eragon posted on 15-6-2011 03:43 PM

Kenaikan pangkat PTD dengan Pegawai Teknikal tidak seimbang

Post Last Edit by eragon at 15-6-2011 16:14

dah search belum ada lagi thread ni...
ini dari berita harian..
luahan hati seorang pembaca

Kenaikan pangkat PTD dengan Pegawai Teknikal tidak seimbang
                                                               
•2011-06-14 08:20                                       


SAYA ingin menarik perhatian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenaiketidakadilan kenaikan pangkat di antara Skim Pegawai Tadbir danDiplomatik (PTD) dengan Pegawai Teknikal.

Pegawai dalam skim M (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) didapatiboleh melompat pangkat dengan begitu senang. Skim M ini terletak dibawah perkhidmatan sama dan berada terus di bawah Ketua PengarahPerkhidmatan Awam (KPPA). Lazimnya pegawai PTD yang berkhidmat dalamtempoh lima hingga enam tahun sudah berada di Gred 48, sedangkanpegawai teknikal yang berkhidmat lebih 10 tahun masih di Gred 41.Kenapa boleh jadi begitu? Adakah pegawai teknikal tidak menyumbang kearah pembangunan negara?

Jangan jadikan alasan pegawai teknikal terletak di bawah skim bukan guna-sama, maka kenaikan pangkat mereka terhad.

Alasan sedemikian sepatutnya tidak boleh dikeluarkan olehpembuat dasar kerajaan. Apakah sistem PROSPEK yang dilaksanakan mulai 1 Julai depan akan berlaku adil kepada semua penjawat awam?

Bagi pegawai bukan guna-sama yang lulus semua ujian PenilaianTahap Kecekapan (PTK) pada sistem sebelum ini, adakah mereka akandinaikkan gred? Persoalan ini perlu dijawab oleh JPA.

Saya juga mengesyorkan Kesatuan Pekerja Dalam PerkhidmatanAwam (CUEPACS) akan melihat isu ini dengan teliti. Apabilamemperjuangkan hak kakitangan kerajaan, jangan tertumpu pada Gred 1 hingga 40 saja dan perlu meluaskan skop pemikiran anda.

ANTI DISKRIMINASI,

Kuala Lumpur.


...Secara umumnya, saya bersetuju dengan pandangan pembaca ni.
Tetapi, PTD juga adalah jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan.
let' we see bagaimana keberkesanan sistem PROSPEK nanti....

B.K posted on 15-6-2011 03:46 PM

ak sokong gak akak ak pegawai teknikal lebih 15 tahun bru dpt gred 44

along3746 posted on 15-6-2011 03:52 PM

Bawa aduan, maklumat ke Majlis Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam


2011/06/15

SAYA meneliti tulisan oleh 'anti diskriminasi' dalam ruangan ini baru-baru ini bertajuk 'kenaikan pangkat PTD dengan Pegawai Teknikal tidak seimbang'. Saya mendapati ada benarnya dakwaan itu kerana saya pernah berkhidmat di pelbagai kementerian sebelum ini.

Saya ingin mencadangkan kepada ¡®anti diskriminasi¡¯ supaya menyediakan maklumat yang komprehensif mengenai perkara ini untuk dibawa pada Majlis Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam bersama Perdana Menteri pada Mac tahun hadapan. Pada masa sama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disaran meneliti perkara ini supaya tidak wujud jurang antara pegawai dalam skim M (Pegawai Tadbir Diplomatik) dengan Pegawai bukan dalam skim M.  Adalah menjadi hambatan juga bagi pegawai bukan dalam Skim M sukar untuk mendapat kenaikan pangkat bahkan ada yang dinaikkan pangkat mengambil masa bertahun-tahun untuk disahkan kerana melalui pelbagai proses oleh JPA. Apabila lewat disahkan maka lewatlah naik pangkat.

Dalam era transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan, dicadangkan pihak JPA dapat menurunkan kuasa kepada kementerian dan jabatan serta agensi untuk membuat pengesahan dalam jawatan selepas seseorang pegawai diberikan urusan pemangkuan dari gred 44 hingga ke gred 54.

Manakala, hanya Gred Utama dicadang dibuat oleh pihak JPA dengan cadangan demikian urusan kenaikan pangkat dan pengesahan dapat dibuat dengan cepat namun dari segi kualiti dan kecekapan pegawai yang berkaitan tiada kompromi mengenainya.

CEUPACS sememangnya memperjuangkan hak kakitangan kerajaan gred 1 hingga 40 saja kerana golongan ini yang menjadi tumpuan mereka. Cadangan CUEPACS untuk meletakkan kumpulan sokongan bermula gred 17 perlu diteliti kerana cadangan itu turut memberi implikasi kewangan yang besar kepada kerajaan.

Jika dilaksanakan akan menjadi masalah pengagihan tugas apabila pembantu am pejabat, pemandu kenderaan bermotor, pembantu tadbir berada di hieraki yang sama.

YOSRI ABU MAHSIN,
Kuala Lumpur.

forfavor posted on 15-6-2011 03:58 PM

korg jeles apesal?rileks laaa...buat keje dah laaa...rezeki masing2 beb

aku ni,walopon x keje gomen...tp aku tau la camne peraturan naik pgkt whatsoever...

setau aku,ptd ni b'tugas kt mcm2 jbtn..so,bile dh mcm2 jbtn..so,byk la pengisian jwtn nye...bile dh rmai ptd yg pencen ke...transfer ke...so byk la kekosongannye...

that's why bile rmai yg b'sara,rmai la yg naik pgkt...x mcm jwtn teknikal lain yg setau aku mmg sikit jumlahnye nk dibandingkan ngan ptd...

ko ni pon...bende ni basic laa...tgk nisbah laaaaaa...haiyooooo...bole pk logik kot....

Muntz posted on 15-6-2011 04:20 PM

PTD penting ker? Lagi menyusahkan lagi ada... :o :o

cheezzy posted on 15-6-2011 04:30 PM

ptd=pegawai tido duduk

-gelaran oleh org yg dengki dan jeles kt ptd;P

Muntz posted on 15-6-2011 04:33 PM

Aku tak nampak apa fungsi PTD.. bukankah kita dah ada Pegawai Tadbir N41 yg biasa tu? Dia boleh saja membuat apa saja kerja2 pentadbiran dan penghubungan korporat tanpa perlu ada PTD pun.

Seolah2.. dah ada Akauntan W41... tapi buat satu lagi jawatan Akauntan Diplomatik WM41. Ntah apa2 ntah... :re: :re:

along3746 posted on 15-6-2011 04:36 PM

Reply 5# Muntz


    betul..betul..betul..{:1_132:}
    kang ramai plak PTD kat dlm ni yang sentap..;P

NIXAR posted on 15-6-2011 04:40 PM

PTD ni penting tapi ada jugak yg x semengah punya perangai :lol:

Muntz posted on 15-6-2011 04:41 PM

Post Last Edit by Muntz at 15-6-2011 16:42

Reply  Muntz


    betul..betul..betul..
    kang ramai plak PTD kat dlm ni yang sent ...
along3746 Post at 15-6-2011 16:36 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Kalau kita tengok Badan2 Berkanun Negeri, terutamanya yg tak dikacau SPA Federal spt di Sabah dan Sarawak, mereka boleh saja menjalankan tugas secara efisien tanpa ada sebarang PTD. Di sini, BDA sebagai contoh, seorg PTD gred N41 biasa saja pun boleh mengemudi seksyen perhubungan korporat. Mereka bukan saja menjalankan kerja berasaskan pentadbiran standard kerajaan, tetapi mereka juga boleh berdiplomasi dalam keadaan2 tertentu. Tak perlu ada PTD pun kerja jalan jugak. :re: :re:

gede-bab posted on 15-6-2011 04:45 PM

PTD memang konker semua perjawatan penting...KSU mesti PTD...so mana-mana skim yang bukan M jangan mimpi nak jadi KSU.....:lol:

Kalau skim lain kena mohon naik pangkat staf PTD cuma perlu hadir kursus seminggu ka...pastu pasti naik pangkat...

yer la rezeki memasing....:mad:

zidlan posted on 15-6-2011 04:46 PM

kita tunggu ada PTD yang sentap dalam ni... :lol:

Muntz posted on 15-6-2011 04:48 PM

PTD memang konker semua perjawatan penting...KSU mesti PTD...so mana-mana skim yang bukan M jangan m ...
gede-bab Post at 15-6-2011 16:45 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    KSU tu anytime boleh tukar butiran gred... bukan susah pun. Sedangkan di peringkat negeri pun ada pegawai daerah yg gred J atau W.. atas alasan J dan W boleh jadi N.. tapi N takleh jadi J dan W. :D :D

AnBulisia posted on 15-6-2011 04:50 PM

hina rupanya PTD ni :(

cheezzy posted on 15-6-2011 04:57 PM

Reply 13# Muntz

ksu kmterian mana yg bukan ptd?

wirazam posted on 15-6-2011 04:59 PM

Post Last Edit by wirazam at 15-6-2011 17:02

kalau pegawai teknikal tak puas hati..apply lar PTD...buat pe nak jadi pegawai teknikal..setahu aku sekarang nih sapa2 yg nak bertukar skim dialu-alukan tp kena ambil exam dan go through all those assessment.

Pegawai teknikal job scope dia pasal benda2 teknikal..PTD lak job scope dia lebih kpd management. Kalu tak silap aku sekarang nih post peg tadbir N41 dah dijumudkan dan takde pelantikan baru.

atau alasan sebenar2nya ialah gaji tak byk? kalau nak gaji byk sila keje swasta..jgn hadap keje gomen:lol: PTD pun gaji bukannya byk mana pun...nama dan gah yang lebih..
pd aku keje gomen yg plg best ialah jadi cikgu...keje separuh hari, cuti gila byk dan gaji pun lebih kurang sama dgn pegawai gomen yg kena keje at least 8 jam sehari...tu tak masuk pendapatan tambahan buat tiusyen, jualan etc etc lagi..

patutnya pegawai teknikal jaki dgn cikgu sbb diaorg punya skim lebih kpd time based. cukup masa naik pangkat..

Muntz posted on 15-6-2011 05:05 PM

Reply  Muntz

ksu kmterian mana yg bukan ptd?
cheezzy Post at 15-6-2011 16:57 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Kalau KSU peringkat Persekutuan mgkin semua PTD.. tapi ST peringkat negeri ramai saja yg gred N dan J. Ambik contoh ST utk Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi Sarawak dan Kementerian Infrastruktur Sabah. Tidak perlu PTD pun tugas mereka jalan jugak. :re: :re:

Muntz posted on 15-6-2011 05:09 PM

kalau pegawai teknikal tak puas hati..apply lar PTD...buat pe nak jadi pegawai teknikal..setahu aku  ...
wirazam Post at 15-6-2011 16:59 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    Time-based tapi kalau cuma menjalankan tugas yg pangkat lebih tinggi tu saja tak guna kalau gred hakiki mereka masih gred lama. Contohnya seorg guru gred DG27.. cukup tempoh, dia naik ke DG30. Tapi gred hakiki dia tetap DG27.. dia nak apply apa2 spt study loan atau apa2 loan gomen dan juga urusan2 lain, kerajaan tetap tengok gred hakiki dia. Gred time-based yg naik itu cuma utk gaji sahaja. Tak jaki pun kalau sekadar utk gaji sahaja. :re: :re:

iza_yuss posted on 15-6-2011 05:10 PM

ini la donia!!! face it.......

~again aku cite pengalaman aku.....seorang bekas KSU kementerian ni, a woman......dia siap cakap kat aku, "kalau iza dpt interview ptd, bagitau auntie"....kebetulan anak dia yg same age ngan aku pon keje satu field ngan aku, dia siap bebel lagi sbb anak dia x nak jadi ptd.....

kesimpulannya......yg jd ptd tu pon, kdg2 ada yg kabel, x dinafikan ada yg dpt guna saluran yg betul......

so bayangkan yg dapat thru kabel......mak dia dato', dato' sri......of coz la akan wat naik anak branak dia jek.....

so face it la.....that's the reality!!!

along3746 posted on 15-6-2011 05:11 PM

PTD ni penting tapi ada jugak yg x semengah punya perangai
NIXAR Post at 15-6-2011 16:40 http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif


    siapa yang kau maksudkan tu nix??
    org kuat PERKASA tu ke??:ohmy3: ;P

cheezzy posted on 15-6-2011 05:13 PM

Post Last Edit by cheezzy at 15-6-2011 17:15

Reply 17# Muntz

stakat negeri mmg la bkn ptd pun boleh jd ksu.............ada ke jwatan ptd di negeri????

NIXAR posted on 15-6-2011 05:13 PM

siapa yang kau maksudkan tu nix??
    org kuat PERKASA tu ke??
along3746 Post at 15-6-2011 05:11 PM http://mforum4.cari.com.my/images/common/back.gif

ha'ah....g katanya org kuat PERKASA tuh dgn yg kononnya penggubal dasar ka apa yg baru masuk sini tuh.....dua2 x bleh pakai, x menjalankan dasar kerajaan, menjahanamkan lagi ada :laugh3:

wirazam posted on 15-6-2011 05:13 PM

Time-based tapi kalau cuma menjalankan tugas yg pangkat lebih tinggi tu saja tak guna kala ...
Muntz Post at 15-6-2011 17:09 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   zaman sekarang nih semua nak gaji je..kerja kalau boleh nak sama..aku tahu ada beberapa org guru tak nak pindah sbb naik pangkat dan dpt tugas baru yg of course bebannya bertambah..dia lebih selesa dgn keje dia sekarang dan dpt gaji yg lebih byk.

slippergombak posted on 15-6-2011 05:14 PM

PTD penting ker? Lagi menyusahkan lagi ada...
Muntz Post at 15-6-2011 16:20 http://mforum1.cari.com.my/images/common/back.gif


   tugas PTD nih kalu time pukeyda... dia melaung2 sokong pukeyda.... bila time perkosa plak.. dia melaung2 hidup perkosa..hidup perkosa... tuh laa keje PTD yg nama mamaque seharian... cukup bulan amik gaji dari duit rakyat.......:laugh3:

cheezzy posted on 15-6-2011 05:16 PM

Reply 19# iza_yuss


   jgn kan ptd.....sumer post mcm tu beb..........iklan jawatan tu sbg prosedur sajer...........
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: Kenaikan pangkat PTD dengan Pegawai Teknikal tidak seimbang