melati00 posted on 12-6-2011 10:00 PM

Arthiritis & Rheumatism

Assalamualaikum,

Saya mengalami kejang di jari-jari tangan kedua-dua belah tangan di waktu malam.  Kemudian ianya naik ke siku dan ke bahu. apabila terjadi jari saya tak boleh menggenggam sakit.. Hasil perjumpaan dengan doktor baru-baru ini doktor suspect kemungkinan saya menghidapi penyakit diatas.  W/b/p saya akan berjumpa dengan doktor pakar bulan depan bagi menentukan kebenarannya.   

Saya ingin bertanya ada tak sesiapa disini yang tahu atau mengidap penyakit ini yang boleh share dengan saya pengalaman apa yang patut dibuat ..contoh makanan yang sesuai, apa yang perlu dielakkan dan selain dari ubat hospital ada tak ubat tradisional yang boleh diambil.  Harap2 ianya tidak benar dan bersifat sementara.  Jika terjadi sekurang-kurangnya saya telah membuat persiapan menghadapinya.

anuar posted on 13-6-2011 01:11 AM

sakit ni menyerang sendi..ubat dadah digunakan utk menghilangkan simtom sakit je.saya tahu penawarnya.ia semula jadi.bukan dadah steroid..

anuar posted on 13-6-2011 01:12 AM

saya mengalami athritis dibahagian sendi bahu...

sudutgamat posted on 13-6-2011 06:26 AM

cuba herba eaziflex

melati00 posted on 13-6-2011 03:33 PM

Reply 2# anuar

Oh awak pun kena ke.. camne sekarang ni awak dah baik...ubat apa yang awak makan share kat saya leh...ada kawan tu bagi saya monavi cuba la katanya..

Ialah selain ubat doktor saya cuba gak la ubat-ubat lain manalah tau sana sikit sini sikit mungkin boleh sembuh kan.

melati00 posted on 13-6-2011 03:36 PM

Reply 4# sudutgamat


Kat mana boleh dapat Sudut... ada pantang larang tak kalau makan ubat tu......cam doktor tak jadi bagi saya Viartril-S sebab saya elergik ngan seafood.

sudutgamat posted on 13-6-2011 07:11 PM

EAZIFLEX diperbuat dari 100% herba semulajadi.

Elakkan dari makanan seperti ketam dan udang. Juga sayuran kekacang seperti kacang buncis, soya.

carpet posted on 14-6-2011 01:54 AM

rheumatoid arthritis...sejenis penyakit radang sendi yang kronik
selalunye lebih banyak dalam golongan wanita yang umurnye around 30-50
sebab sebenar penyakit ni x jelas..cume ada kaitan dengan sistem immuniti dlm badan + genetic role seseorang..

biasanya sakit pada pagi hari dalam setengah jam gitu dekat sendi2 kecil cth jari2 tgn n jari kaki..
sendi tu mungkin jugak bengkak..
selain tu, dalam masa yg sama, pesakit mungkin jugak mengalami demam2, mudah penat, mulut kering, gatal mata..

biasanya doktor boleh confirmkan penyakit ni tanpa kene buat apa2 test, tp kalau nak confirmkan lagi, mungkin doktor akan mintak buat ujian darah, Xray, n ujian sample drpd cecair sendi..

untuk rawatan...secara medik nya, penyakit ni x boleh disembuhkan sepenuhnya (kita cume boleh control dia je, kurangkan sakit dan sebagainya, kene stick to the medicine yang doktor prescribe...selain tu, pesakit dinasihatkan berhenti merokok (kalau ada ahli keluarga yang merokok pun, nasihatkan berhenti merokok, sebab effect kepada pesakit x elok, merokok menyakitkan yang sihat, memburukkan kesihatan yang sakit, dan membunuh yang masih ingin hidup)..

melati00 posted on 15-6-2011 04:35 PM

Reply 8# carpet

Tq carpet, itu lah  yang saya alami tapi sakitnya diwaktu malam bila terjaga tu dah terasa jari-jari tak boleh dibengkokkan.  Doktor beri saya selain ubat untuk disapu di bahagian sendi jari saya juga diminta makan Viartril masalahnya saya elergik ngan ketam.  Memang betul  dibahagian pangkal mata saya juga gatal-gatal.  

Doktor juga suruh saya ambil beras isi dalam besen letak air suam dan ramas beras..saya buat lega la sikit pas tu jadi balik.

akai/11 posted on 15-6-2011 11:07 PM

kawan sy ade yg kena gak penyakit ni. doktor suh dia pantang makan sebulan dan ambil ubat apa tah appeton ke apa lupa lak. skrg dia dh ok dr dulu.
apa yg penting slain drpd ambil ubat doktor, kena jaga makan :D

melati00 posted on 16-6-2011 06:03 PM

Reply 10# akai/11


Pantang sebulan .... kawan awak tu pantang makan yang macammana boleh share...........
Ada orang kata tak boleh makan benda-benda yang masam........
Bangun tidur pagi tadi tangan saya tak rasa apa-apa kalau dicubit pun tak rasa....tapi lepas tu ok la balik cuma ambil masa agak lama la.....

kairizal posted on 18-7-2011 11:57 AM

hmmm saya ader gak kena sakit mcm nih... boleh dikatakan hampir 10 tahun dah .. pada awal awal kena mmg payah sebb tak tau sakit aper.. dh pergi jumpa dr sumer tp suma x pasti sakit apa... so saya decide x leh sangat nk bergantung kt dr so saya cuba la pendekatan sy sendiri...
2-3 tahun awal asik sumbat pain killer jeh.... sebab sakit nyer tak tertanggung kalau kena, awal awal dulu leh dikatakan kerap jadik kt jari tangan ngn kakai biler bangun pagi..
so bermulalah era saya melawan sakit nihhhh, dan apa yang saya buat :-
1: 4-5 kali seminggu saya akan berlari kurang kurang 5km, dalam larian tersebut kalau boleh alihkan tekanan dari tempat yang selalu sakit tuh, cth nya banyakan lari guna kekuatan betis dan peha dr tekan jari kaki.. Selepas habis berlari saya akan membuat senaman jari, selalunya saya akan ambil masa dlm 1-20 min selepas tamat larian, aper yang saya buat cuma kembangkan jari, tegangkan jari tapi jangan mebegkok bengkokkan jari.. sebb sakit cmm nih selalu terjadi kalau kita banyak guna sendi..

hampir dalam 4-5 tahun awal ketika sy mula berlari, bleh dikatakan agak kerap saya mendapat sakit sendi nih,, kat jari tangan, kadang sendi lutut, kerap jugak kt pinggul dan jari kaki, so sy terpaksa la telan pain killer kalau dh x tahan sgt

aktiviti harian pula sy kurangkan wat kerja kerja kasar, yang mana saya rase akan sebabkan jari sy sakit, saya tak akan buat ataupun buat dengan cara yang amat perlahan..

cara tido sy pun dh berubah,kalau dulu   sy suka tido gengamkan jari or tindih jari bawah bantal kepala,dan sekrg sy lebih tido ngan cara merengkan kan kesume sendi saya..

supplement yang saya ambil, hmm mcm mcm susah dh nk sebut, mcm minyak ikan kod, bertahun-2 sy makan, glusomin and chondoitrin , minyak kelapa dara Biovco yang mana saya masih lagi terus menerus makan kesume supplement ini.. ader jugak sesekali saya makan sup lutut lembu, disedut air dlm lutut lembu tuh. hmmm nampak jugak ader kesan baiknya.. tp x pasti la dr segi clinical..

pemakanan, sy kawal jugak, kalau makan sefood tuh sy mmg hati hati sangat... stil makan tp kuantiti mmg x la sampai puas....

so .. aper  kesan kesan dr cara aktiviti dan amalan saya ?

gejala sakit sendi berkurangan dari kerap terjadi setiap bulan ( 6-7 kali serangan ) kepada < 2-3 serangan setahun, alhamdulliah tahun nih lum kena lagi sakit kt jari.. cuma lutuh jeh ader 1-2 kena, sakit kt pinggul hampir 6 tahun dah x terjadik

Jap saya nk pi lunch ader masa saya sambung

hyldia posted on 22-7-2011 03:27 PM

info yg berguna utk dikongsi bersama...tq...{:1_138:}

zaharzainal posted on 1-8-2011 01:33 AM

Reply 1# melati00


   
Artritis adalah penyakit radang pada sendi atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, kekerasan pada sendi dan pembengkakan. Terdapat lebih daripada 100 jenis penyakit artritis.
Artritis yang paling kerap dihidapi ialah osteoartritis yang berpunca daripada pemusnahan tisu rawan pada sendi. Antara rawatan untuk osteoartritis adalah penggunaan aspirin dan terapi magnet.
Artritis reumatoid lebih kerap dihidapi oleh wanita berbanding lelaki. Artritis gout pula lebih kerap dihidapi oleh lelaki dan berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi. Artritis gout dapat diwarisi dan diturunkan dalam keluarga. Cara rawatan artritis gout adalah dengan menggunakan kolkisin dan allopurinol. Sila layari
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=218268281545461&set=a.218266541545635.52689.218247431547546&type=1&theater

Dr.B17 posted on 7-9-2011 04:55 PM

salam,
Kalau Arthritis , ubat yang ada cuma 'ubat penahan sakit' saja! ataupun bila tahan sakit tak jalan dr akan bagi steroid!
Dr pakar pun sama juga modal dia ubat tahan sakit saja.
Untuk merawat dicadangkan dengan RAWATAN PROLOTHERAPY
Info lanjut, sila lihat: www.prolotherapy.my:doh3:

AinunMardhiah posted on 4-10-2011 05:49 PM

Assalamualaikum, i was diagnosed with RA in 2004. Mula mula kena macam tulah bangun pagi kaki sakit nak pijak dan jari jemri kejang tak boleh nak bukak pagi pagi. Makan ubat hospital hampir 2 tahun dan makan macam macam supplement ... rasa macam putus asa juga .. tapi tulah Allah dan duga macam ni kena juga muhasabah diri ..

Alhamdulillah, selepas 3 tahun sampai sekarang dah langsung tak makan ubat hospital. Saya cuma mengamalkan madu asli awal pagi sebelum makan benda lain dan jadikan Al Quran sebagai penawar.. selain jangan meninggalkan solat dan banyak berdoa InshaAllah ..Allah menurunkan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan ..

aaly posted on 23-10-2011 11:07 PM

Reply 1# melati00
Saya ada penyelesaian utk Arthiritis & Rheumatism ...hanya perlu 1 terapi (1-2 bulan).Sila Hubungi saya, 016-9588 653, Ms Tai. Terima Kasih.

khg posted on 30-10-2011 08:00 AM

sy kena arthritis,, tapi bukan rheumatoid. tapi gout.. dah dekat 10 tahun. sakit tu x leh hilang sbb function kidney dah disable.. cuma blh control dgn cara pemakanan, sukan, dan amik ubat cuci darah kat sepital..

ellyra posted on 30-10-2011 10:52 PM

Assalamualaikum....

JUS AJAIB BOLEH SEMBUHKAN PENYAKIT KRONIK...

Saya ingin berkongsi maklumat dgn anda semua yg mana pada bulan lepas anak buah ada dtg berjumpa saya memberitahu bahawa dia dah sembuh dari resdung yg teruk yg mana jerawat2 batu tumboh di sekeliling muka, sekarang dah licin. Katanya minum JUs jer lepas tu sapu kat muka...mujarab sgt2...bapanya yg gout & darah tinggi pun dah pulih...pelik tapi benar..suami pada mulanya susah nk pecaya, dugaan dari Allah minggu pertama hari raya yg lalu, muka suami saya tiba2 dijangikiti kuman & menjadi bengkak & bernanah teruk...ubat minum & sapu klinik x bole jalan...last2 saya suruh dia minum JUS MONAVIE dan sapu pada muka...dlm masa 2 hari bengkak dah surut dan nanah dah kering....alhamdulillah...

Mcm2 lagi yg saya dengar.,,,ada yg buta sebab kencing manis pun boleh melihat semula selepas minum 12 botol....dramatis 80an, NORMALA OMAR...ada keluar kat UTUSAN MALAYSIA....

JUS MONAVIE mengandungi khasiat vitamin C, antioxidant (anti penuaan) paling tinggi d dunia, campuran 18 buah2an + acai berry dari bumi Amazon....

Fakta, ramai di kalangan kita kurang mengambil sayur & buah2an sebagai menu wajib harian mereka. Inilah punca2 kenapa ramai di kalangan kita mengidapi pelbagai penyakit. Apabila vitamin C kurang dlm badan, maka byklah radikal bebas dlm badan dan mematikan byk sel2 sihat.

JUS MONAVIE adalah sesuai untuk semua peringkat umur, sesuai dgn gaya hidup sibuk masing2. Kandungan botol 750ml. Cuma minum 20ml atau 30ml, pagi & petang.

Bagi yg ada masalah ulser ke, sakit kulit ke, jerawat ke...lepas minum sapu dimuka...
Insya-Allah, mujarab......

Pn Suhaili 012-4666639

hubbysr posted on 7-2-2012 10:30 AM

Post Last Edit by hubbysr at 7-2-2012 10:31

Salam semua..
InsyaAllah sya ada ekstrak celery utk membantu dlm merawat penyakit Arthritis/Rheumatoid nie.. produk nie 100% di ekstrak dri batang celery, sesuai utk merawat penyakit nie.. dlm bentuk serbuk, cuma tmbah air n minum.. InsyaAllah boleh merawat...
berminat boleh call 019-9362993.. kos hanya RM300 sebotol...
http://img62.imageshack.us/img62/8888/ekstrakcelery.jpg

arnauld posted on 7-2-2012 04:36 PM

contact Atok ni, Hj Jaafar. 30 minit terapi percuma jer.
Seri Harum
012 287 3834
Taman Seri Andalas
41200 Klang

melati00 posted on 8-2-2012 07:31 PM

Terima kasih pada semua yg memberikan pandangan dan cadangan.  Mula mula kena dulu jari tangan lepas tu 2 bulan yg lepas pinggang dan belakang saya pula terlalu sakit especially bila tengah malam dan bangun tidur.  Pinggang rasa macam nak patah. Sembahyang tak boleh ruku' hanya kepala jer yg boleh ditundukkan.   Hasil dari xray doktor kata tulang belakang saya yg last macam tertarik sikit tu yg sakit tu.  Doktor suruh makan pain killer untuk 10hari kalau sakit lagi saya kena buat bone scan sebelum MRI.  Doktor takut kalau2 kanser tulang.  Tapi dari simpton yg ada doktor kata kemungkinan saya kena Arthritis.

Saya makan pain killer 3 hari jer dan sakitnya berulang.  Atas rekomen kawan saya pergi berubat dengan sorang pakcik di Tangkak Johor. Alhamdulillah sakit ditulang belakang dan pinggul  tu hilang, saya boleh tidor lena dan bila bangun pagi tinggal sengal-sengal jer.  Sekarang saya dah ok cuma jari tangan jer yg sakit lagi bak kata pakcik tu sakit yg dah agak lama kena lama sikit la baru sembuh.

melati00 posted on 8-2-2012 07:36 PM

Reply 23# arnauld


Pakcik ni buat terapi camne yea Arnauld.  InsyaAllah saya akan simpan alamatnya sebab dekat sikit kan dan lagi boleh rekomen kat kawan-kawan lain. Tak larat makan pain killer.  Bone scan dan MRI memang menakutkan saya...

arnauld posted on 9-2-2012 07:19 AM

Reply 25# melati00

macam2 ada, hujung bulan ni masuk TV...

melati00 posted on 9-2-2012 10:04 AM

Reply 26# arnauld


TV berapa, tarikh dan masa? hehe banyak soal pulak ya...

Saya bukanlah tak suka berubat di hospital, selama hari ni memang hospital lah yang saya pergi tapi saya dah tak larat sesangat dah nak telan ubat-ubat, xray, ct scan sema saya dah buat saya pernah masuk wad sebelum ni tapi sakit lain la... dan sekarang saya kena buat lagi benda2 tu ermmmm...jadi bila kawan minta cuba cara tradisional why not? lagi pun x salah mencuba kan.. Minggu depan saya akan jumpa dr lagi jadi saya tak perlulah buat bone scan...sebab dah tak sakit..
Page: [1] 2
View full: Arthiritis & Rheumatism