CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 18638|Reply: 45

Arthiritis & Rheumatism

[Copy link]
Post time 12-6-2011 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Saya mengalami kejang di jari-jari tangan kedua-dua belah tangan di waktu malam.  Kemudian ianya naik ke siku dan ke bahu. apabila terjadi jari saya tak boleh menggenggam sakit.. Hasil perjumpaan dengan doktor baru-baru ini doktor suspect kemungkinan saya menghidapi penyakit diatas.  W/b/p saya akan berjumpa dengan doktor pakar bulan depan bagi menentukan kebenarannya.   

Saya ingin bertanya ada tak sesiapa disini yang tahu atau mengidap penyakit ini yang boleh share dengan saya pengalaman apa yang patut dibuat ..contoh makanan yang sesuai, apa yang perlu dielakkan dan selain dari ubat hospital ada tak ubat tradisional yang boleh diambil.  Harap2 ianya tidak benar dan bersifat sementara.  Jika terjadi sekurang-kurangnya saya telah membuat persiapan menghadapinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2011 01:11 AM | Show all posts
sakit ni menyerang sendi..ubat dadah digunakan utk menghilangkan simtom sakit je.saya tahu penawarnya.ia semula jadi.bukan dadah steroid..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 01:12 AM | Show all posts
saya mengalami athritis dibahagian sendi bahu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2011 06:26 AM | Show all posts
cuba herba eaziflex
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 03:33 PM | Show all posts
Reply 2# anuar

Oh awak pun kena ke.. camne sekarang ni awak dah baik...ubat apa yang awak makan share kat saya leh...ada kawan tu bagi saya monavi cuba la katanya..

Ialah selain ubat doktor saya cuba gak la ubat-ubat lain manalah tau sana sikit sini sikit mungkin boleh sembuh kan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2011 03:36 PM | Show all posts
Reply 4# sudutgamat


Kat mana boleh dapat Sudut... ada pantang larang tak kalau makan ubat tu......cam doktor tak jadi bagi saya Viartril-S sebab saya elergik ngan seafood.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2011 07:11 PM | Show all posts
EAZIFLEX diperbuat dari 100% herba semulajadi.

Elakkan dari makanan seperti ketam dan udang. Juga sayuran kekacang seperti kacang buncis, soya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2011 01:54 AM | Show all posts
rheumatoid arthritis...sejenis penyakit radang sendi yang kronik
selalunye lebih banyak dalam golongan wanita yang umurnye around 30-50
sebab sebenar penyakit ni x jelas..cume ada kaitan dengan sistem immuniti dlm badan + genetic role seseorang..

biasanya sakit pada pagi hari dalam setengah jam gitu dekat sendi2 kecil cth jari2 tgn n jari kaki..
sendi tu mungkin jugak bengkak..
selain tu, dalam masa yg sama, pesakit mungkin jugak mengalami demam2, mudah penat, mulut kering, gatal mata..

biasanya doktor boleh confirmkan penyakit ni tanpa kene buat apa2 test, tp kalau nak confirmkan lagi, mungkin doktor akan mintak buat ujian darah, Xray, n ujian sample drpd cecair sendi..

untuk rawatan...secara medik nya, penyakit ni x boleh disembuhkan sepenuhnya (kita cume boleh control dia je, kurangkan sakit dan sebagainya, kene stick to the medicine yang doktor prescribe...selain tu, pesakit dinasihatkan berhenti merokok (kalau ada ahli keluarga yang merokok pun, nasihatkan berhenti merokok, sebab effect kepada pesakit x elok, merokok menyakitkan yang sihat, memburukkan kesihatan yang sakit, dan membunuh yang masih ingin hidup)..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2011 04:35 PM | Show all posts
Reply 8# carpet

Tq carpet, itu lah  yang saya alami tapi sakitnya diwaktu malam bila terjaga tu dah terasa jari-jari tak boleh dibengkokkan.  Doktor beri saya selain ubat untuk disapu di bahagian sendi jari saya juga diminta makan Viartril masalahnya saya elergik ngan ketam.  Memang betul  dibahagian pangkal mata saya juga gatal-gatal.  

Doktor juga suruh saya ambil beras isi dalam besen letak air suam dan ramas beras..saya buat lega la sikit pas tu jadi balik.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2011 11:07 PM | Show all posts
kawan sy ade yg kena gak penyakit ni. doktor suh dia pantang makan sebulan dan ambil ubat apa tah appeton ke apa lupa lak. skrg dia dh ok dr dulu.
apa yg penting slain drpd ambil ubat doktor, kena jaga makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2011 06:03 PM | Show all posts
Reply 10# akai/11


Pantang sebulan .... kawan awak tu pantang makan yang macammana boleh share...........
Ada orang kata tak boleh makan benda-benda yang masam........
Bangun tidur pagi tadi tangan saya tak rasa apa-apa kalau dicubit pun tak rasa....tapi lepas tu ok la balik cuma ambil masa agak lama la.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2011 11:57 AM | Show all posts
hmmm saya ader gak kena sakit mcm nih... boleh dikatakan hampir 10 tahun dah .. pada awal awal kena mmg payah sebb tak tau sakit aper.. dh pergi jumpa dr sumer tp suma x pasti sakit apa... so saya decide x leh sangat nk bergantung kt dr so saya cuba la pendekatan sy sendiri...
2-3 tahun awal asik sumbat pain killer jeh.... sebab sakit nyer tak tertanggung kalau kena, awal awal dulu leh dikatakan kerap jadik kt jari tangan ngn kakai biler bangun pagi..
so bermulalah era saya melawan sakit nihhhh, dan apa yang saya buat :-
1: 4-5 kali seminggu saya akan berlari kurang kurang 5km, dalam larian tersebut kalau boleh alihkan tekanan dari tempat yang selalu sakit tuh, cth nya banyakan lari guna kekuatan betis dan peha dr tekan jari kaki.. Selepas habis berlari saya akan membuat senaman jari, selalunya saya akan ambil masa dlm 1-20 min selepas tamat larian, aper yang saya buat cuma kembangkan jari, tegangkan jari tapi jangan mebegkok bengkokkan jari.. sebb sakit cmm nih selalu terjadi kalau kita banyak guna sendi..

hampir dalam 4-5 tahun awal ketika sy mula berlari, bleh dikatakan agak kerap saya mendapat sakit sendi nih,, kat jari tangan, kadang sendi lutut, kerap jugak kt pinggul dan jari kaki, so sy terpaksa la telan pain killer kalau dh x tahan sgt

aktiviti harian pula sy kurangkan wat kerja kerja kasar, yang mana saya rase akan sebabkan jari sy sakit, saya tak akan buat ataupun buat dengan cara yang amat perlahan..

cara tido sy pun dh berubah,kalau dulu   sy suka tido gengamkan jari or tindih jari bawah bantal kepala,dan sekrg sy lebih tido ngan cara merengkan kan kesume sendi saya..

supplement yang saya ambil, hmm mcm mcm susah dh nk sebut, mcm minyak ikan kod, bertahun-2 sy makan, glusomin and chondoitrin , minyak kelapa dara Biovco yang mana saya masih lagi terus menerus makan kesume supplement ini.. ader jugak sesekali saya makan sup lutut lembu, disedut air dlm lutut lembu tuh. hmmm nampak jugak ader kesan baiknya.. tp x pasti la dr segi clinical..

pemakanan, sy kawal jugak, kalau makan sefood tuh sy mmg hati hati sangat... stil makan tp kuantiti mmg x la sampai puas....

so .. aper  kesan kesan dr cara aktiviti dan amalan saya ?

gejala sakit sendi berkurangan dari kerap terjadi setiap bulan ( 6-7 kali serangan ) kepada < 2-3 serangan setahun, alhamdulliah tahun nih lum kena lagi sakit kt jari.. cuma lutuh jeh ader 1-2 kena, sakit kt pinggul hampir 6 tahun dah x terjadik

Jap saya nk pi lunch ader masa saya sambung
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2011 03:27 PM | Show all posts
info yg berguna utk dikongsi bersama...tq...
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2011 01:33 AM | Show all posts
Reply 1# melati00


   
Artritis adalah penyakit radang pada sendi atau tisu sendi yang menunjukkan gejala kesakitan, kekerasan pada sendi dan pembengkakan. Terdapat lebih daripada 100 jenis penyakit artritis.
Artritis yang paling kerap dihidapi ialah osteoartritis yang berpunca daripada pemusnahan tisu rawan pada sendi. Antara rawatan untuk osteoartritis adalah penggunaan aspirin dan terapi magnet.
Artritis reumatoid lebih kerap dihidapi oleh wanita berbanding lelaki. Artritis gout pula lebih kerap dihidapi oleh lelaki dan berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi. Artritis gout dapat diwarisi dan diturunkan dalam keluarga. Cara rawatan artritis gout adalah dengan menggunakan kolkisin dan allopurinol. Sila layari
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=218268281545461&set=a.218266541545635.52689.218247431547546&type=1&theater
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:55 PM | Show all posts
salam,
Kalau Arthritis , ubat yang ada cuma 'ubat penahan sakit' saja! ataupun bila tahan sakit tak jalan dr akan bagi steroid!
Dr pakar pun sama juga modal dia ubat tahan sakit saja.
Untuk merawat dicadangkan dengan RAWATAN PROLOTHERAPY
Info lanjut, sila lihat: www.prolotherapy.my
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2011 05:49 PM | Show all posts
Assalamualaikum, i was diagnosed with RA in 2004. Mula mula kena macam tulah bangun pagi kaki sakit nak pijak dan jari jemri kejang tak boleh nak bukak pagi pagi. Makan ubat hospital hampir 2 tahun dan makan macam macam supplement ... rasa macam putus asa juga .. tapi tulah Allah dan duga macam ni kena juga muhasabah diri ..

Alhamdulillah, selepas 3 tahun sampai sekarang dah langsung tak makan ubat hospital. Saya cuma mengamalkan madu asli awal pagi sebelum makan benda lain dan jadikan Al Quran sebagai penawar.. selain jangan meninggalkan solat dan banyak berdoa InshaAllah ..Allah menurunkan penyakit dan Allah jua yang menyembuhkan ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2011 11:07 PM | Show all posts
Reply 1# melati00
Saya ada penyelesaian utk Arthiritis & Rheumatism ...hanya perlu 1 terapi (1-2 bulan).Sila Hubungi saya, 016-9588 653, Ms Tai. Terima Kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 08:00 AM | Show all posts
sy kena arthritis,, tapi bukan rheumatoid. tapi gout.. dah dekat 10 tahun. sakit tu x leh hilang sbb function kidney dah disable.. cuma blh control dgn cara pemakanan, sukan, dan amik ubat cuci darah kat sepital..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2011 10:52 PM | Show all posts
Assalamualaikum....

JUS AJAIB BOLEH SEMBUHKAN PENYAKIT KRONIK...

Saya ingin berkongsi maklumat dgn anda semua yg mana pada bulan lepas anak buah ada dtg berjumpa saya memberitahu bahawa dia dah sembuh dari resdung yg teruk yg mana jerawat2 batu tumboh di sekeliling muka, sekarang dah licin. Katanya minum JUs jer lepas tu sapu kat muka...mujarab sgt2...bapanya yg gout & darah tinggi pun dah pulih...pelik tapi benar..suami pada mulanya susah nk pecaya, dugaan dari Allah minggu pertama hari raya yg lalu, muka suami saya tiba2 dijangikiti kuman & menjadi bengkak & bernanah teruk...ubat minum & sapu klinik x bole jalan...last2 saya suruh dia minum JUS MONAVIE dan sapu pada muka...dlm masa 2 hari bengkak dah surut dan nanah dah kering....alhamdulillah...

Mcm2 lagi yg saya dengar.,,,ada yg buta sebab kencing manis pun boleh melihat semula selepas minum 12 botol....dramatis 80an, NORMALA OMAR...ada keluar kat UTUSAN MALAYSIA....

JUS MONAVIE mengandungi khasiat vitamin C, antioxidant (anti penuaan) paling tinggi d dunia, campuran 18 buah2an + acai berry dari bumi Amazon....

Fakta, ramai di kalangan kita kurang mengambil sayur & buah2an sebagai menu wajib harian mereka. Inilah punca2 kenapa ramai di kalangan kita mengidapi pelbagai penyakit. Apabila vitamin C kurang dlm badan, maka byklah radikal bebas dlm badan dan mematikan byk sel2 sihat.

JUS MONAVIE adalah sesuai untuk semua peringkat umur, sesuai dgn gaya hidup sibuk masing2. Kandungan botol 750ml. Cuma minum 20ml atau 30ml, pagi & petang.

Bagi yg ada masalah ulser ke, sakit kulit ke, jerawat ke...lepas minum sapu dimuka...
Insya-Allah, mujarab......

Pn Suhaili 012-4666639
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2012 10:30 AM | Show all posts
Post Last Edit by hubbysr at 7-2-2012 10:31

Salam semua..
InsyaAllah sya ada ekstrak celery utk membantu dlm merawat penyakit Arthritis/Rheumatoid nie.. produk nie 100% di ekstrak dri batang celery, sesuai utk merawat penyakit nie.. dlm bentuk serbuk, cuma tmbah air n minum.. InsyaAllah boleh merawat...
berminat boleh call 019-9362993.. kos hanya RM300 sebotol...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.084995 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list