik sahaja.. maksud aku.. enjin tu takde masalah..

daripada 10 biji innova aku tgk.. ada 2 bijik still ada marking kilang.. satu tahun 2005 dan satu lagi tahun 2007 .. ajaib tak.. camna keta dah umo 6-7 tahun still ada marking kilang..

so daripada sudut reliable.. toyota innova dah menang.. sebab aku punya pesen.. beli keta takmau pening kepala.. malas nak repair2.. dah la beli pun puluh2 ribu.. nak kena repair pulak...

ada org cakap adat lah kalo beli keta sekenhen kena repair.. tp kalo boleh buat pilihan yg tepat berdasarkan kriteria2 tersebut.. korang boleh terselamat drpd repair bill yg berjumlah ribuan ringgit..

sebab tu la.. kebanyakan aku cari keta utk adik2 aku.. byk takde masalah.. kecuali keta bapak aku je.. aku langgar kriteria pemilihan keta aku.. tu pun sebab bapak dah berkenan.. aku dah cakap kata ada masalah design.. still nak beli.. and yes.. masalah tu sering melanda keta bapak aku..

so pd aku la.. utk pembeli keta sekenhen.. jangan tgk sangat pada brand.. cari kriteria yg sesuai utk kegunaan dan kemampuan diri sendiri.. design keta tak penting.. yg penting ketahanan kereta tu membuatkan kereta tu cantik..

dan satu lagi.. toyota innova ni secondhand value mmg tinggi.. keta yg aku beli tu.. harga rm80k.. ( sama bajet ngan tt.. ) .. bila aku submit loan.. bank cakap value innova aku tu rm93k.. ( tahun 2007 punya tu bai.. ) .. loan boleh masuk 90% drpd rm93k tu.. tp aku buat loan sikit je.. bayar muka lebih..

sebab aku tau.. kalo guna innova ni.. deposit aku boleh dpt balik kalo aku nak jual nanti..

AHMADVW posted on 26-4-2011 02:28 AM

VOTE FOR HYBRID POWERED CAR,\

newzahari posted on 26-4-2011 05:52 AM

vote for naza ria second hand...bwh 50 bleh dpt yg baru2 lagi....duit lebih buat maintainance....let say bajet dari 80k tu balance 40 - 45k...banyak tu bleh buat spare utk maintainance 10tahun pun blh tahan siap ada lebih lagi kot..........innova? huhu...u berkenan ke? orang kata kalau nak pakai kete jepun pun biar la pakai kete jepun yang ada jual kt jepun pun...jgn la pakai kete jenama jepun tapi buat kt thailand dah tu utk pasaran dunia ke 3 pulak tu...nampak sangat satu penghinaan utk kita...huhuhu...:sweat3::mad:

al-asil posted on 26-4-2011 07:44 AM

haha.. myra.. sejak akhir2 ni.. ramai jugak org konflik mcm aku awai tahun hari tu.. ni aku cerita p ...
Alt-F4 Post at 26-4-2011 01:57 http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif


marking kilang tu apa?

dan macamana nak kenal benda tuh?

mozaiakis posted on 26-4-2011 08:01 AM

innova pun ok apa luas ada third row aircond aku pernah duk belakang innova kat  traffic light pergh meriah anak owner tu dok main kat belakang kejap duk kat 2nd row kejap duk kat 3rd row bergegar2 innova tu tapi apa ada hak pakai chasis hilux tu hehehe,
steam erm.. memang 2nd hand value susah nak jatuh tapi space dia kecik..
exora pun 0k apa walaupun cc dia kecil dari segi comfort aku bleh jamin sebab aku pernah ikut member aku test drive penuh satu exora dengan org dewasa dalam 7 org badan besar2  pergh suspension jgn cita memang best duk kat third row takde bumping2 walaupun dah langgar bonggol ada third row aircond sejuk siot duk belakang tu.

paper pun tepuk dada tanya selera seluk poket hehehehe

Belimbingtm posted on 26-4-2011 08:53 AM

marking kilang tu apa?

dan macamana nak kenal benda tuh?
al-asil Post at 26-4-2011 07:44 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


    Baru nak tanya.......

hisyam5789 posted on 26-4-2011 09:08 AM

haha.. myra.. sejak akhir2 ni.. ramai jugak org konflik mcm aku awai tahun hari tu.. ni aku cerita p ...
Alt-F4 Post at 26-4-2011 01:57 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   wah...info yang menarik.....memang persoalan TT ni bnyak menjadi persolalan forumer lain..thanks Alt-f4 bg penjelasan yang amat berharga..tp saya perasan Alt-f4 ada senaraikan estima sebagai short list pertama..leh Alt-f4 cerita kenapa dia terkeluar carta?

zzcbr posted on 26-4-2011 09:13 AM

aku sejak ikut tulisan Tuan Alt-F4 pasal innova terus jatuh hati dengan inova ni. Aku pun sedang mencari kereta/kenderaan yg lasak plus beruang besar. Inova ni nampak sgt cucuk dengan criteria yg aku hendak.... besar, teguh dan keras:$ Aku tak kisah ropa dia yg tak sporty, chasis hiluk ke, chasis lori balak ke, asal dia boleh jadi fun family car for outing...boleh isi bag boat seahawk, bag tent for 8 org, peralatan memancing, camping table, etc.:$:$ kete ni memang sesuai lah dengan apa yg aku bayangkan utk digunakan nanti. kalau nak merempit sorang2, aku bawak Golf GTi, kalau nak dating ngan bini, aku bawak c200k, kalau nak gi :loveliness:mengayat mak janda anak 5, aku bawak le inova

Alt-F4 posted on 26-4-2011 10:40 AM

innova pun ok apa luas ada third row aircond aku pernah duk belakang innova kat  traffic light pergh ...
mozaiakis Post at 26-4-2011 08:01 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   yeap.. exora dan innova hampir2 sama.. cuma exora kalah kat power je.. handling dan suspension mmg mantap.. itulah kelebihan proton aku takleh nafikan.. features pun lebih berbanding innova..

Alt-F4 posted on 26-4-2011 10:44 AM

wah...info yang menarik.....memang persoalan TT ni bnyak menjadi persolalan forumer lain..t ...
hisyam5789 Post at 26-4-2011 09:08 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   okey.. aku ada pengalaman bwk estima tahun 03-04 punya model.. tu abg aku punya la..
aku pernah bwk long distance.. short distance estima tu.. actually estima pun good car.. cuma fuel consumption dia takleh tahan wo.. lagi pun 2.4 tu underpower.. body bosau.. enjin tocit.. pastu dia punya enjin belum vvti lagi.. maksudnya enjin dia injection biasa aje..

handling pun so-so aje.. tp looks mmg gempak.. interior semua cantik..

but innova.. value for money..

hisyam5789 posted on 26-4-2011 10:50 AM

okey.. aku ada pengalaman bwk estima tahun 03-04 punya model.. tu abg aku punya la..
aku  ...
Alt-F4 Post at 26-4-2011 10:44 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   oh..mcm tu..best ler Alt F4 ni..peramah...sudi kongsi idea dan pengalaman...{:1_132:}{:1_132:}{:1_132:} ...

Alt-F4 posted on 26-4-2011 11:32 AM

Post Last Edit by Alt-F4 at 26-4-2011 11:41

Baru nak tanya.......
Belimbingtm Post at 26-4-2011 08:53 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   marking kilang ni selalunya ditanda dengan marker di atas part2 enjin.. jika tanda marker tu terusik.. maksudnya benda tu telah dibuka atau diganti baru..
ni aku punya enjin la.. maap le.. belemoih sikit.. almaklum lah keta baru beli.. kira nak guna bejalan aje.. hehe

http://img.photobucket.com/albums/v382/serindu/IMAG0023-2.jpg


http://img.photobucket.com/albums/v382/serindu/IMAG0024-1.jpg

ni marking aircond dengan abs brake punya.. so far mmg takde masalah ..

ada lagi aku snap.. tp nak upload lambat sgt.. tp ni la standard kilang punya marking.. ada bersepah lagi marking kat enjin tu.. pandai2 le korang tgk..

danedzya posted on 26-4-2011 07:36 PM

Ada satu lagi MPV yg korang terlepas pandang...Fiat Ulysse..member aku baru angkat 2nd...tahun 2005 RM60k...condition & features memang superb...penyakit2 lain belum mai lagi...heh!heh!

mozaiakis posted on 26-4-2011 08:12 PM

akak ofis aku beli honda Insight pergh boleh pinjam ni.. oppsss salah topik plak sorry :$

myra316 posted on 27-4-2011 01:15 AM

Post Last Edit by myra316 at 27-4-2011 01:23

Thanks for the info....Innova ada jumpa tapi belum tgk lagi la betul2...

Nak tanya korang....kalau Nabira ok tak?  Apa komen korang ttg kereta ni?  Mana2 yang pernah pakai kereta ni...memang tak seluas Innova tapi ruang ok la dan harga murah....cuma aku takut ada problem besar pasal maintenance kereta ni since dia complicated dengan benda2 elektronik.

Serena pulak macam mana?  Aku tgk kat mudah kereta ni ok jugak la harganya...Serena yg model highway star.

Alt-F4 posted on 27-4-2011 03:23 AM

Post Last Edit by Alt-F4 at 27-4-2011 03:26

Thanks for the info....Innova ada jumpa tapi belum tgk lagi la betul2...

Nak tanya korang....kala ...
myra316 Post at 27-4-2011 01:15 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   nabira.. pendapat aku la yg tak berapa reti ni.. disebabkan dia keluaran chevloret drpd amerika.. general motor kot nama kompeni ni.. dia punya sparepart maybe ada.. tp mahal sikit.. tahap reliable pun tidak diketahui..
so utk risiko pembelian kereta sekenhen bg aku tak berbaloi la utk diambil.. ni pendapat aku je la.. apa2 pun terpulang pada tt la..

beli tu satu perkara dah.. nak menten pun satu perkara yg lain perlu pertimbangan..
chevrolet.. secondhand value hancus.. once dah beli.. anggap je la pakai smpai reput.. sebab susah nak jual.. sebab tu harga murah..


utk nissan serena.. bg aku mmg cun.. kriteria semua okey.. cuma tahun je la lama.. so bila dah lama ni.. kena cerewet pilih.. kena cari kereta yg owner lama under utilise.. low milage.. handle with care.. mmg berbaloi utk diambil..

tp nak mencari tu.. seksa woo..

mizahanan posted on 27-4-2011 06:04 AM

Post Last Edit by mizahanan at 27-4-2011 06:06

807 secondhand.. buat jln wiken jer.. bwh 80k

myra316 posted on 27-4-2011 09:08 AM

mungkin betul...chevrolet mungkin susah nak dapat sparepart murah....sebab tu harga kereta ni murah.

jofizo posted on 27-4-2011 10:11 AM

beli mpv sebab utama nak space........ setakat nih yg paling besar utk space adalah innova la....... kalau yg besar lagi angkat starex....

lindasam posted on 27-4-2011 10:35 AM

alt. u penah bw serena tak? bole citer kelebihan n keburukan dia sbb hubby minat serena me plak mmg minat n pas baca info yg sgt infomatif dr u nk angkat innova. kalu x silap serena ni recon...so kna consider 5 thn di jepun sblm reg. kat mesia. berbanding innova yg bukan recon meaning enjin baru. betul ker pemikiran ku ini? tlg btl kn kalu salah. i really need bigger 'car' since anak 3 org boy yg sgt lasak n sker gado2 manja...

mozaiakis posted on 27-4-2011 01:41 PM

serena kalo pengalaman naik kenderaan jabtan yg merupakan nissan serena higway star tahun 2003 kot dari comfortable memang comfort.. aircond sejuk sampai belakang layan higwat karak mantap tapi driver jabatan la yg bawa bukan aku hahahaha.. dia punya pergi pun ok tapi minyak sakit skit lagi pasal enjin 2.0 . enjin dia SR20 kod yg sama ngan silvia ngan pulsar cuma takde turbo je hehehe.. space memang besar kalo anak2 memang best la bergerak sana-sini bleh wat playground

paper tepuk dada tanya selera seluk poket hehehe

myra316 posted on 27-4-2011 02:17 PM

Guys....apa opinion korang tentang Chery Easter?

kched posted on 27-4-2011 03:23 PM

aku pakai innova....so far aku bersetuju dengan Alt-F4....masa sebelum dapat Innova tuh, aku dah siap bayar booking utk wish. Tapi ada lah komplikasi sket kat situ, sampai kena kelepet dengan tokey kedai tuh, so aku beralih kepada innova. Sebab2nya adalah seperti berikut:
                              
                                                        KELEBIHAN

1- Aku ni anak ada 2 orang jer. Yg kecik baru 5 bulan, paling tua pun dalam 6 tahun. Tapi memandangkan barang2 baby ni mengalahkan orang yang berpindah-randah time lari dari bayar sewa rumah, so aku amek Innova sbb bonet besar..kalau Wish, nak letak stroller baby pun dah penuh. Beg baby lagik? Beg yg eldest tuh lagik? Beg aku lagik? Beg wife aku lagik? Memang tak muat kalau Wish...:L. So, Innova ni leh susun semer tuh, tanpa melipat 3rd row seater tuh...:$

2- Aku ni suka kenderaan yang tinggi. Kalau bawak time hujan tuh, rasa confident & safety sket, langgar lopak air pun tak bergegar. Kalau bawak ramai2, full house, tak da lah yang mengumpat, sempit lah, pick up lembap lah..Kiranya kalau jadik driver, memang cemburulah tgk passengers especially kalau semer orang sedap tidor, kita sorang jer drive layan lagu. ;P

3- Handling memang kurang sket kalau nak bandingkan dengan Wish..kalau driver rasanya, tak terasa sgt time corner ke etc. Tapi passenger belakang, kalau naik tak ramai, dia akan rasa badan tuh bergoyang lebey sketlah. Kalau naik ramai2, full house tak terasa sangat..Paling koman pun, berselisih2 bahu jer...

4- Engine 2.0 VVTi boleh diharapkan bila naik bukit tinggi...Tak tersengguk2 atau tersangkut. Kalau AT, tak dgr sangat gear tuh tukar kecuali kalau kita tertekan minyak lebey sket, then gear transition akan bunyik macam mengaum...But this is depend on how we accelerate...
                                                                                                                 
                                                            KEKURANGAN

5- Dari segi rupa memang huduh kalau nak dibandingkan dengan Wish atau Estima etc etc..Aku masa mula2 bawak dulu, orang ingat pakai keter orang tua mana entah sbb selalunya Innova ni orang yg anak2 ramai atau yang dah besar2 jer selalu bawak. Tgk aku nyer gaya cam budak2:$..so, nampaklah cam keter pinjam..;P

6- Kalau nak menyelit, susah sket bagi aku sbb keter2 rendah selalu tak bagi aku mencelah masuk bila tgh2 traffic jam i.e Jalan Kuching during peak hours..sebab tinggi bebenor gamaknya:L....Atau pemanduan aku berhemah sgt ker, tak taulah...;P

So, TT disarankan membeli MPV yang seperti aku sekiranya mementingkan keluasan, ketinggian, kelebaran, daya pecutan & kedinginan air cond yang sampai ke hujung kaki...uhuhuhuhu..

Alt-F4 posted on 27-4-2011 05:40 PM

Guys....apa opinion korang tentang Chery Easter?
myra316 Post at 27-4-2011 14:17 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


   cherry ni keluaran china.. guna enjin mivec 2.0 .. aku tak pernah bwk.. cuma pernah masuk.. duduk2 je..
interior mmg cun bg aku.. design keta mmg cun.. secondhand value kureng.. tp drpd segi reliability aku taktau nak cakap la.. satu lagi risiko yg perlu ditanggung oleh bakal owner..
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full: Toyota Innova Or Honda Stream Or MPV lain?